Dakwah dan Muzik

184 7 0
                                    

  Pengertian dakwah dan musik
Dakwah: Adalah mengajak manusia dengan cara bijaksana kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan didunia dan di akhirat.

Dari pengertian di atas, antara intipati yg boleh kita ambil termasuklah,,

1) Proses dakwah haruslah mengandungi unsur, sifat mengajak menyeru dan membawa ketaatan kepada Allah.

2) Dakwah mestilah dilaksanakan dan diterima secara sedar dan hukan secara paksaan.

3) Untuk memperbaiki situasi yang lebih baik dalam mengajak umat manusia ke jalan Allah. Ini kerana dakwah bersifat pembinaan dan pengembangan.

4) Untuk mencapat tujuan dakwah, mestilah dilaksanakan secara teratur dan menggunakan MEDIA yang sesuai dengan situasi yang dihadapi.

Sebagaimana yang kita tahu, masyarakat kini makin cenderung kepada hiburan maka hiburan-hiburan ini perlulah dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat.

Jadi, melihat kpd perkara ini nasyid dilihat amat signifikan berperanan sebagai salah satu alternatif yang boleh mengajak manusia kepada kebaikan. Prof Dr Ismail al-Faruqi turut menyedari betapa pentingnya seni suara dan muzik yang mana bokeh digunakan untuk tujuan-tujuan sosial dan dakwah.

Nasyid merupakan salah saru cabang ilmu handasat al-Aswat(seni suara) yang mengandungi nilai dalam mendidik manusia agar,

1) Memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

2) Ketaatan kepada Rasulullah

3) Menginsafi kebesaran Allah

4) Mengajak manusia menjadikan sunnah sebagai panduan dan

5) Meletakkan kebenaran sebagai pedoman serta kebaikan dan keindahan dalam mencapai matlamat keredhaan Allah.

Nasyid juga menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah, selaras dengan maksud firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 135:
"Serulah kepada jalan TuhanMu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik."

Hikmah boleh ditafsirkan dengan kata-kata yang lembut dan tidak secara paksaan, dan tidak terkecuali daripada menggunakan kata-kata berseni dan lagu yang meruntun jiwa, yang bokeh memberi kesan mendalam kepada manusia.

Nasyid juga mengajak manusia untuk berzikir kepada Allah SWT, dimana unsur-unsur sikir dan doa turut menghiasi seni nasyid, disampinh menjadi kaedah yg boleh membantu memudahkan hafalan Asmaul Husna, nama-nama nabi, sifat-sifat Allah dan RasulNya.

Sebagai contohnya, antara kumpulan mahupun individu-individu yang terlibat dalam menampilkan warna musik sebagai sarana teguran, renungan dan ajakan ke arah kebaikan termasuklah:

1) Raihan
2) Opick
3) Inteam
4) UNIC
5) Hafiz Hamidun
6) Farid Sanullah
7) Maher Zain
8) Ungu dan ramai lagi

Dalil yang mengharamkan nyanyian:
Berdasarkan firman Allah:
"Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna(lahwal hadits) untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu ejekan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan."(Luqman[31]:6)

Dalil yang menghalalkan nyanyian:
Firman Allah SWT:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."(Al-Maidah[5]:87)

Oleh itu, berdasarkan dalil yang telah disampaikan, kita mestilah bijak dalam memtafsirkannya. Boleh jadi kita meggunakan muzik itu ke arah kebaikan dan boleh jadi juga ke arah keburukan. Jadi, kita yang mana?

Kesimpulannya, dakwah melalui muzik sangatlah dianjurkan di kalangan masyarakat kini kerana ianya mampu menarik perhatian setiap orang pada masa kini.  

© Akhi Musthofha | Ukhti Anis Shafiqah

KOLEKSI USRAH PRISMAWhere stories live. Discover now