Cerita 15

4.3K 120 19
                                    


"What? Kenapa awak What-kan saya? Saya tak rasa benda ni salah. Come on Maira, awak pun dah single sekarang kan? Takkan masih mengharap pada Naufal?" Saif seolah mengejekku.

" Tak perlu fikir panjang-panjang Maira, kita buat perkahwinan kita ni nanti sesi balas dendam. Awak pada Naufal, dan saya pada Ein. Bila kita berdua puas hati, kita ambil jalan masing-masing. Takkan awak nak fikir panjang-panjang pula?"

Aku masih memandang Saif. Dari tadi aku hanya diam. Ajakan Saif untuk berkahwin memang tak masuk akal langsung. Memanglah idea untuk membalas dendam kedengaran seronok, tapi aku tidak berfikir jauh sampai ke tahap ini. Berkahwin dengan bukan Naufal?

Aku masih sayangkan Naufal. Aku tak fikir nak buang Naufal jauh-jauh dari hidup aku.

" jangan merepek Saif. Awak cakapla apa saja, ajakan awak untuk kahwin ni benda yang merepek. It won't happen. Saya masih sayangkan Naufal"

" again Maira. Jangan jadi bodoh. Sayang awak tak kemana. Naufal dah kahwin dan bakal ada anak. Kalau awak di tempat Lin, awak sanggup ke biar kan suami awak sendiri ceraikan awak and let him back to her girlfriend? Taknak fight for ur love?" Saif menembak aku lagi. Semakin pedih, namun aku tahan. Dalam diam, aku akui kebenaran kata-kata Saif. Naufaldah ada kehidupan sendiri. Aku juga sudah konon-kononnya membuang Naufal dari hidup aku.

Dan yang pasti saat ini Saif tak seperti mana Saif yang aku kenal beberapa bulan sebelum ini. Kata-katanya tajam. Dia lebih serious dan tidak main-main.

" saya taknak fikir apa yang awak cakap. Semuanya merepek. And if i want to get married, orangnya bukan awak. Kenapa saya kena kahwin dengan awak?"

Saat ini aku sudah bangun dan bergerak ke pintu rumah, bersedia untuk membuka. Harap Saif faham, kehadiran mengejutnya ke mari tidak disenangi aku.

Saif bangun lalu merapati aku. Tangannya menghalang tanganku daripada terus memulas tombol pintu. Kaki kirinya ditunjal pada badan pintu menghalang niatku untuk membuka pintu rumah.

" sebab saya tahu, awak pernah suka kan saya. Tak macam tu, Maira?"

Terus aku pandang Saif yang berdiri tepat didepanku. Serta merta nafasku turun naik, darah gemuruh mula menguasai diri. Saif tahu ke?

Soalan rawaknya seolah membunuh nyawa yang wujud didalam diriku.

"M-macam-macammana awak boleh?" Ahh, kenapa aku gagap?

"Come on Maira. Saya tak bodoh. Hah, macammana dengan tawaran kahwin saya tadi tu? Taknak fikirkan dulu? Rugi kalau tolak" tawar Saif tak habis-habis.

" saif please. Saya nak awak balik" suaraku separuh merayu. Duduk berdua-duaan dengan Saif didalam rumah semakin membuatkan aku jadi tidak selesa. Bimbang ditangkap pihak berkuasa!

" saya balik dulu Maira. Ingat, tawaran saya ni valid tiga hari aje tau? Kalau awak taknak, melepaslah peluang nak balas dendam. Lagipun Naufal dah bahagia dengan Lin. Awak pula? Gigit jari?" ejeknya lalu membuka pintu rumah dan meninggalkan aku kembali berseorangan.

Apa keputusan wajar yang perlu aku buat sekarang? Berbaik dengan Naufal? Ataupun... Mula berfikir mengenai tawaran Saif?


Rabu malamnya seperti mana yang kami janjikan, aku terus ke Mid Valley untuk menonton wayang. Sampai disana Shikin terus ke surau untuk menunaikan solat Maghrib sementara aku terus ke tingkat 5, membeli tiket.

Siap urusan membeli, aku singgah di McD dan membeli aiskrim. Tekak terasa mahu makan benda yang manis. Awalnya hasrat mahu membeli Chatime, tapi aku malas pula beratur panjang.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now