Bab 6

1.5K 53 0
                                    

Pejam celik pejam celik lagi seminggu Alice akan menamatkan waktu bujangnya. Nada dering lagu 'Baepsae' BTS mengejut Alice Dari mimpi. Alice dengan perlahan mencapai telefonnya. "Helo,sapa ni?" Tanya Alice "Alice,ni akulah Suha..." Jawab Suha merajuk dengan Alice yang Dari dulu tak pernah nak save nombor Suha "hehe sorry..hmm nak apa ni?" Alice bergolek di atas katilnya yang bersaiz king dengan cadar bercorak Galaxy.

"Kau nak kahwin pon tak sedar diri lagi" Suha menggeleng kepalanya "yerlah apa yang kau call aku ni?" Tanya Alice meluat dengan perangai Suha yang tak straight to the point. "Aku dah dapat kad perkahwinan kau cantik gila!!! And kau dah upah mak andam ke belom?" Suha bab bab mekap ni memang no.1 tapi apa boleh buat dah tu minat dia.

"Tak aku tak upah lagi...kau nak aku ambik kau jadi mak andam aku ke??"

"Duhhhh of couz!!"

"Erm yerlah nanti kau datang umah aku pukul 11 pagi hari ahad" Alice terus menamatkan perbualan lalu menarik selimutnya semula."Alice! Bangun! Bakal suami kamu datang!!" Jerit papanya "aduhh kecoh lah mamat ni dari dulu memang tak penah berubah. Nak datang cakap lah duku ni tak!" Keluh Alice. Tanpa membuang masa Alice mencapai tuala lalu mengatur langkah ke tandas.

Selepas 20 minit dia memakai tshirt putih didalam dan kemeja hitam di luar,skinny jeans dan converse hitam high top. Selepas mencalitkan lipgloss bewarna merah sedikit dia mengatur langkah ke bawah. Dia menyalam papanya lalu menuju ke kereta BMW milik bakal suaminya. "Asal kau lambat?!" Tanya Shah kasar. "Dah awak datang tak bagitau mana tak nya" Alice jawab sambil menarik narik tali pinggangnya. Kereta itu meluncur jauh ke sebuah kedai barangan kemas.

"Miss can I have this ring" Shah menunjukkan cincin yang sedang dipamerkan itu. Wanita itu menunjukkan cincin itu. "So how darling?" Tanya Shah. "apahal ngan mamat ni darling darling ni?" Alice mengumam sendiri. "Darling im asking you". "Erm okay jer" jawab Alice ringkas. Dia tak nak lama lama dengan Shah.

Selepas Shah membayar cincin itu Shah menghantar Alice kerumahnya. Kereta Shah berhenti dihadapan banglo dua tingkat Alice. Shah memalingkan mukanya memandang Alice yang
nyenyak tidur. "Woi bangunlah dah sampai ni" tiada respon dari Alice. "Woi bangunlah!!" Jerit Shah membuatkan Alice terkejut lalu terpinga pinga keluar dari kereta.

Di rumah Shah

Shah menelefon Afiq. "Afiq kau dah jumpa belum?" Tanya Shah sejurus Afiq menjawab telefon. "Sorry aah bro tak jumpa lagi lah" jawab Afiq "erm tak pe ah..kau dah dapat kad perkahwinan aku?". "Dah tapi asal ada dua kad?"

"Satu kad untuk kau satu kad lagi untuk kawan kau"

"Ah okay ah kalau camtu bye bro"

Harini adalah hari paling bermakna itu adalah perkataan yang akan difikirkan oleh pasangan yang akan berkahwin secara rela dan atas kehendak sendiri. Alice hanya membuat muka pokernya sementara Suha sedang mandandan Alice. Suha mencalitkan sedikit gincu bewarna ros merah ke bibir Alice. Dia tahu Alice tak suka kalau mekap tebal tebal.

"Are you okay Alice?" Tanya Suha. Alice hanya mengganguk lemah supaya air mata di tubirnya tak terjatuh mengalir di pipinya. "Please cheer up my dear. Aku tak nak tengok kau sedih macam ni. Peluang ni sekali seumur hidup, jangan bazirkan masa ni, kau kena buat dia jatuh cinta kat kau and bagitahu jerlah yang kau tu Alice, Alice Airiena Binti Dato Iskandar"

Kalau boleh dia nak sangat bagitahu tapi disebabkan dia terlalu takut dengan Shah and dia rasa Shah masih berdendam dengan dia. "Aku nak sangat bagitahu tapi perasaan takut and fobia aku terhadap dia menguasai diri aku" Alice hanya menundukkan dirinya supaya Suha tak dapat tahu yang dia sedang menangis.

Selepas siap mendandan dan semua tetamu memenuhi ruang tamu banglo dua tingkat Alice. Dia segera mengatur langkah ke ruang tamunya lalu atur cara majlis pun bermula. Selepas mereka bertukar cincin. Alice ternampak susuk badan wanita yang paling dibencinya dulu. "Jamy?!" Mata Alice terbeliak lalu Suha memandang ke tempat dimana Alice memandang.

"Seriously Jamy yang paling kau benci dan membuatkan kau jadi macam ni?! Sapa yang jemput dia oh gosh!!" Jamy mendekati Alice dan Suha. "Hi Alice Airiena and Hi Hannah Nasuha" sapa Jamy dengan nada gedik.

"Eyh aku nak tanya sikit, sapa yang jemput kau datang sini?" Tanya suha ingin tahu. Makhluk mana lah bengap sangat ajak minah sotong ni datang hari yang paling bahagia buat Alice. Wait wait bahagia ke kena kawin paksa.

"Afiq kawan Shah, kenapa tak puas hati?"

"Kalau boleh aku nak je tikam tikam Jamy ni. Tapi Jamy kenal aku ke?". Persoalan itu amat ingin ditujukan pada Jamy. "Berani you kacau Boyfriend I kan? Memang dari sekolah dulu you memang tak paham bahasa eh?" Tanya Jamy. "Kalau camtu dia still ingat aku and dapat cam aku!!" Alice menjerit didalam hati.

"Dengar sini eh? Kau tak layak untuk Shah and aku akan pastikan kau tak lama dengan Shah" Jamy berlalu pergi dengan perasaan puas hati.

sorry lah part ni bosan sikit and kalau typo tu paham paham jer la 😂😂😂

Hi! Nice To Meet You, Again? √ Where stories live. Discover now