بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين وصلوات والسلام على اشرف الاءنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul lagi pada malam ini. InshaaAllah, sebelum kita mulakan usrah, kita buka majlis dengan ummul kitab Al-Fatihah serta berselawat ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.
Bacaan ummul kitab Al-Fatihah dan Selawat ke atas Junjungan Besar,Nabi Muhammad SAW.
بسم الله الرحمن الرحيم♡
الحمد الله رب العلمين.♡الرحمن الرحيم.♡
ملك يوم الدين♡.اياك نعبد واياك نستعين.♡اهدنا الصرط المستقيم.♡صرط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين.♡
امين
اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
-----------------------
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa yang
mengucapkan selawat
kepadaku satu kali, maka
Allah mengucapkan selawat
kepadanya 10 kali."《Hadis Riwayat Muslim》
▶Mari kita murajaah balik tentang asal usul nabi kita
MUHAMMAD S.A.W
adalah putera tunggal Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hisyam bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin NAdhir bin kinanah bin khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin MUdhar bin NAzzar bin Ma'ad bin Adnan keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim A.S.
▶Baginda dilahirkan di rumah Abi Thalib iaitu bapa saudaranya pada pagi Isnin 12 Rabiulawal 571 Masihi bersamaan dengan 20 April Tahun gajah Baginda ditinggalkan oleh ayahnya yang wafat ketika baginda masih dalam kandungan ibunya, Aminah.
Pada usia empat tahun, ibu baginda pula wafat maka tinggallah baginda bersama bapa saudaranya.
YOU ARE READING
KOLEKSI USRAH PRISMA
SpiritualSELAMAT DATANG WAHAI PEMBACA! Di sini merupakan platform bagi mengumpulkan teks-teks usrah mingguan yang terdiri daripada tarbiah, sirah, sejarah Islam, hal ehwal semasa dan lain-lain genre penulisan di bawah kelolaan pihak Pertubuhan Remaja Islam S...