BAB 16

1.4K 49 1
                                    

Alice berjalan masuk kedalam pejabat Erdwin. "Siapa...siapa awak?" Tanya Erdwin sambil mengangkat keningnya persis Ziana Zain. "Ahhh sorry muka saya tak terurus harini..." Alice menjawab dengan nada mengantuk. Mana taknya kena layan lagu kodok berdengkur dibuat oleh Shah semalam. Erdwin masih tidak mengecam Alice. "Siapa eh?" Dia mengetuk ngetuk kepalanya perlahan. "Its me Alice! Ugh mesti teruk sangat kan muka saya!"Alice mengatur langkah ke tandas bagi membetulkan solekannya dan rambutnya yang serabai. Alice membelek belek mukanya,sembab? Memang sembab.

"Ish teruknya muka aku!" Dia membasuh mukanya dengan ganas sekali geram dengan Shah. Alice menempekkan compact powder kemukanya. Dia tidak meletakkannya banyak sangat mukanya dah cukup putih. Dia mencalitkan sedikit lipgloss bewarna oren cair menampakkan keserian wajahnya yang bewarna kuning langsat. Rambutnya ditarik ketepi lalu memintalnya sedikit. Selepas berpuas hati dia berjalan menuju ke pejabat Erdwin, dalam perjalanan semua staff staff disitu memandangnya pelik. Tadi bukan main serabai sekarang cantik mengalahkan Kim Tae Hee.

Alice mengetuk pintu pejabat Erdwin. "Come in" suara Erdwin dari dalam menandakan dia memberi kebenaran untuk masuk kepejabatnya. "Hey Alice... sorry tak cam awak tadi,tapi apa kena dengan muka awak tadi?" Tanya Erdwin perlahan takut Alice sentap dengan kata katanya.

"Biasalah penat,tak cukup tidur gini lah mukanya, so apa keje saya boleh buat harini?"

"Ha, awak kena ikut saya keluar makan"

"Itu bukan kerja, and saya tak dibayar untuk teman awak makan" Alice menggeleng perlahan.
******************************

Jamy mengambil pisau lalu menoreh gambar gambar Alice.
"Kau takkan bahagia dengan dia,aku pasti Shah dicipta untuk aku!" Dia membaling pisau ke pintu.

"Aww Shah kenapa awak perlu jadi terlalu perfect, ini semua salah awak, sapa suruh jadi perfect sangat"

Gambar Alice dicapai dia mengoyak gambar Alice menjadi kepingan. "Hati aku sakit, tapi aku akan pastikan kau akan merasai lebih dari ni!" Jamy ketawa jahat. Gila? Tak dia masih tak gila. Di dalam genggamannya terdapat dadah jenis ectasy. Dia khayal akibat mengambil dadah.

Jamy menelefon Shah.

"Shah...." dengan suara yang amat menakutkaan dan mencurigakan.

"Mana kau dapat nombor aku ha?!"

"Shhhh jangan jerit jerit! Saya cuma nak awak datang rumah saya. Orang yang paling awak sayang ada dengan saya"

"A...Alice?!" Nama isterinya adalah yang pertama terlintas difikirannya.

"Just come and you will know sapa yang you paling sayang" Jamy menamatkan oanggilan sebelum Shah semoat berkata kata atau sebenarnya ingin memaki hamun Jamy.

"Apa masalah minah ni!" Dia menghempaskan pintu rumahnya lalu menghidyokan enjin dan meluncur jauh dari perkarangan rumah.

******************************

Disebuah restoran berdekatan dengan pejabat mereka Alice menyilangkan tanggannya dan memuncungkan mulutnya.

Erdwin ketawa kecil melihat telatah Alice.

"Apa gelak gelak! Baru nak diet awak dah suruh saya makan macam macam!" Belum sempat Alice menghabiskan ayatnya Erdwin menyuapkan nasi goreang kampung kedalam mulut Alice yang dari tadi tak berhenti membebel.

Alice mengerutkan dahinya. "Aish!" Tiba tiba Alice merasakan sesuatu yang amat perit dan pedas didalam mulutnya. "Arghhh pedas!!!!" Alice mencapai jus orennya lalu meneguknya rakus. Erdwin ketawa terbahak bahak.

"Awak letak apa dalam nasi ni ha?" Alice marah separuh jerit.

"Pernah dengar tak benda hijau bernama CILI P.A.D.I" Erdwin menyambung saki baki gelakannya. Alice mengibas ngibas tanngannya. Mukanya berpeluh akibat tak tahan pedas. "Ish awak sama je macam Shah!" Erdwin tersengih.

Hi! Nice To Meet You, Again? √ Kde žijí příběhy. Začni objevovat