Sayyidina Tsabit Bin Qais حفظه الله ( Pengorbanan yang Teragung )

116 3 0
                                    

Assalamualaikum dan selamat malam semua ☺

Saya perkenalkan diri saya dahulu , Saya Nasrul , salah seorang staff PRISMA akan mewakili seluruh staff PRISMA untuk menjadi Naqib anda pada malam ini in shaa Allah .

Tapi sebelum itu , jika ada salah atau silap dalam penyampaian saya , mohon para asatizah dan yg ilmuan itu memberi nasihat dan teguran ke arah yang lebih baik ya .

Jadi , dengan izin Allah , malam ini usrah kita bertajuk :

*Sayyidina Tsabit Bin Qais  حفظه الله*
( Pengorbanan yang Teragung )

Allah Allah

Jadi , kita buka majlis kita dengan Ummul Furqan Al Fatihah dan selawat serta junjungan kepada Rasulullah ﷺ , kekasih hati kita semua 🌹

Baik , bila saya nak cerita ttg tokoh ini , saya rasa begitu rendah diri .

Para Sahabat ini merupakan golongan yang sangat banyak berjasa kepada Islam dalam menyebarkan agama Islam ini .

Boleh saya katakan , Islam itu sampai kepada kita pada hari ini atas asbab pengorbanan yang telah para sahabat lakukan dahulu .

Ada antara sahabat yang sanggup menyerahkan seluruh harta mereka di jalan Allah .

Ada yang sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demo mencapai cita2 akhirat

Mereka juga sanggup menggadaikan nyawa demi agama ini .

Sungguh ! Jasa mereka terlalu banyak .

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mencontohi semangat mereka ini dan mengumpulkan kita bersama mereka di akhirat kelak .

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Tak kurang pula , perkara yang sama berlaku kepada *Sayyidina Tsabit Bin Qais* ini .

Pengorbanan beliau dalam Islam tak kurang juga banyaknya

Jika Sayyidina Hasan Bin Thabit ini adalah juru penyair Rasulullah ﷺ , maka *Sayyidina Thabit bin Qais* ini adalah juru bicara Rasulullah ﷺ

Kalau antum nak tahu , *Sayyidina Thabit Bin Qais* ini adalah merupakan pengemuka kaum ansar yang sangat terkemuka daripada Bani Khazraj .

Beliau kaya , cerdik , sangat mahir berkata2 .

Setiap kata2 yang keluar daripada mulutnya sangat tegas dan lantang .

Beliau lantang menentang kebatilan terhadap pihak kuffar sehingga mereka sendiri terdiam apabila berhujah dengan *Sayyidina Thabit bIn Qais* ini .

Sangat hebat 😨

Beliau adalah di antara kaum ansar yang terawal memasuki Islam daripada dakwah Mus'ab Bin Umair di Madinah dahulu .

Sewaktu Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah , Beliau mengetuai suku beliau datang menyambut Nabi ﷺ dan berikrar taat setia untuk setia mempertahankan Baginda dan akan membela Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir ,

Kemudian Nabi ﷺ menjanjikan beliau dengan syurga Allah سبحانه وتعالى .

Maka gembiralah *Sayyidina Thabit Bin Qais*

Beliau ni ada suara yang sangat lantang dan tegas .

Tapi nak dijadikan cerita , pada waktu itu , ada satu ayat Al Quran yang Allah سبحانه وتعالى turunkan kepada kita :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepada baginda dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu boleh terhapus sedangkan kamu tidak menyedari."

(Surah al-Hujurat:2)

Thabit bin Qais R.A amat terkesan dengan firman Allah S.W.T ini walaupun actually ayat ni secara general . Sebab beliau tahu yang beliau terkenal sebagai seorang yang bersuara lantang. Kerana itu, setiap kali beliau solat secara berjemaah di Masjid Nabawi, beliau akan mengelak daripada bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

Beliau juga mengurung diri dalam rumah dan tidak pergi ke Majlis Ilmu Rasulullah ﷺ sebab takut .

Beliau khuatir, suaranya yang lantang dan tinggi daripada suara Rasulullah S.A.W akan menyebabkan amalannya terhapus dan menjadi ahli Neraka.

Masya-Allah, sungguh hebat keimanan *Sayyidina Thabit bin Qais  حفظه الله *

So bila dah lama Nabi ﷺ tak nampak *Sayyidina Thabit Bin Qais  حفظه الله* ni tadi , Nabi ﷺ hairan , Nabi ﷺ risau , tertanya2 mana perginya beliau ni lama tak nampak .

Lalu Baginda Rasulullah saw bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain,

"Ke manakah Thabit ibn Qais? Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. "

Sahabat-sahabat baginda menjawab, beliau mengelak untuk berjumpa dengan Rasulullah ﷺ  kerana takut meninggikan suara dan bersuara kasar dengan Nabi. 

*Sayyidina Thabit Bin Qais  حفظه الله* risau pahalanya semua sia dan akan menjadi ahli Neraka.

Then Rasulullah ﷺ  berkata, "Sesungguhnya dia ialah ahli Syurga. Bukan ahli Neraka."

سبحان الله

Maka bergembira lah lagi beliau ni tadi . Best sebab nabi ﷺ kata macam tu

Haa . Nak tahu tak macam mana baginda meninggal dunia ?

Beliau syahid dalam peperangan menentang Nabi palsu iaitu Musailamah Al Kazzab .

Sewaktu menentang Tentera Musailamah ni , ramai tentera Islam yang syahid .

Waktu tu , Beliau merupakan ketua puak ansar dalam peperangab tersebut .

So beliau ni duduk dekat barisan paling hadapan untuk menentang musuh

Waktu tentera Musailamah ni mara , tentera Islam ni semakin mundur dan mundur tau .

So apa yang beliau buat , beliau buat satu lubang (sebagai kubur beliau) , sambil memegang panji kaum ansar , beliau lilit tubuh beliau dengan kain kafan , then beliau menghayunkan pedang ke arah musuh tanpa berganjak sedikit pun .

Walaupun puluhan ribu Tentera Musailamah mara ke depan , tapi *Sayyidina Thabit Bin Qais* ni tak berganjak sedikit pun .

Akhirnya beliau syahid di situ .

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dan beliau ni merupakan satu2 nya manusia yang memberi wasiat kepada orang yg masih hidup selepas kematiannya .

Kesimpulan daripada cerita saya yang ringkas ini ,

Kita telah melihat bagaimana peribadi hebat sahabat Rasulullah S.A.W ini . Beliau mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Ketakutan beliau kepada Allah menyebabkan beliau sentiasa berhati2 terhadap semua perkara

Beliau dan juga sahabat-sahabat baginda yang lain begitu patuh dengan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Lihatlah, Sayyidina Thabit ibn Qais R.A. Beliau sanggup meminggirkan diri daripada bertemu kekasih Allah, kerana takut menjadi ahli Neraka kerana tidak beradab dengan Rasulullah ﷺ .

Jadi mari kita sama2 bertanya kepada diri kita , sudahkan kita beradab dengan Rasulullah ﷺ 😔

Allahu Allahu

Sekian sahaja daripada saya , الله أعلم

KOLEKSI USRAH PRISMAWhere stories live. Discover now