Bab 6

3.9K 153 10
                                    

Aisar melabuhkan punggung di atas katil miliknya. Sengaja dia memperbetulkan kedudukannya itu. Kakinya diluruskan dan badan disandarkan. Aisar mengambil lappy kesayangannya dan diletakkan atas pahanya.

Dia membuka Pakcik Google dan menaip Blogger. Kemudian, Aisar log in blog tersebut. Sengaja dinamakan blog itu, CikAisarFarahin. Alah, bukan sesiapa tahu pun blog dia.

Aisar merenung sejenak. Agaknya apa entry yang aku nak masukkan eh? Hah, aku tahu!

Aisar pantas menaip. Jari jemarinya seakan menari-nari pada kekunci lappy itu.

Buat kekasihku blogger, yang juga merupakan diari ketiga aku. Diari ketiga? Hm, mungkin. Ini kerana diari pertama berada dalam jagaan Allah, yang kedua dalam buku dan yang ketiga berada dalam entry ini.

Apa tajuk nak bagi ya? Oh ya! Aku dah tahu. Pertemuan semula setelah tiga tahun. Agak klise, tapi itulah yang benar-benar berlaku dalam hidup aku.

Dia, seorang jejaka yang mempunyai pakej yang lengkap. Semua ada dekat dia, amat beruntunglah siapa yang dapat dia. Mungkin semua tertanya-tanya siapa dan kenapa aku tinggalkan dia.

Aku sengaja merahsiakan namanya kerana takut ada yang mengenalinya. Haha.

Okey, aku sambung balik. Lelaki itu pada mulanya aku cop dia sebagai mamat psycho. Sebab kenapa? Pertemuan pertama kami amatlah tragis dimana dia menunjukkan psycho depan aku. Okay, drop the subject!

Namun, disebabkan pertemuan pertama itulah, aku makin rapat dengan dia. Rapat sehingga aku boleh melupakan rakan baikku. Haha, jahat betul aku.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku jatuh talak tiga putus tali dengan dia kan? Ada beberapa sebab yang boleh aku kemukakan dalam entry ini. Ceh! Macam buat surat kiriman rasmi pula. Okey, titik bertindih.

Pertama, disebabkan dia, aku hampir melupakan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Aku hanyut dalam cinta butanya sehingga ada satu masa reputasi aku dalam pelajaran merosot. Memang membebel mummy dan daddy bila tahu pasal benda ini. Nak taknak, aku kena tahan sahaja bebelan mereka.

Kedua, aku hampir lupa kepada ibu bapa aku. Sebelum aku kenal dia, aku boleh dikatakan sering menelefon mummy. Paling jarang, dua minggu sekali atas kesibukanku. Apabila aku mengenali dia, aku hanya menelefon mummy dua bulan sekali. Aku ulang, dua bulan sekali! Mahu tak kena bebel dan bermacam lagi.

Ketiga, aku lupa terhadap kawan aku. Aku terlalu asyik angau terhadap lelaki iti sehingga aku lupa dekat kawan sehidup semati kononnya. Aku lupa jasa kawan baik aku sampai dia dipinggirkan.

Keempat, aku boleh lupa Allah. Namun, aku tak boleh bercakap panjang tentang hal ini kerana boleh jadi fitnah dan aib terhadap diri sendiri.

Jadi conclusionnya, kita janganlah menilai sesebuah cinta itu dengan nafsu sahaja. Kita perlu menilai dengan hati dan juga perasaan. Aku telah buta kerana aku hanya menilainya kerana nafsu semata-mata. Aku juga harap yang lain tidak akan menjadi sepertiku.

Dan akhirnya aku berjumpa semula dengan lelaki itu setelah tiga tahun tidak bersua. Apakah maknanya itu?

Aisar membiarkan skrin lappynya terbuka. Kemudian, dia mula termenung seorang. Esok, dia akan mula bekerja. Bekerja dibawah naungan malaun tak guna itu.

Aisar menggaru kepalanya yang gatal. Kemudian, Aisar mula terfikir. Kenapa bekas pelajar akaun yang tak lepas akaun boleh jadi pemegang saham?

Aisar, itu kan syarikat ayah dia. Memang bolehlah dia jadi pemegang saham sebab atas dasar alasan, pewaris syarikat itu.

Siapa Cik Niqab?Where stories live. Discover now