Part 12

6.3K 204 1
                                    

"What?!" soal Ishaq pada sahabat yang sudah lebih 5 minit hanya terpacak di hadapan meja kerjanya tanpa sepatah kata. Mungkin sengaja mahu menaikkan darahnya. Kesabarannya hari ini cukup nipis. Jangan cuba menduga lagi.

"Lambat balik," tegur Farzan tersengih cuba menghilangkan aura hitam yang terasa berkepul-kepul di dalam bilik Ishaq. Dia menghembus-hembus lagak menghalau. Dan perlakuannya mendapat renungan tajam sahabatnya itu.

"Macam banyak sangat asap hitam dalam bilik ni," ulas Farzan dengan riak tidak bersalah. Dia duduk tanpa dijemput.

"Asap hitam?" soal Ishaq sedar dirinya disindir. Nasib baik kerjanya sudah siap. Jika tidak mahu sahaja dia menghalau Farzan keluar tidak mahu diganggu.

"Kau ni banyak sangat aura negatif. Sejak kau balik dari belajar kat Arau tu. Dahlah puas aku panggil kerja kat sini kau beria-ia tolak. Dah habis belajar pun nak lagi lepak kat sana. Siapa agaknya tak bagi kau balik?" komen Farzan masih tidak puas hati dengan Ishaq yang menyimpan rahsia.

Bertahun-tahun dia cuba mengorek rahsia kenapa Ishaq berubah. Bibir sahabatnya hanya membisu. Sahabatnya dahulu bukan begini. Selamba dan bersahaja orangnya. Jika berhadapan dengan perempuan, pasti ramai yang cair. Tapi Ishaq tak pernah serius.

Dan bila sahabatnya mula membenci perempuan, dia hanya mampu mengagak sebabnya tentulah perempuan juga. Ada gadis yang telah melukakan sahabatnya yang tidak pernah bercinta. Dan luka itu masih tak mampu dirawat hingga ke hari ini.

"Kau nak apa ni?" soal Ishaq cuba menukar topik. Tidak senang duduk bila isu yang sama ditimbulkan Farzan.

"Macam mana awek manis tu? Kau jangan cakap kau buli dia pulak," soal Farzan membaca mood Ishaq yang nampak lebih buruk dari hari-hari biasa. Risau berdetik.

"Mungkin esok dia takkan datang," balas Ishaq bersahaja. Komputer dimatikan. Fail kerja di atas meja ditutup lalu disimpan di rak. Kemas. Dia mahu pulang.

"Apa kau dah buat?" Dahi Farzan berkerut tidak senang. Dia mengeluh berat.

"Aku dah cakap aku tak perlu pembantu. Aku masih boleh buat sorang," tegas Ishaq. Dia yakin gadis itu sudah cukup belajar hari ini untuk muncul di hadapannya lagi.

"Kau tak ada siapa nak back up kau. You need her," tegas Farzan pula. Dalam isu ini dia takkan mengalah. Itu peranan pembantu. Syarikat ini perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan itu.

"Kalau perlu sangat... cari lelaki. Bukan perempuan!"

Farzan menggaru kepala yang tidak gatal. Masalahnya lebih ramai calon gadis yang layak berbanding lelaki. Tentunya dia mahu memilih yang terbaik bukannya atas jantina.

"Apa masalah kau dengan perempuan ni? Perempuan kat Arau tu dah lukakan hati kau ke?" duga Farzan.

"Aku balik dulu," tingkah Ishaq tidak bersedia mahu membuka lembaran semalam untuk sesiapapun mahupun insan terdekat dengannya. Kisah yang ingin dikuburkan selama-lamanya. Sayangnya, kemarahannya tak pernah surut biar puas dia cuba berlagak bagai tiada apa-apa yang berlaku.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now