Sinopsis Usrah : Wali Allah merupakan insan yang paling dekat dengan Allah selepas Para Nabi .. Cerita dan kisah kehidupan mereka yang begitu banyak iktibar dan hikmah perlu dijadikan panduan dalam hidup kita .. In shaa Allah malam ini kita akan ada bercerita tentang kehidupan beberapa orang Wali Allah seperti :
.
- Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
- Malik Bin Dinar
- Fudhail Bin Iyadh
.
Dan ramai lagi .. In shaa AllahBismillahirrahmanirrahim ..
kita mulakan usrah kita pada hari ini dengan ummul Furqan Al Fatihah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAWIn shaa Allah slot kita pada malam ini ialah Untaian kisah para Wali Allah ( Auliya ) .. Hari ini in shaa Allah Ana akan menceritakn kepada antum semua beberapa kisah para Wali Allah agar sama2 kita dapat ambil pengajaran daripada kisah kehidupan mereka .. Usrah malam ini sangat menarik .. Rugi bgi mereka yg miss.
Sebelum itu izinkan Ana untuk memberi definisi bgi tajuk usrah kita pada hari ini .. Wali Allah ini bermakna orang yang dekat dengan Allah SWT .. Doa mereka pasti akan dimakbulkan oleh Allah serta mereka telah Allah kurniakan dengan kelebihan dan kemuliaan yang kita sebut sebgai KARAMAH ..
Karamah bermaksud pertolongan Allah SWT kepada hamba2Nya yang soleh ( Wali Allah ) sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya seperti dapat berjalan di atas air , kasyaf , melihat perkara ghaib dan sebagainya ..
Konsep Karamah amat berbeza sekali dengan Maunah .. Maunah adalah pertolongan Allah SWT kepada orang2 Islam sbg tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba2Nya .
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW,
“Sentiasa terdapat di kalangan umatku lima ratus orang yang terpilih dan empat puluh abdal. Apabila ada sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan mereka maka terus ada orang lain yang menggantikan tempatnya.”Para Sahabat bertanya,
“Apakah amalan-amalan mereka yang khusus?”Jawab Baginda, “Mereka memaafkan orang yang zalim, berbuat baik walaupun kepada orang yang melakukan kejahatan dan mereka bersimpati serta berbuat baik terhadap orang ramai dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka.”
(Jamius Saghir, Imam Suyuti dan Maqasid Imam Sakhawi)
Dengan izin Allah, kita akan menyelami beberapa buah kisah para wali Allah yang masyhur sebagai pedoman dan teladan kepada kita. Semoga kisah-kisah ini memberikan manfaat untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kisah yang pertama adalah mengenai kasyafnya Imam Abdul Qadir Al Jailani RHM .. Sulthanul Auliya .. Seorang yang sangat hebat dalam bidang sufi .. Subhanallah. .
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai.
Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid.
Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah.
Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.
YOU ARE READING
KOLEKSI USRAH PRISMA
SpiritualSELAMAT DATANG WAHAI PEMBACA! Di sini merupakan platform bagi mengumpulkan teks-teks usrah mingguan yang terdiri daripada tarbiah, sirah, sejarah Islam, hal ehwal semasa dan lain-lain genre penulisan di bawah kelolaan pihak Pertubuhan Remaja Islam S...