Bab 16

3.1K 155 26
                                    

Apa perasaan kau apabila kau jumpa semula dengan lelaki atau perempuan yang telah berjaya memikat hati kau dan akhirnya telah hancurkan hati kau dan tak cukup dengan itu, dipijak-pijaknya hati itu. Sakit kan? Itulah apa yang Aisar rasa sekarang ini.

Aisar merasakan bahawa sekiranya dia beridentitikan Aisar, tak adalah dia sakit hati macam sekarang. Aiman dengan tak tahu malunya, menarik Aisar ke restoran yang serasa Aisar, tidak perlu tahu dan kalau boleh, taknak jejak restoran itu lagi. Maaf restoran. Kerana jantan ini, aku dah meletakkan fatwa hati taknak jejakkan kaki ke restoran kau. Salahkan jantan depan aku ni!

" Farah. "

" I've told ya, jangan panggil aku Farah! "

Aiman terkebil-kebil melihat Farahin di hadapannya. Aisar memandangnya. Terasa nak angkat kaki sahaja biar Aiman terpinga-pinga.

" I'm sorry. "

Aiman menunduk. Aisar menjongket kening. Tangannya disilangkan. Aisar mula mengukir senyum sinis. Nampak tak kejahatan Aisar macam mana?

" Sorry? What sorry? Hey, go to hell lah dengan sorry kau tuh. Kau fikir dengan sorry kau tuh boleh betulkan semua benda yang dah terjadi ni? Never! Kau tahu tak, aku menyesal sangat-sangat kenal kau, aku menyesal sangat-sangat berkawan dengan kau, aku... "

Ayat Aisar tergantung. Air matanya mula bergenang. Aiman memandangnya penuh sayu.

" Aku menyesal cintakan kau. Tapi apa yang kau buat?! Kau bagi aku sampah masa aku bagi kau bunga! Kau memang jantan tak guna! " jerkah Aisar. Suaranya didengari oleh semua orang di restoran tersebut.

Aiman terpinga-pinga. Hah, lantaklah dengan semua itu. Aisar mula nak angkat kaki. Tapi Aiman sempat merentap tangan Aisar. Heh, jantan ni tak tahu malu ke? Dah lah orang tengah pandang. Harap sangat-sangat tak ada orang tengah rakam lepas itu letak dekat facebook ke apa, jadi viral. Hebat betul kau berangan Aisar! Tapi kena ingat juga. Malaysia suka drama. Macam sekarang.

" Let me explain everything. "

Cliché kan? Aku tahu itu. Nak terangkan apa lagi? Dah terang-terang kau buat salah dan baru sahaja tadi kau dah minta maaf. Nampak tak betapa cliché ayatnya?

Aisar malas nak melayan, terus keluar dari restoran tersebut. Haih, kenapalah malang sungguh hari aku?

***

Aiman mengeluh. Tadi memang sesedap maggi cukup rasalah gamaknya kena jerkah dengan Farahin. Serasa Aiman, dia baru sahaja sebut perkataan Farah, I'm sorry, let me explain everything. Ke ayat aku salah sebenarnya?

Yang bodohnya, aku tak pergi kejar Farahin tadi. Eh, Aiman Mikail! Tak payah nak ber Janam Janam sangatlah. Dah nak lapuk ketinggalan zaman dah tu macam Gangnam Style, Gwiyomi apa semua.

Kau pun, tak payahlah nak mendesak sangat Farahin. Bukan apa, perempuan bukannya suka didesak pun. Sekali kau desak, memang sampai kiamat dia benci kau. Nak ke macam itu?

Jadi, pengajaran yang terdapat dalam peristiwa tadi, kita sebagai lelaki perlu memahami perasaan perempuan kerana perempuan sangat complicated.

Sekian, terima kasih!

Huh! Aiman mengeluh lagi. Dia masih lagi berada di restoran itu. Dia melihat jam. Sudah pukul 3:30 petang. Solat zohor pun belum lagi. Baik pergi solat. Manalah tahu, Allah bukakan pintu hati Farahin untuk terima dia.

Siapa Cik Niqab?Where stories live. Discover now