BAB 11

1.5K 50 0
                                    

"Kau tak boleh senyap ke?! Aku nak tidur lah!" Jerit Shah. Alice memuncungkan mulutnya baru semalam ber'awak'² bagai. Alice melelapkan matanya dia masih tidak percaya secret admire dia waktu dia belajar di canada ialah Erdwin Haikal. Memang kedengaran simple jer, mesti korang rasa, ala setakat Erdwin haikal🌚 sebenarnya author tak tahu nak buat cerita ni menarik.

Keesokan paginya, Shah mencapai tualanya, Shah jalan terhuyung hayang akibat masih mamai. Tanpa periksa bilik air ada orang ke tak dia terus merempuh masuk. "Jap aku tak bukak paip shower lagi asal dah bukak dah?" Shah membuka pintu kaca, tiba tiba "Woi! Kau ni dah kenapa?!" Alice membaling botol syampu kearah Shah.

"Weyh sorry sorry!" Shah berlari keluar. Nasib baik Alice masih berbaju,waktu tu Alice nak menggosok gigi.

"Ish mamat ni kan, main rempuh jer" ngomel Alice.

Selepas beberapa minit Alice keluar dari tandas dia mencapai dress muslimah formal. Harini dia ada interview di sebuah syarikat sebagai seorang P.A. belajar pandai pandai tapi dpt jadi P.A je, nak buat macam mana takde rezeki. Papanya mengajaknya untuk bekerja disyarikat papanya tapi tak tahu kenapa Alice tolak. Katanya nak berdikari. Alice turun ke dapur lalu mencapai roti bakar. "Sapa pulak yang rajin sangat buat roti bakar ni?" Bisik Alice. Setahu dia mana ada bibik, harapkan Shah hitam terbakar roti tu. Tapi ini dimasak elok siap disapu butter lagi.

"Aku yang buat, asal tak puas hati?"

"Aku tanya jer kan, harini kau tak pergi kerja ke?" Tanya Alice. Selalunya sekarang ni dah siap berbaju kemeja.

"Tak aku rasa tak sihat harini"Jawapan Shah selalu ringkas. Tanya lah soalan 400 patah perkataan pon jawapannya tetap ringkas.
"Yang kau ni pakai baju formal ni apahal?"

"Interview kerja...takkan aku nak teperap jer dalam rumah ni?"

Alice mencapai kunci keretanya sambil menggigit roti bakar. "Taknak salam encik suami ni ke?" Alice mengangkat keningnya. "Jap aku salah dengar ke apa?" Alice mendekati Shah "eyh betullah sebelum pergi kerja salamlah suami ni". Alice menyalam suaminya sambil memandang dia pelik. "Baru kau mengaku aku isteri kau?" Bisik Alice. Shah tersenyum,tersengih semua jenis senyum adalah.
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Alice sedang menunggu gilirannya untuk ditemu duga. Tangannya sejuk, pucat mengalahkan hantu. Dia gementar,takut dan yakin dlm masa yang sama. "Alice Airiena!" Jerit seorang wanita. "Giliran awak" Alice bangun lalu mengatur langkah kedalam pejabat. Pintu ditutup rapat,kerusi pejabat berpusing menghadap Alice. "Hi Alice!" Sapa Erdwin dengan mesra,yer Erdwin ialah CEO syarikat itu. "Apa awak buat kat sini?!" Erdwin menunjukkan papan nama yang tertulis.

CEO SYARIKAT
ENCIK ERDWIN HAIKAL BIN DATO JEREMY.

Alice terkejut takkan fia akan menjadi P.A secret admure dia sendiri. Terlalu banyak kebetulan yang mustahil tapi semuanya berlaku dekat Alice. Erdwin menyelak nyelak fail biru Alice. Sesekaki dia menganguk nganguk tanda puas dengan maklumat Alice, Alice sesuai dengan pekerjaan ini. "Kenapa awak pilih pekerjaan ini sedangkan awak belajar tinggi tinggi" tanya Erdwin.

"Saya cuma nakkan pengalaman dan cuba untuk berdikari" Erdwin mengangguk perlahan. "Ok awak diterima bekerja... esok awak boleh mula, datang sebelum pukul 8"

******************************

Shah menelefon Ayin.

satu detik
Dua detik
Tiga detik

"Hai Alice..." Shah menyapa dengan lemah. Dia rasa tak sedap badan tapi baginya Ayin lah yang akan melegakan demamnya.
"Oh hai Shah. Kenapa suara awak lemah je, Are you ok?" Ayin risau akan keadaan Shah. Baginya Shah ialah lelaki yang paling menghargainya dan yak dipandang rendah. "Erm I..."

Hi! Nice To Meet You, Again? √ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora