35-The Real Ended

384 37 26
                                    

Berjalan kehadapan beberapa langkah.. melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu yang kelihatan suram tetapi masih teguh.

Angin yang beralun melalui shawl miliknya lembut bergerak disekitar bahunya. Perlahan dia menutup matanya dan memejam rapat seolah-olah dia mengetahui sesuatu yang menyakitkan hatinya.

Dia ternampak seketul paku buruk yang berada di tepi kaki kerusi panjang yang didudukinya itu. Lantas di capai perlahan-lahan. Dia meneliti setiap pelosok paku besi yang hampir berkarat itu. Menggenggam ia di sebelah tangannya dan sebelah tangannya lagi di lihatnya. Dia mempunyai idea yang buruk. Membuka sedikit lengan bajunya dan terlihatlah pergelangan tangannya yang kurus.

Dia memusingkan tapak tangannya dan perlahan mengacukan hujung paku yang tajam ke arah pergelangan tangannya. Dimana uratnya kelihatan di situ.

Tangannya sedikit mengigil. Matanya bertakungkan air mata. Sebelum saja paku itu menusuk kedalam pergelangan tangannya.. "Hani?" Sebuah suara yang dikenalinya kedengaran dari belakang. Tangan yang memegang paku segera di sorokkan kebelakang lalu dia menoleh memandang orang tersebut.

" Hani. Macam mana hari ini? Awak dah tak perlukan ubat untuk tahan sifat psycho awak lagi bukan?" Seorang lelaki kacak yang dia kenal duduk disebelahnya dan melihat dia dengan senyuman.

"Ya." Ringkas dan perlahan suaranya menjawab soalan lelaki itu yang masih tidak berhenti memandangnya.

"Lagipun.. awak bukannya psyco. Awak cuma trauma dan dilemma. Saya yakin Jung Hoseok tahu kebenarannya. Awak tak bersalah. Tiba masanya awak lupakan semuanya. Dan mulakan hidup baru, hari baru, diri yang baru dan azam yang baru."  Nasihat doctor.

"Lupakan kesemua ini. Bergembiralah. Awak masih muda. Dan sekarang akhir tahun.. nikmatilah salji ini. Sambung belajar dan berumah tangga." Kata doctor senyum.

" Baiklah." Perempuan itu memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman.

" Oh ya, isteri saya nak makan malam di rumah kamu. Junhi pun rindukan awak. Jadi kami datang rumah awak malam ni." Kata doctor Seonho tersenyum.

"Okay. Jadi mana buku tu??" Soal Seonho.

Dengan perlahan. .. Hani mengeluarkan buku tersebut dari belakangnya dan diambil doktor.

" Awak kena berjalan kehadapan...dan tak perlu menoleh kebelang untuk kesalahan yang telah pun terjadi." Kata doctor sambil berjalan jauh sedikit kehadapan dimana sebuah tong buruk berada.

Doktor mengeluarkan lighter dari poketnya dan sedia untuk membakar buku imaginasi yang telah merosakkan hampir keseluruhan kehidupan pesakitnya yang merana.

Hani mengalirkan air mata dan hatinya berasa tidak seperti apa tindakkannya lakukan. Dia ingin menyimpan buku itu semula. Maka dia berlari untuk mendapatkannya sebelum ia dibakar. Namun.. doktor telah pun membakar ia dan dicampakk ke dalam tong yang membarak apinya.

Hani terhenti dan terduduk ke tanah. Seonho berasa sedih. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mencangkung untuk mengesat air mata gadis itu namun..  gadis itu mengelak dan menepis sapu tangan tersebut.

Seonho mengeluh dan bangun. " Maafkan saya Hani. Tapi awak tak perlu tersekat disini dengan kekesalan yang dah berlaku. Saya yakin .. bahawa ada orang yang boleh menyedarkan awak. Saya hanya buat yang terbaik untuk pesakit saya seperti awak. Sudahla. Saya pulang dulu ye. Malam nanti saya datang awak untuk makan malam dengan awak."

Doktor Seonho sedar bahawa dia perlu memberi masa pada pesakitnya yang telah lama sengsara atas kejadian yang telah berlaku meragut nyawa tunangnya,Hoseok dua tahun yang lepas.

Seonho beredar menaiki kereta dari taman permainan yang berada di depan apartment Hani dan sempat dia melihat Hani melalui cermin side mirror kereta.  Dia menghentak stereng keretanya kasar dan memegang kepalanya sebelum menekan pedal minyak untuk melajukan kenderaan.

Hijab Girl: Maze StoryTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang