01-Dear Self.

910 88 24
                                    

Jam alarm di phone berbunyi menandakan tepat pukul 6 pagi.

Aku bangun dari tidur dan mengelip mataku dua kali. Mesti dua kali je. Selepas itu, aku bangun dan memadam alarm di phone.

Aku mengemas cadar katilku dengan teliti. Tidak boleh ada sedikit kedutan langsung. Kemudian aku ke bilik air yang berada di dalam bilikku itu kemudian masuk dan bersihkan diri.

Selepas solat subuh.

Setelah siap memakai baju kemeja plaid coklat serta seluar jeans hitam, aku mengenakan sedikit makeup di bibir dan di mata,kemudian aku mengikat rambut panjang paras pinggangku itu dan mengenakan shawl kelabu gelap.

Aku berjalan beberapa langkah dan aku telah berada di hadapan pintu. Aku memegang tombol pintu dan memusingkan selama 3 kali kemudian aku keluar dan menutup semula dengan tiga kali pusingan.

Aku terus bergerak ke dapur dan membuka almari atas dan mengeluarkan makanan kucing.

Aku makan?


Tak.

Aku mengisi dalam mangkuk yang berada di tepi dapur untuk si gebu ku, Gray makan. Sebaik dia mendengar bunyi makanannya dituang kedalam mangkuk, laju kucing jantan berwarna kelabu itu lari makan santapannya.

Aku kemudian bangun dan membuat susu untuk dia lalu menuang ke mangkuk sebelah mangkuk makanannya. Kemudian, aku mengusap kepalanya dan beralih ke ruang tamu yang hanya berada di depan mata ku ini.

Aku menyelak langsir panjang ku yang berwarna kelabu itu, 3 kali . memberikan cahaya pagi masuk menerangi rumah ku.

Aku mengambil beg yang telah aku sediakan malam semalam di atas sofa dan bergerak ke arah Gray.

Aku menundukkan kepalaku dan tangan(?) si Gray mengusap kepala ku.

Pelik bukan?

Tapi benar..

Aku harus mendapatkan usapan dari Gray sebelum keluar. Gray ialah kucing yang ku bela sejak berumur 13 tahun pemberian seorang imam disini yang risau keadaan ku yang mula hidup seorang diri sejak 13 tahun.

Ya, aku warganegara Malaysia tetapi ibu ku telah membuangku(?) ke Korea secara senyap-senyap kerana masalah family dan sejak kejadian itulah wujudnya Obsessive Compulsive Disorder ni.

Seorang imam Korean yang baru balik dari hajinya mungkin ternampak diriku yang sedang menangis sambil memeluk sebuah bear kecil.

Dia menegurku dan turut sama menemaniku menunggu ibu bapa ku. Kononnya ibu ku nak bercuti di sini, tapi sebaik dia dudukkan aku dan pakaikan seat belts, ibu kata "nak pergi tandas. Tunggu sini je tau."

Sebaik pengurus airport beritau bahawa aku didaftarkan seorang diri sahaja tanpa sebarang maklumat tentang keluargaku, langsung aku berubah.

Tapi itulah hakikatnya. Mereka rasa aku tak ada perasaan?

Nasib baik imam itu membawa ku pulang dan menjaga ku seperti anaknya sendiri, aku telah pun menganggap mereka sebagai keluargaku yang menerima keadaanku. Beliau juga telah hadiahkan aku seekor kucing kelabu. Dan namanya diberikan oleh Jin.

Oh ya, tak lupa juga imam itu mempunyai seorang anak lelaki yang tua 3 tahun (kononnya lah) dariku bernama Jin.

Mereka tahu akan penyakitku tetapi tetap menyayangiku seperti anak dan adiknya sendiri.

Aku bersyukur.

Tapi pelik kenapa ibu bapaku sendiri tak suka aku?

Pergi sekolah ditemani 'abang'ku, walaupun susah sebab aku berhijab tetapi Abangku tetap ada, balik bersama, rehat bersama, kalau aku ada study group atau kokurikulum, dia sanggup tunggu.

Hijab Girl: Maze StoryWhere stories live. Discover now