بسم الله الرحمن الرحيم
TAJUK : ANAS BIN MALIK
Malam ni kita akan berkenalan dengan salah seorang sahabat Nabi kita. Ana tahu ramai antara kita yang dah kenali beliau. Tapi, tak salah kalau kita nak panaskan balik ilmu yang ada kan? Betul tak?
Beliau adalah antara sahabat yang meriwayatkan hadis-hadis Baginda A.S.. Beliau bertemu dengan Nabi ketika berumur 10 tahun lagi, iaitu ketika Nabi berhijrah ke Madinah.
Sebelum ana teruskan, ada satu teka teki untuk antum. Teka tekinya berbunyi berapakah beza umur Anas Bin Malik dengan umur Baginda A.S?
Yup. Jawapannya ialah 43 tahun. Mari kita kira eh...
Nabi dilantik menjadi Rasul pada umur 40 thn.
Nabi berhijrah ke Madinah setelah 13 thn berdakwah di Mekah. 40+13=53 thn.
Nabi bertemu Anas pada umur Baginda 53 thn.53-10=43 thn. Jadi beza umur Anas dan Nabi ialah 43 thn.
Ayah beliau ialah seorang muallaf iaitu Abu Talhah. Abu Talhah telah berkahwin dengan Ummu Sulaim dengan mas kahwin mereka ialah lafaz dua kalimah syahadah Abu Talhah. Apa perasaan antum bila dapat tahu tentang ni? Subhanallah kan...
Ok. Semua dah kenal sedikit sebanyak tentang Anas Bin Malik. Sekarang ana nak kongsikan antara kisah suka duka Anas dengan Nabi. Nak tau tak? Mesti nak kan?
Anas bin Malik diserahkan kepada Nabi sejak Kecil
Ketika Nabi sampai ke Madinah, Ummu Sulaim berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang Ansar baik lelaki mahupun perempuan telah memberikan hadiahnya kepada tuan. Tetapi saya tidak memiliki apa-apa untuk saya hadiahkan kepada tuan kecuali anak saya ini. Maka ambillah dia berkhidmat kepada tuan untuk membantu apa yang tuan maukan." Rasulullah SAW. pun menerima hadiah Ummu Sulaim dengan senang hati.
Di rumah Rasulullah SAW ini, Anas belajar dan menangkap perilaku Rasulullah SAW yang mulia. Anas menyaksikan perilaku Rasulullah SAW dan berinteraksi secara langsung dengannya. Hampir segala perilaku atau sikap Rasulullah SAW diperhatikan dan kemudian diamalkan olehnya. Abu Hurairah berkata, "Saya belum pernah melihat orang yang menyerupai solatnya Rasulullah kecuali Ibn Ummu Sulaim (maksudnya Anas). Selain itu, Ibnu Sirin berkata, "Anas adalah sahabat yang solatnya paling bagus, baik di rumah maupun pada waktu Safar."
Rasullulah SAW sangat besar perhatiannya kepada Anas bin Malik.
Doa Nabi Muhammad terhadap Anas bin Malik
Riwayat dari Ja'far al-Faryabi, dari Ibrahim bin Usman, dari Mukhalid bin Hasan, dari Hisyam bin Hasan, dari Hafsah, dari Anas sendiri, menceritakan bahwa ketika ibunda Anas Ummu Sulaim al-Ansyariah menyerahkan anaknya kepada Rasulullah SAW, ia mengharapkan agar Rasulullah mendoakan anaknya. Rasulullah mengabulkan permintaan itu, seraya memanjatkan doa , "Allahumma aksir malahu wa waladuhu wa adkilhu al-jannat," maksudnya, "Ya Allah, limpahkan harta dan anak keturunan yang banyak kepadanya (Anas) dan masukkanlah dalam surga."
