Bab 20

1.6K 43 6
                                    

Alice duduk bersila di sebelah sekujur badan yang tak bernyawa. Air matanya deras mengalir. Bacaan Yassin Alice tersedu sedan akibat menangis. Segala kenangannya bersama papanya perlahan lahan menjadi tangisan. Semua tetamu membaca Yaasin ada juga yang sedang menenangkan ahli ahli keluarga yang lain. Sesudah sahaja bacaan Yaasin Alice mengatur langkah kebiliknya, dia menghempaskan pintu lalu menekup mukanya dengan bantal.

"Kenap banyak sangat dugaan yang menimpa diri aku yang lemah ini Ya Allah, Aku lemah, Aku tak bermaya, aku tak sanggup kehilangan tempat bergantung, tempat mengadu lagi, Aku tak sanggup, Ya Allah apa salah diri ku ini" Mata Alice perlahan lahan tertutup lalu merebahkan diri keatas katil empuk, mana taknya dari petang tadi dia menangis.

*******************************************

Ayin dan Shah sedang rancak berbual manakala Suha memerhati dari jauh . Suha sakit hati sgt tengok perbiatan Shah, pagi tadi merayu supaya Alice kembali ke 'dakapan' dia tu sekarang ni?. Manusia memang cepat berubah eh?. Acara makan makan bermula segala makanan dihidangkan. Makanan barat,timur,tenggara semua adalah. Shah dan Ayin berpegang tangan menuju ke tempat mengambil makanan. Suha pula beratur dibelakang manusia sejoli itu.

"Bukak mulut Aaaaaaa..." Shah menyuapkan macaroon ke dalam mulut Ayin. Semua makanan yang terhidang disitu semua Shah suapkan. "Meja makan kat situ! Kat sini tempat AMBIK makanan paham!" Perkataan 'ambik' ditekankan. Ayin menjeling Suha lalu menuju ke meja makan sambil berpegamgan tangan.

Suha meltakkan pinggan dengannya dengan kuat. Makanan didalam pinggannya hanyalah roti keju tiga keping,bukan diet tapi hilang selera melihat mereka bersuap suapan. Loya tekaknya melihat Aksi Ayin dan Shah. Suha dah tak tahan dia melatakkan garfunya yang dari tadi menguis nguis roti keju. "Shah! Kau ingat sikit eh?! Kau dah kahwin! Pompuan ni haram!" Suha mengambil tas tanngannya lalu memecut laju ke rumahnya. Shah tersentap dia sedar akan perbuatnnya perlahan dia menolak tangan Ayin yang ingin memeluknya.

*******************************************

Mak cik Annie mengetuk bilik Alice perlahan. Pintu tak dikunci, Alice kelihatan sedang tidur nyenyak sambil memuk bantal. Perlahan dia mendekati Alice lalu mengusap pipi anak menakannya. Dia juga berasa sesih atas kehilangan abang kandungnya. Dia mengetap gigi tahan tangisannya. Mayat Dato'Iskandar telah dihantar kehospital buat sementara, para tetamu perlahn lahan mengosongkan ruang tamu rumah banglo itu. Makcik Annie mencapai bingkai gambar abangnya lalu mengusap perlahan. "Allah lagi sayangkan Abang" dia meletakkan bingkai gambar ke dadanya. Tangisannya tidak dapat disengka. Alice terjaga lalu memeluk MakCik nya.

"Makcik...Jangan macam ni.." Alice memgusap perlahan belakang makciknya.

*******************************************

Jamy berpeluk tubuh puas hati dengan berita atas kehilangan bapa Alice.

"Baru kau tau rasa hilang orang tersayang" Senyuman sinis terukir dibibirnya. Puan Saidah membuka pintu lalu mengorak langkah ke katil Jamy.

"Apa yang digelakkan tu?" Jamy menggeleng tetapi senyuman sinisnya terukir dibibir pucatnya.

Puan Saidah mengusap lembut rambut anaknya, dia rasa kasihan terhadap anaknya mengandung seorang bayi tanpa seorang bapa.

"Mama dah dapat satu idea...esok kita keluar dari hospital kita teruskan dengan plan mama...okay tak...?" Jamy tersenyum lalu mengangguk puas. Dia rasa bangga dapat mak yang ikut je cakap anaknya.

*******************************************

Keesokan harinya lagi sekali rumah banglo dua tingkat itu dipenuhi dengan tetamu bagi melangsungkan majlis tahlil. Alice turun ke ruang tamu dengan berjubah hitam. Air matanya tak habis habis mengalir pipinya merah bukan kerana malu tetapi akibat menangis dengan sepenuh hati matanya juga merah. Mata para tetamu tertumpu pada Alice. Semua tetamu faham dengan situasi Alice, kehilang seorang bapa satu satunya temoat bergantung, ada suami macam tak de suami. Suha juga duduk bersimpuh melihat Alice lalu bingkas bangun dan memimpin Alice. Sekujur badan tak bernyawa telah dibaluti dengan kain kafan. Alice membaca surah yasin. "Assalamualaikum" suara yang paling dibenci Alice kedengaran. Alice memandang sayu Shah yang sedang bersalaman dengan tetamu. Mata Shah tertumpu pada Alice.

Hi! Nice To Meet You, Again? √ Where stories live. Discover now