Cerita 27

826 45 2
                                    

Suraya.

Kecilnya dunia, dalam banyak-banyak tempat aku boleh jumpa balik si Suraya ni dekat sini. 

My teenage best friend. 

Dan yang menariknya pemilik kedai kek yang Saif daftarkan untuk baking class aku haritu adalah milik Suraya. Tapi takdelah mengejut sangat sebab dia memang dikenali sebagai anak orang berada. Mak dan ayah dia dua-dua orang politik dan ada perniagaan masing-masing. Jadi terlebih mampu lah untuk dia buka perniagaan sendiri kalau tak bermula daripada modal kosong.

Kali terakhir aku jumpa Suraya ni sebelum dia tiba-tiba menghilang dan berhenti belajar sebelum kami semua habis menuntut di matrikulasi dulu. Aku tak ingat macamana dan bila tapi yang aku ingat, semua orang cari dia masa kami dah masuk dewan untuk exam. Hebat kot entah malam ke pagi dia balik ke rumah tapi yang pasti pagi tu dia memang dah takde dekat bilik. Lesap macam halimunan.

Suraya masih sama macam dulu. Petah bercakap, cantik malah semakin cantik, bertudung litup dan masih menarik perhatian. Aku memang kagum dan suka dengan wajah redup si Suraya ni. Nasiblah abang aku duduk jauh, kalau ada dekat area KL ni memang aku dah kenenkan mereka berdua.

"Shikin apa khabar?" dia memulakan perbualan. Tak lama selepas kami duduk, staff di kafenya menghidangkan beberapa piring jenis kek dan minuman yang di pesan kami berdua sebentar tadi.

"Shikin sihat, tapi dia takde dekat sini. Balik rumah parents dia dekat UK"

Dia mengangguk lagi. Air didalam gelas dihirup beberapa kali sebelum dia petah bercerita mengenai kehidupan dirinya yang sekarang. Tak banyak beza dengan dahulu, Suraya masih kelakar dan ketawanya masih sama. Aku pulak macam tak percaya yang aku sedang berbual dengan Suraya. Dekat 10 tahun menghilang tapi masih masuk air.

Rasa macam dalam mimpi.

"Su, mana kau pergi? Kau hilang macamtu je. Langsung takde khabar berita" aku tujukan soalanku yang terpendam lama dengan penuh hati-hati. Tak nak dia terasa hati ataupun hilang mood untuk terus bercerita. 

Dia ketawa lagi. "Aku kahwin lah sebenarnya Maira"

"Kahwin?" aku mendapatkan kepastian. 

" Haah, aku kahwin. Ada benda yang jadi masatu dan bapak aku paksa aku kahwin. Malam yang bapak aku jemput aku dekat kolej tu, aku sampai rumah je terus kena nikah. Enam tahun aku kahwin, and kami bercerai"

"Sebab?" tanyaku tidak sabar.

"Bercerai mati. Arwah kemalangan masa dia tukar tayar kereta dekat highway. Anak aku kecil lagi masatu. Setahun aku ambil masa untuk pulih daripada trauma kehilangan dia Maira. Lama-lama lepastu bapak aku keluarkan modal untuk berniaga dan sampai sekaranglah aku uruskan kedai yang sama sejak 3 tahun lepas."

"Sorry. Aku tak tahu langsung Su"

"Eh takde apalah. Benda macamni bukan keinginan kita, semua tu takdir dan ketentuan Allah. Hmm, tapi aku pun nak tanya, dulu kau bercinta dengan orang lain kan? Tapi aku rasa yang daftarkan nama kau dekat kedai aku dulu macam orang lain. Jauh sangat beza rupa nya"

Aku tersenyum kelat. "Jodoh tak sampai. Aku kahwin dengan orang lain Su. Panjang ceritanya, nanti-nanti lepas habis kelas kita borak pasal tu"

Setahun dan dua bulan, aku masih takut untuk menyebut nama si empunya diri.

" Patutlah.. mula-mula aku ingatkan dia abang kau. Tapi bila dia kata bukan, aku soal siasat jugak. Dia kata dia husband kau. Aku malas jugak nak tanya lebih-lebih"

"Aku teruja sebenarnya nak tunggu kau datang. Dah lama sangat kita tak jumpa kan Maira? Mula-mula masa husband kau daftarkan nama tu, aku dah cam nama penuh kau. Tapi aku teragak. Sekali aku tunjuk gambar kita belajar dekat matrik dulu, dia terus senyum lepastu cakap yang Hani Humaira tu adalah isteri dia sekarang"

HUMAIRADove le storie prendono vita. Scoprilo ora