Bab 10

9.5K 670 20
                                    

Setibanya di sekolah, tercungap-cungap Qaisha mengambil nafas. Baru lepas habis perhimpunan rupanya.

"Ha! Seronok jumpa kakak kau?" Soal Ikhwan yang terlihat Qaisha menyelinap masuk ke dalam kawasan sekolah seperti seorang penyangak. Walaupun terkejut dengan soalan tiba-tiba itu, Qaisha tetap mengangguk sebagai jawapan.

"Kakak saya nak ke Jepun. Saya dengar guna telinga saya yang kuat pendengarannya. Hehe."

Ikhwan hanya membuat riak wajah tidak kisah. Dia dan Qaisha jalan beriringan memasuki kelas.

"Aku tahu yang kakak ada kuasa instinct tentang luar bumi. Tapi, aku tak faham. Komet? Komet apa?" Bisik Qaisha sendirian.

Ikhwan menegur Qaisha. "Ha, cakap apa tu?"

Qaisha tersenyum seraya menggeleng. Ikhwan menukar tempat duduk dengan Kirana. Kini, Ikhwan duduk di sebelah Qaisha.

"Awak tahu tak?" Soal Qaisha.

"Tahu apa?" Tanya Ikhwan. Matanya merenung tepat ke mata biru Qaisha yang dilindungi kanta lekap coklat.

"Tiga hari lagi birthday saya." Ujar Qaisha gembira. Ikhwan tersenyum kecil.

"Dan..." Qaisha membiarkan kata-katanya tergantung.

"Dan apa?"

Qaisha mengeluh. "Dan saya akan jadi lebih berbahaya."

Ikhwan terkejut. "Kenapa pula?"

"Kerana, kuasa saya akan meningkat dan kuasa telekinesis akan saya hilang. Ia akan diganti dengan kuasa kekuatan." Terang Qaisha sayu.

"Jadi, awak tak kuat macam Supergirl lah selama ni? Hanya bergantung pada kuasa telekinesis?" Soal Ikhwan. Qaisha mengangguk.

"Lepas ni, saya nak belikan awak niqab." Kata Ikhwan. Mukanya tampak serius.

"Kenapa?" Soal Qaisha, pelik.

Ikhwan tersenyum lebar. "Saya nak awak jadi superhero. Tapi, untuk menutup identiti, awak perlu memakai niqab."

Qaisha tersenyum. Tidak sangka pula suaminya ini kisah tentang perihal dirinya. "Memang cita-cita saya nak jadi superhero. Tapi, mana ada alien jahat macam dalam keluarga Supergirl tu. Keluarga saya semua baik-baik."

Ikhwan tersenyum. "Tak apa. Just, help the police."

Qaisha tersenyum sambil mengangguk. Suka dengan perubahan Ikhwan yang mendadak. Lebih banyak cakap dia sekarang ini.

Kirana dan Syaira yang mencuri dengar perbualan mereka menjerit gedik.

"Hei! Ada orang perasan kat sini! Dia kata dia ada kuasa!!" Jerit Syaira kepada seisi kelas.

"Ha'ah. Ada kuasa Supergirl pula tu!" Sambung Kirana pula.

Qaisha sudah naik geram. Tangannya mengepal penumbuk. Ikhwan sudah mula gelabah.

Isteriku SupernaturalUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum