Cerita 6

5.3K 159 12
                                    

From: Saif Luqman

Maira, malam ni jgn lupa tau? Saya tunggu dibawah. Don't worry, dah minta kebenaran Naufal dah tadi. Ada saya ajak dia sekali, tapi dia tak dapat ikut. Tapi dia kasi saya bawa awak.

Dah hampir lima belas minit rupanya Saif menghantar mesej. Selesai mandi dan solat Asar tadi, aku berbaring di katil, mahu merehatkan badan yang penat. Awal lagi sudah aku memberitahu kak Milah yang aku tidak dapat sekali lagi mengambil Akil dan Adriana pulang ke rumah malam ini.

Penat juga jadi seorang ibu. Balik kerja nak uruskan anak, nak uruskan diri sendiri. Semua benda terkejar-kejar. Pagi tadi aku cuma sempat singgah rumah kak Milah sekejap, menghantar pakaian bersih si kembar sebelum aku bergegas turun ke tingkat bawah.

Sebaik aku keluar dari lif, panggilan dari Naufal masuk, menyatakan dia tidak dapat menghantarku, namun meminta aku untuk menumpang Saif. Saif pula, memang sedang menunggu aku didalam kereta sebaik sahaja aku keluar dari lif. 

Aku kembali ke paparan utama handphone dan menekan log panggilan. Nombor Naufal aku tekan.

" Hello sayang" jawab Naufal. Suaranya seakan baru bangun dari tidur.

" Hello. Fal, betul ke Fal tak kisah Hani keluar dengan Saif? I mean, we're going out together. Is it okay for you sayang?" 

Sayang. Perkataan yang dah lama sangat aku tak guna dan gelarkan kepada Naufal. 

" It's okay Hani. Fal memang tak dapat teman sekali. Tadi ada Saif ajak, tapi malamni Fal ada meeting luar. Hani teman Saif okay?"

"Okay. If you say so. Hani temanlah Saif nanti. By the way, Fal baru bangun tidur ek? Tu suara macam serak semacam?"

" Fal memang baru terjaga. Nasib baik Hani call. Tertidur dalam office, tak perasan dekat luar dah gelap. Hany, Fal letak dulu boleh? Nak balik mandi semua. I'll call you later sayang" 

" Okay. Em, Fal thanks"

" Thanks for what?"

Haah, thanks untuk apa? Sebab kasi aku keluar dengan Saif? Malam ni juga Naufal boleh halau aku keluar dari apartment dia ni.

"Saje"

" Okay. Hani, I've got to go now. Love you" jawabnya lalu memutuskan talian. Aku bergerak bangun dan mula ke dresser mahu mencari pakaian yang sesuai. Saif kata, malam ini ada birthday party anak buah dia. Dan ibu dia ada buat makan-makan malam kekeluargaan. Like family gathering. So, apa yang perlu aku pakai malamni?

Aku keluarkan blouse moden bercorak bunga besar merah hitam dan sehelai palazo cream. Aku cuba padankan pada tubuhku, dan aku berpuas hati. Selesai, aku capai pula koleksi shawl dan tudung bawal yang aku sangkutkan tidak jauh dari dresser. Warna apa pula yang sesuai aku padankan? Lima minit menyuai padankan, aku ambil sehelai shawl yang sama warnanya dengan palazo aku tadi.

It's perfect.

Siap solat dan bersiap, aku turun dahulu ke rumah kak Milah. Bukan main gembira Akil dan Adriana menyambut kedatanganku. Aku juga begitu, begitu merindukan mereka.

" Mummy nak work lagi? Akil nak balik rumah. Akil dah rindu mummy" rengeknya sambil memeluk leherku. Aku cium pipi Akil dan aku dapatkan Adriana yang leka bermain dengan anak-anak kak Milah.

" Malam ni kita balik rumah okay sayang? Sorry, mummy busy sangat" aku berikan alasan. Ah, aku bukan sibuk, cuba aku memberi ruang dan masa kepada diriku sendiri untuk mencari keseronokan dan kepuasan.

" Maira, kamu ni pun, cari-carilah daddy baru buat Akil dengan Adriana ni. Tak perlulah susah-susah kamu nak kerja lagi" celah kak Milah apabila dia keluar dari bilik. Aku menghulur tangan untuk bersalam. Dia yang masih bertelekung menarik aku masuk ke dalam pelukan dan kami bertukar ciuman dipipi. 

HUMAIRAWhere stories live. Discover now