Part 18

6.2K 210 0
                                    

"YOU anak sulung rupanya," komen Farzan bila Aazeen menjawab soalannya. Matanya tidak lepas merenung wajah manis itu. Mana-mana lelaki pun suka tenung kalau wajah semanis Aazeen. Bukan terlalu cantik. Manisnya buat jadi ketagih. Tak hairanlah sahabatnya pun tak lepas dari merenung wajah itu walau renungan itu bagaikan mahu membunuh.

'Shaq... Shaq...' Dia tergeleng-geleng sendiri.

Aazeen tersenyum nipis menyembunyikan rasa gugup yang sukar untuk dibuang. Masakan tidak. Sedari tadi mata lelaki tinggi lampai yang duduk bertentang dengannya tajam menikam wajah. Rasa tidak tertelan makanan yang cuba disumbat masuk ke dalam mulut.

"Dah ada kekasih hati ke?" selamba soalan Farzan membuatkan si gadis manis tersedak tiba-tiba. Soalan yang benar-benar menjerut.

Ishaq mengerling sekilas pada Farzan yang menyoal perkara yang tidak sepatutnya. Tentunya Farzan melihat status Aazeen di dalam resume. Matanya kian tajam menanti jawapan  kekasih lama.

"Sorry. I tak maksud nak buat you terkejut. Kalau belum ada kekasih... we are still available," usik Farzan dengan jari telunjuk terarah pada diri sendiri dan kemudian pada sahabat yang membisu dari tadi. Dia melempar sengih bila terasa mata Ishaq kini tajam menuduhnya. Marahlah tu.

"I... I... belum ada," ucap Aazeen teragak-agak. Mahu menipu? Sudah tentu statusnya masih single.

"Belum ada?" soal Ishaq sinis. Terlalu sinis sebenarnya. Bagai sukar mahu percaya jawapan itu. Jawapan yang menimbulkan pelbagai persoalan untuk diajukan pada perempuan murah di hadapannya.

"Be... belum." Sinisnya Ishaq menyiat hati. Menjerut segala rasa.

Ishaq tertawa sinis. Tak mungkin dia salah dengar. Tak mungkin jawapan itu benar. Tak mungkin belum kahwin? Tak mungkin masih sendiri? Tak mungkin! Dasar perempuan! Sudah tentu ianya satu penipuan kerana mahu memikat Farzan pula. Pandai benar bermain wayang. Mendidih rasa hati memikirkan taktik perempuan murahan itu. Dasar mata duitan!

"Shaq... kau agak-agaklah nak pandang pun. Macam nak telan orang. Tengok tu. Zeen nak makan pun takut," tegur Farzan bila mata jatuh pada nasi di pinggan si gadis manis yang masih belum luak mana pun.

"Sorry. Dia ni memang macam ni sikit. Tapi kalau you nak buat kekasih hati... memang berbaloi.  Yang penting you pandai tundukkan naga ni. Kalau you tak nak dia... you boleh pilih I. Untuk gadis semanis you... tak susah nak cipta ruang kat hati I ni," ucap Farzan selamba dan bersahaja.

Aazeen meneguk liur yang terasa kesat. Perit tekak kala ini dengan Farzan yang terlalu selamba. Farzan yang tidak tahu apa-apa. Main cakap sahaja. Langsung tidak sedar ada kisah yang tidak mampu disentuh.

Dia tidak berani memandang wajah Ishaq yang tentunya jelas menunjukkan benci padanya. Tentu banyak persoalan yang ingin diutarakan lelaki itu. Lagi-lagi soal statusnya yang masih sendiri.

"You belajar mana dulu?" soal Farzan lagi cuba menghidupkan suasana.

Tersentak Ishaq mendengar soalan itu.

"Kau takkan tak tengok resume dia?" tingkah Ishaq agak keras. Dia tidak mahu jawapan Aazeen menimbulkan lebih banyak soala Farzan nanti.

"Aku lupalah. Aku ingat dia budak... budak UiTM kan?"

Aazeen sekadar mengangguk lemah. Dapat membaca Ishaq tidak mahu Farzan tahu.

"UiTM mana?" soal Farzan lagi tidak habis ingin mengorek rahsia.

"Aku nak gerak dulu. Banyak kerja kat ofis," tingkah Ishaq memotong perbualan Farzan yang mula melencong ke daerah berbahaya. Farzan tidak perlu tahu. Tiada siapa yang patut tahu tentang hubungan mereka yang sudah terkubur.

"Relakslah dulu. Awal lagi ni," bantah Farzan. Dia masih mahu kenal Aazeen dengan lebih dekat. Tiada apa yang serius. Dia hanya suka melihat wajah manis itu. Dan dia mahu Aazeen lebih selesa bekerja di sini jika mereka menjadi kawan. Kalau mahu diharapkan pada Ishaq, mahu sekejap sahaja si gadis manis cabut lari.

"Aku tak ada masa nak dengar kau interview perempuan ni. Kalau kau nak teruskan interview kau ni... kau stay dengan dia kat sini. Aku tak nak campur. Aku tak perlukan perempuan ni untuk tolong kerja aku. You should know better," tegas Ishaq. Mata tidak lepas menghukum si gadis.

Dia menuju ke kaunter. Mata kembali terarah pada gadis yang tersenyum manis pada sahabatnya itu. Tangan terkepal tanpa sedar. Pandai benar mahu menggoda. Dia tidak akan biarkan perempuan murah itu merosakkan hidup sahabatnya. Tidak sesekali. Cukup hanya dia seorang. Tiada lagi mangsa seterusnya. Kaki dihayun kemas meninggalkan kafe.

"Sorry about that," pinta Farzan rasa bersalah dengan kelakuan Ishaq tadi.

"It's okay. I tak kisah."

"Dia tak macam tu dulu."

"I know," ucapnya perlahan tanpa sedar.

"You know?" soal Farzan pelik.

"Erk... I... I cuma dapat agak," ucapnya kalut menutup mulut yang sudah tersasul. Rasa mahu tampar bibir yang senang benar menuturkan.

"Tapi I perasan dengan you dia lain macam sikit. Selalu dia ignore aje pembantu yang I carikan untuk dia. Tapi dengan you... you buat dia jadi lebih pemarah."

"Mungkin dia bencikan I."

"I rasa... dia cuba nak ignore you. Tapi you ni manis sangat. Dia tak boleh nak ignore. Sebab tu dia marah."

Aazeen cuma mampu tersenyum pahit menutup segalanya.

'You salah. I tak semanis yang you sangka. Dia marah sebab I pernah lukakan hati dia. I perempuan yang buat dia bencikan kaum hawa. I perempuan kejam yang ubah dia jadi pemarah dan pendendam. I'm the one. I yang bersalah.'

Kata-kata itu hanya bergema di segenap ruang hati. Kalaulah dia mampu meluahkan, mungkin lebih mudah untuk hadapi semua ini.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now