17- Don't think

319 50 4
                                    

"Seperti apa yang saya cakap semalam, awak boleh mula buat perbuatan harian awak, abaikan saya, sebab saya nak catat dan siasat apa boleh saya bantu. OK."

Jungkook duduk di kerusi di hadapan meja make up isterinya sambil memegang sebuah fail dan kertas untuk dicatat.

Selepas Jungkook mandi tadi selepas solat subuh, dia ingin memulakan tugasannya sebagai doctor dan suaminya.

Hani naik ke katil dan berpura-pura tidur dalam 4 saat untuk Jungkook faham, bahawa activity hariannya bermula selepas dia bangun tidur.

Hani bangun dan mengelipkan mata sebanyak 3 kali dan berdiri mengemas katil, sesudah itu, dia terus bergerak ke bilik air , mandi dan membersihkan diri.

Semenatara Jungkook tunggu di kerusi itu.

Selepas Hani keluar, dia bersiap dan memegang tombol pintu untuk keluar ke ruang tamu. Dia membuka, menutup dan membuka semula pintu itu.

Selepas itu, dia turun ke ruang tamu dan terus kedapur mencari makanan untuk si gebu Gray.

Dia menuang di mangkuk Gray dan mengusap Gray.

Jungkook mencatat segala apa yang dilakukan isterinya.

Selepas itu, dia mengeluarkan roti dan membuat teh panas. Selepas Hani habis makan, dia langsung terus berangkat ke biliknya memakai shawl miliknya lalu menyusun langkah untuk keluar rumah dan menaiki kereta.

Jungkook tertanya-tanya kemana dia ingin pergi kerana Hani menaiki keretanya. Segera Jungkook menaiki keretanya dan mengikuti Hani dari belakang.

Perjalanan yang agak jauh membuatkan Jungkook hairan. Kemana dia pergi jauh -jauh ini? Takkanlah ini rutin hariannya?

Setibanya di satu tempat, Jungkook keluar dari kereta mengikuti isterinya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ia kawasan perkuburan.

Dia cuba berfikiran positif terhadap isterinya.

Isterinya duduk di depan kubur ayah dan abang tirinya. Lama...

Hijab Girl: Maze StoryDonde viven las historias. Descúbrelo ahora