Cerita 12

4.3K 125 12
                                    


" Maira?"

Aku pandang wajah Saif tanpa menjawab panggilannya. "Saya tak tahu yang awak dah ada anak? Bila awak kahwin?"

Itu persoalan terakhir Saif yang masih belum aku berikan jawapan kepadanya. Mujur sahaja ketika itu aku dan Saif sudah hampir tiba ke pejabat. Jadi aku bertindak meninggalkan persoalan Saif dengan begitu sahaja.

Masuk hari ini hampir dua minggu aku dan Saif tidak berjumpa. Melalui Eli aku dapat tahu Saif dan beberapa orang pegawai terbang ke Australia untuk menjalankan beberapa projek yang berkaitan dengan teknologi baru.

Dan Naufal pula, masih menghilangkan diri tanpa berita. Kali terakhir dia menghubungi aku, di rumah umi itu hari dan mesej terakhir darinya aku terima hari Rabu lalu menyatakan dia ingin meminta sedikit masa untuk menenangkan diri dan bersendirian.

Reaksi aku? Pada mulanya aku agak kecewa dan bertindak untuk membiarkan saja apa yang dilakukan Naufal, namun lama kelamaan aku akui, aku mula merindukan suara dan kehadiran Naufal.

" Maira, you dah siapkan ke pamphlets yang I tunjuk dekat you last week? Kalau dah siap, boleh tak kasi I tengok dulu?" tanya Eli ketika dia masuk ke dalam pantry. Aku siapkan nescafe yang sedang dibancuh dan duduk di meja makan. Kuih yang dibeli dalam perjalanan ke tempat kerja mula dijamah sambil aku pelawa Eli untuk makan.

" Oh I dah siapkan. Tapi tadi Encik Syazwan dah tanya I, so I terus email pada dia. Is that okay for you?"

Eli laju-laju merapatkan kerusinya dengan kerusiku. " Encik Syazwan dah minta pada you? Dia ada marah-marah tak tadi?"

Aku pandang Eli dengan penuh hairan. Tapi bila diingatkan semula pagi tadi, elok aje reaksi dan nada abang Syazwan ketika dia bertanyakan mengenai pamphlets itu. Dan sudah hampir dua minggu, abang Syazwan melayan aku seperti biasa, tidak meroyan atau menggila mahu mengajak aku untuk berkahwin seperti mana dia mengajak aku di rumah umi dahulu.

" Takdelah pula dia marah. Cuma masa dia lalu, dia singgah depan bilik I and dia minta benda tu. Kenapa, dia ada marah you ke?"

Eli terus menggeleng. " No, dia tak marah. Tapi I dapat tahu yang Dr. Eng ada panggil dia berkenaan dengan pamphlets tu. Diorang cakap, Encik Syazwan kena marah teruk sebab kerja you tak bagus. Tapi Dr Eng tak tahu yang benda tu, you yang buat."

Menyusup masuk perasaan bersalah dan malu pada abang Syazwan. Tapi masa aku lalu depan dia nak ke pantry tadi pun, dia macam biasa aje. Siap senyum lebar lagi. Tangan pun semangat melambai aku. 

" Dr Eng tu memang garang ke Eli?"

" Dia tak garang, cuma dia memang particular pasal kerja. Lagipun apa yang you buat tu akan diedarkan pada international tourist yang akan datang sini nanti. Agaknya tak ikut apa yang dia expect, sebab tu dia marah pada Encik Syazwan" bebel Eli lagi.

Haih abang Syazwan ni, kenapa tak beritahu aku tadi. Serba salah pula aku dibuatnya. Aku pun satu, buat kerja last minute, tak pasal-pasal orang lain yang kena marah.

Aku bancuh secawan lagi nescafe panas lalu aku bawa masuk menuju ke bilik abang Syazwan. Dengan satu ketukan, dia menjemput aku masuk dan duduk. Tapi aku nampak riak wajahnya yang agak kusut dan terkejar-kejar dalam menyiapkan sesuatu.

" Em, abang"

Tapi tiada jawapan. Abang Syazwan masih sibuk menulis pada buku dan sesekali membaca semula keratan jurnal dan artikel yang bersepah diatas meja.

" Abang nak minum?" aku angkat mug dan aku talakan pada abang Syazwan. Dia memandang aku sekilas dan menggeleng lagi.

" Abang kena marah pasal Maira kan? Maira nak minta maaf. Kalau Maira tahu abang nak beri pada Dr Eng, Maira mesti buat benda tu elok-elok" tambahku lagi.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now