Dalam riwayat lain, doa yang dibacakan Rasul adalah, "Allahumma aksir malahu wa waladuhu wa bariklahu fihi" maksudnya, "Ya Allah limpahkanlah harta dan anak keturunan yang banyak kepadanya (Anas) dan berkatilah ia dengan harta dan anaknya itu."
Berkat doa Rasulullah, Allah memberikan nikmat lain kepada Anas berupa anak keturunan yang ramai. Ada riwayat yang menyebutkan bahwa Anas mempunyai cucu sebanyak 115 orang. Riwayat lain menyebutkan bahwa Anas dikurniai anak sebanyak 82 orang, terdiri atas 80 orang laki-laki dan 2 orang perempuan.
Jemput Nabi, Jemaah Masjid yang Datang
Tu adalah antara memori Anas dengan Nabi ketika kecil yang paling awal. Memoir seterusnya yang ingin dikongsikan ialah apabila keluarga Anas ingin makan dengan Rasulullah.
Kedua orang tuanya menyuruh Anas menjemput Nabi untuk makan bersama mereka. Lalu, pergilah Anas untuk menjemput Nabi. Waktu tu Nabi tengah sampaikan tazkirah kepada sahabat di dalam masjid. Jadi, Anas pun tunggu la kat luar. Tunggu punya tunggu, Nabi tak siap lagi. Beberapa kali Anas menjenguk Nabi dari luar masjid. Beberapa ketika, Nabi yang perasan akan kelibat Anas bertanya akan tujuan kehadirannya. Anas pun bagitahulah yang ibu bapanya jemput makan di rumah.
Nabi pun ajak sekali Jemaah yang berada bersamanya untuk ke rumah Anas. Anas yang masih kecil ketika itu, bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana ibu bapanya hanya mengajak Nabi seorang sahaja untuk makan bersama.
Setibanya di rumah, ibu bapanya terkejut melihat bilangan tetamu yang datang. Almaklumla, mereka hanya menyediakan makanan cukup-cukup hanya untuk mereka sekeluarga dan Nabi sahaja. Tapi, yang datang ialah jemaah masjid. Mereka menceritakan hal sebenar kepada Nabi. Lantas Nabi kata jangan risau. Nanti, biar aku yang menghidangkan makanan itu.
Nabi memanggil masuk seramai 10 orang dahulu untuk makan. Seperti yang dipersetujui, Nabi menghidangkan makanan. Siapa yang nak tambah, Nabi tambahkan. Setelah selesai, 10 orang lagi dijemput masuk untuk makan. Kemudian 10 orang lagi dan seterusnya hinggalah habis tetamu yang hadir. Setiap yang hadir, dapat makan hingga kenyang.
Akhirnya, tinggallah Nabi dengan keluarga Anas Bin Malik. Tercapailah hasrat keluarga ini yang ingin makan bersama Nabi. Dikatakan makanan yang ada, tidak berkurang walau sedikit pun dari asal yang dimasak oleh keluarga Anas Bin Malik. Dan kuantiti itu memang cukup-cukup untuk mereka berempat.
Itulah salah satu mukjizat yang dimiliki oleh Nabi.
Rasulullah SAW sangat menyayangi Anas bin Malik, beliau bahkan memanggil Anas dengan pangilan kasih sayang, Unais (yang dalam bahasa Arab berarti suatu pengakuan pribadi–Anasku). Terkadang beliau juga memanggil: Anakku.
Setakat ini sahaja perkongsian ana tentang kisah Anas Bin Malik dan Nabi Muhammad S.A. W..
Yang baik datang dari Allah, yang kurang adalah kelemahan ana sendiri yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Sekian, Wallahua'lam.

YOU ARE READING
KOLEKSI USRAH PRISMA
SpiritualSELAMAT DATANG WAHAI PEMBACA! Di sini merupakan platform bagi mengumpulkan teks-teks usrah mingguan yang terdiri daripada tarbiah, sirah, sejarah Islam, hal ehwal semasa dan lain-lain genre penulisan di bawah kelolaan pihak Pertubuhan Remaja Islam S...