Bab 2

5K 231 30
                                    

Aiman duduk di atas kerusi malas milik ayahnya. Dia mengambil surat khabar yang terletak elok pada meja sebelah kerusi malas tersebut.

Aiman membelek surat khabar itu. Bosan. Dia kembali meletakkan surat khabar tersebut. Dia kemudian membuang pandangan ke luar.

" Farahin. "

Terpacul nama itu pada mulut Aiman. Sungguh, Aiman rindu kepada gadis itu. Gadis yang pernah membuatnya tertawa, gadis yang pernah menyinari hidupnya, gadis yang ahh...

Sungguh, Aiman amat rindukan gadis itu. Tiba-tiba, terlayar dalam fikirannya, gadis yang memakai niqab yang bernama Aisar, anak kepada Datin Alissa.

Mata gadis itu sama dengan mata Farahin. Suaranya pun sama dengan Farahin. Tapi tak mungkinlah. Farahin mana ada mempunyai nama Aisar. Farahin pun bukannya gadis niqab seperti Aisar.

Aiman tak habis-habis memikirkan tentang Aisar dan Farahin walaupun dia tidak mengetahui, Aisar dan Farahin merupakan orang yang sama.

" Mummy, nak tanya sikit boleh? " tanya Aiman apabila terlihat Datin Sophilia seperti ingin keluar.

" Kenapa Iman? " tanya Datin Sophilia. Terbantut niatnya ingin memakai kasut. Aiman mengetap bibir.

" Mummy tahu tak, nama penuh Aisar? " tanya Aiman. Harap mummynya tak pelik.

" Entahlah. Mungkin Aisar, Nur Aisar binti Dato' Rahman. Kenapa Iman tanya? " tanya Datin Sophilia pula. Agak hairan, anak teruna sulungnya menanyakan perihal itu.

Pandai pula Datin Sophilia membuat spekulasi tentang nama penuh Aisar. Itu membuatkan Aiman bingung.

" Tiada apa-apalah. Cuma, Aiman macam pernah tengok Aisar. Itu sahaja. " ujar Aiman, mengambil langkah selamat. Datin Sophilia hanya mengangguk kecil.

" Okay, i have to go now. Jaga rumah, Iman. " ujar Datin Sophilia. Aiman mengangguk. Datin Sophilia menaiki kereta Toyota Alphard dan meninggalkan perkarangan rumah. Aiman melambai dari jauh.

" Nur Aisar binti Rahman? "

***

Aisar mengambil niqabnya lalu dipakainya. Hari ini ada reunion rakan sefakultinya. Aisar bertekad untuk membuka niqab dihadapan rakan-rakannya agar identiti Aisar dan Farahin tidak akan terbongkar.

Aisar tidak pernah memberitahu nama penuhnya kepada rakan-rakannya dan hal ini tidak diketahui oleh keluarganya.

Itulah yang menyebabkan Aisar hampir-hampir kena heart attack apabila Datin Sophilia a.k.a ibu kepada malaun tak guna itu bertanya kepada mummynya.

Aisar menguak pintu perlahan-lahan. Tiba-tiba, adiknya Aira berada betul-betul di hadapan pintu. Fuh! Semangat.

" Adik bila balik ni? " tanya Aisar. Aira hanya tersenyum melihat kakaknya. " Baru sahaja tadi. " ujar Aira.

" Kakak nak pergi mana? " tanya Aira. " Kakak nak pergi reunion alumni USIM. " ujar Aisar. Aira hanya mengangguk.

" Jalan baik-baik. "

***

" Weh, Farahin. Cepatlah! Nanti terlambat pula. " ujar Syafina. Aisar hanya mengiakan sahaja. Ketika itu, Aisar tidak memakai niqab. Menjaga identiti kononnya.

" Farahin. Aku dengar ex kau dah nak bertunang. " ujar Syafina, memecah kesunyian antara mereka. " Ex mana pula? " tanya Farahin, buat-buat lupa.

Siapa Cik Niqab?Where stories live. Discover now