Bab 6

10.8K 760 49
                                    

Malam itu, Encik Osman mengarahkan mereka berdua agar tidur sebilik.

"Kau tidur atas sofa. Aku tidur atas katil." Arah Ikhwan.

Qaisha mencebik tanpa membalas. Dia berbaring di atas sofa tanpa bantal dan selimut. Hal ini demikian kerana, Ikhwan telah melarangnya mengambil bantal dan selimut terlebih dahulu.

'Aku yang nak kenakan dia. Dia pula kenakan aku.' Detik hati Qaisha sedih.

Ikhwan hanya memandang Qaisha tanpa perasaan.

"Kenapa kau tak buka tudung?" Soal Ikhwan, kehairanan. Sudah kenapa pakai tudung dalam rumah malam-malam?

Qaisha ragu-ragu. "Err... Tak boleh..." Balasnya ketakutan.

"Buka sekarang. Kau isteri aku. So, dengar apa aku cakap!" Marah Ikhwan. Kalau berlembut dengan gadis yang seorang ini, memang mengada-ngada. Itulah yang difikirkannya.

Qaisha mengangguk takut. Perlahan-lahan, dia membuka tudungnya. Terserlah rambutnya yang berwarna blonde itu.

Ikhwan agak terkejut. "Kau warnakan rambut kau ke?" Terus dia duduk di atas katil.

Qaisha menggeleng. "Ini warna rambut saya yang sebenar."

Qaisha membuka matanya luas. Dia menarik kanta lekap coklat yang berada pada matanya. Ikhwan mengangkat kening kiri.

Ikhwan terpegun apabila terpandang mata biru Qaisha.

"Ooo... Ini semua kau sorokkan dari semua orang. Anak orang putih rupanya kau ni." Tebak Ikhwan sambil berpeluk tubuh.

Qaisha hanya tersenyum lalu membaringkan dirinya. Esok Ikhwan pasti akan tahu segalanya.

•••••

Mereka berdua bersiap-siap untuk ke sekolah. Baju siap dipakai dan beg sudah digalas. Masing-masing turun ke tingkat bawah.

Terdapat beberapa bungkusan nasi lemak dan terlekat surat di atasnya.

Papa pergi sekolah dulu. Qaisha pergi sekolah naik kereta Ikhwan, ya.

Ikhwan yang membaca menjeling Qaisha. Qaisha yang perasan akan jelingan itu tertunduk.

Ikhwan mengambil plastik di tempat letak plastik lalu memasukkan empat bungkus nasi lemak ke dalamnya. Dia menghulurkannya kepada Qaisha. Qaisha menyambutnya pantas.

"Nah! Kita makan kat sekolah. Hubungan kita, jangan bagi sesiapa tahu." Arah Ikhwan. Qaisha hanya mengangguk.

Ikhwan berlari keluar lalu menyarung kasut. Segera dia menuju ke kereta.

Qaisha cepat-cepat menyarung kasut dan mengunci pintu. Dia menuju ke kereta milik Ikhwan.

"Awak, papa suruh naik kereta awak." Ujar Qaisha.

"Har? Naiklah. Aku dah tak larat nak kena marah dengan papa." Kata Ikhwan, memandang ke hadapan. Dia menyandarkan diri ke kerusi.

"Terima kasih." Qaisha membuka pintu.

"Tapi, kau tak boleh usik apa-apa termasuk kerusi." Ikhwan berkata sinis. Sengaja supaya Qaisha berjalan kaki.

"Habis tu, macam mana saya nak duduk?" Soal Qaisha, pelik. Biar betul mamat ni?

"Pandai-pandai kau lah." Balas Ikhwan. Dia memakai tali pinggang keledar.

"Okey." Qaisha masuk ke dalam kereta.

"Woi! Kan aku kata ja..." Ikhwan berpaling memandang Qaisha. Terkejut bukan kepalang melihatkan keadaan gadis itu.

Qaisha tersenyum sinis. Kelihatan dia sedang duduk tetapi punggungnya langsung tidak mencecah kerusi. Terapung gitu.

Ikhwan membuka pintu dan tali pinggang lalu berlari keluar. Tiba-tiba badannya terasa ditarik ke belakang. Dia ditarik masuk ke dalam kereta semula. Pintu kereta dikunci. Peluh meleleh di dahi.

"Kau boleh duduk." Ujar Ikhwan dalam ketakutan.

Dengan perlahan-lahan, Qaisha duduk. Terus Ikhwan menghadap Qaisha.

"Macam mana kau buat? Kau ni mutant ke?" Soalnya, teruja.

"Bawa kereta dulu, nanti saya cerita." Qaisha berkata lalu memakai tali pinggang keledar. Ikhwan mengangguk.

Dalam perjalanan mereka, Qaisha menceritakan tentang kisah hidupnya.

"Nama sebenar saya ialah Amaline Qai dan kakak saya ialah Selina Qai. Well, kitorang ni orang putih tapi telah diambil oleh keluarga angkat yang telah diarahkan oleh mummy untuk jaga kami.

Kami sebagai keluarga 'Qai' ialah keturunan dengan keluarga 'El' seperti Kal-El iaitu 'Superman' dan Kara Zor-El iaitu 'Supergirl'. Macam yang awak tahu, kuasa mereka pelbagai. Tapi, kuasa saya dan kakak lain sikit.

Kuasa mereka ialah boleh terbang dan ya, saya boleh terbang. Mereka tiada kuasa telekinesis tetapi saya ada. Saya juga seorang yang sangat pantas.

Seperti yang awak tahu, mereka lemah pada sejenis benda yang bernama 'Krypton'. Tapi, saya tidak tahu apakah kelemahan saya. Kalau krypton pun, manalah nak jumpa dekat bumi Malaysia ni, kan? Okeylah. Cukuplah saya cerita pasal asal usul saya."

Qaisha mengambil nafas lalu menghembusnya perlahan. Sekarang ini, tinggal lihat reaksi suaminya sahaja.

"Jadi, selama ni kaulah yang selalu tarik rambut aku? Yang baling batu ke kepala Syaira?" Soal Ikhwan sambil menjeling Qaisha yang berada di sisi. Qaisha hanya mengangguk.

"Kata rahsia, tapi kenapa bagitahu aku?" Tanya Ikhwan. Matanya kelihatan bercahaya. Teruja sangat kot.

"Mummy kata, kalau kitorang dah kahwin, suami kena tahu kuasa kami." Kata Qaisha dengan penuh sopan.

Ikhwan mengetap bibir. "Kalau kau nak tahu,akulah peminat setia Superman!!" Balasnya dengan teruja seperti mahu melompat di situ sahaja. Air mata terharu bercampur gembira dapat dilihat di tubir matanya.

Qaisha bertepuk tangan sambil tersenyum. Ikhwan membalas senyuman Qaisha.

'Aku tak sangka, inikah perangai sebenar Ikhwan?' Tanya Qaisha di dalam hati. Jika benar dia dapat mengubah Ikhwan, doa Encik Osman bakal diperkenankan.

∆∆∆∆∆

Masa saya tgh update benda ni pun, saya tengah tonton 'Supergirl' episode 8. Semalam saya tonton episode 7.

Bila part Supergirl menang je,saya akan jerit kuat atau dikenali sebagai, Fangirl scream..

Bila update cerita ni je,mesti keluar cerita 'Supergirl' dekat tv. Pastu susah nk tumpukan perhatian dekat cerita ni... hehehe.

Ok, bye. Nak tunggu episode baru esok.

Isteriku SupernaturalOnde histórias criam vida. Descubra agora