Bab 1

20.6K 245 9
                                    

Prolog

Arissa menaburkan bunga ke atas pusara ibunya. Dulu, seingatnya dia menaburkan bunga itu dalam keadaan sedih. Sedih kerana ditinggalkan ibunya, sekaligus menjadikan dia anak yatim.

Tapi tidak sekarang...

"Ibu, Arissa dah tahu maksud bahagia sekarang. Arissa rasa bahagia seperti apa yang ibu rasa terhadap Arissa. Betul kata ibu, kalau kita buat orang di sisi kita bahagia, kita akan turut merasakan kebahagiaan itu."

Arissa senyum.

"Arissa dah berjaya tunaikan janji Arissa pada ibu. Ibu ingat tak, ibu suruh Arissa berjanji jadi perempuan paling bahagia? Doa ibu tu dah makbul. Terima kasih ibu, sekarang Arissa dah jadi perempuan yang paling bahagia."

Arissa menoleh ke arah suami dan anak-anaknya yang sedang melambai-lambai kepadanya, di dalam kereta tidak jauh dari situ. Arissa hanya senyum dan menunjukkan tangan menyuruh mereka menunggu sebentar. Arissa yang mahu singgah sekejap ke pusara ayah dan ibunya, mendapatkan restu.

"Okeylah ibu, nanti Arissa datang melawat lagi, ya? Arissa nak pergi Shah Alam, esok Arissa ada konvokesyen. Ya ayah, anak ayah dah dapat diploma. Akhirnya! Ayah jaga ibu tau kat sana. Assalamualaikum."

Arissa bergerak ke arah kereta, sempat dia menoleh ke arah sebuah pusara yang berhampiran dengan pintu masuk kawasan perkuburan itu. Arissa hanya senyum dan sedekahkan, al-Fatihah!

Damailah di sana...

Bab 1

"Haihhh..."

Rafa mengeluh. Geram betul dia dengan permintaan mummy yang mengarut tu. Kalau ikut hati, nak saja dia bungkus baju dan pergi jauh-jauh. Menyesal pula dia menjadi anak yang menurut kata. Kan bagus kalau jadi seperti abangnya Rafi, yang selalu membangkang.

Masalahnya, Rafa bukan macam tu. Bukan nak jadi anak kesayangan, tapi dia tak mahu jejak neraka. Kalau boleh, tempias api neraka pun dia tak mahu. Tak sangka pula mummy boleh ambil kesempatan macam ni.

"Rafa kena fikirkan masa depan. Masa depan Rafa ialah dengan Premier Holdings Sdn. Bhd. Our PH, titik!"

"Ya, apa yang Rafa buat selama ni pun memang untuk PH. Selama ni, Rafa tak pernah fikir satu saat pun untuk membelakangkan PH. But why, mummy? Peliklah permintaan mummy ni. Weird!"

"Maksud mummy..."

"Maksud mummy, apa?"

"Mummy nak Rafa fokus, mummy tak nak Rafa main-main. Termasuk main-main perempuan."

"Hahhh?"

Rafa menggaru kepalanya yang tak gatal. Bila masa pula aku main perempuan ni, detik hati Rafa.

"Tengok apa dah jadi dengan papa, begitu juga dengan Rafi. Mereka main-main perempuan, PH kehilangan arah. Dahlah syarikat ini hasil titik peluh ayah mummy."

"Itu papa dan Abang Rafi. Rafa kalau suka main-main perempuan, dah lama Rafa buat macam itulah, mummy. Bukannya mummy tak kenal Rafa. Masalahnya, Rafa bukan macam tu kan, mummy?"

Datin Zarina hanya senyum, sinis.

"Mummy tahu tapi mummy tak percaya. Papa dan Rafi dah buat mummy tak percaya, bukan sebab Rafa. Tak ada kena-mengena dengan Rafa. Mummy harap Rafa faham. Bukan lama pun, mummy nak minta Rafa fokus untuk dua tahun saja."

"Dua tahun?"

"Ya, dua tahun. Fokus untuk PH. Tak fokus dekat benda lain. Tak fikir soal cinta, soal kahwin."

"Kalau tiba-tiba Rafa jatuh cinta, macam mana? Mummy bukan tak tahu, kalau Rafa jatuh cinta, