السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita mulakan usrah kita dengan ummul Furqan.. al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(Al-Fatihah - 1)
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Al-Fatihah - 2)
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(Al-Fatihah -3)
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(Al-Fatihah - 4)
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah - 5)
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.(Al-Fatihah - 6)
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(Al-Fatihah - 7)
SUDAH BALIGH BELUM MATANG
Baligh pada bahasa , ertinya sampai . Pada tahap itu , remaja sebenarnya sudah sampai atau mampu dari segi spiritual , mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah Allah.
Ketika itu juga , dosa dan pahala sudah dikira. Kalau mati selepas itu , sudah tentu dia akan masuk syurga atau neraka. Nauzubillah daripada tercampak ke neraka.
Sebab itu , remaja yang sudah akil baligh sepatutnya sudah lengkap dengan ilmu fardhu Ain , yakni meyakini tentang rukun Iman dan rukun Islam . Ertinya kenal Allah dengan segala sifat kesempurnaan-Nya , kitab , malaikat dan lain-lain . Mereka juga sepatutnya tahu dan mahir dalam semua persoalan solat termasuk bacaan Al-Fatihah , tahiyat , wuduk dan tahu cara membasuh najis , mandi hadas besar dan lain-lain .
Tegasnya , orang yang akil baligh sepatutnya sudah tiada masalah lagi dalam soal persediaan , tetapi seharusnya sudah cukup bersedia untuk melaksanakan . Bak kata orang , dayung sudah di tangan , perahu telah di air , maka yang tinggal hanya untuk berdayung . Pasca akil baligh , bukan lagi masa untuk membuat persediaan , apalagi kalau langsung tak bersedia .
Jadi ,umur sekitar 15 tahun pada seorang lelaki dan 9 tahun ke atas bagi seorang perempuan adalah detik masa yang sangat bermakna . Ini bukan lagi masa untuk berlengah dan bersantai . Tahap akil baligh seolah-olah tarikh permulaan seseorang insan didaftar masuk bekerja sebagai pekerja tuhan (baca : HAMBA ALLAH) . Baik dan jahat sudah ada ganjaran dan hukuman . Tidak boleh ponteng-ponteng lagi . Mesti fokus dan serius .
YOU ARE READING
KOLEKSI USRAH PRISMA
SpiritualSELAMAT DATANG WAHAI PEMBACA! Di sini merupakan platform bagi mengumpulkan teks-teks usrah mingguan yang terdiri daripada tarbiah, sirah, sejarah Islam, hal ehwal semasa dan lain-lain genre penulisan di bawah kelolaan pihak Pertubuhan Remaja Islam S...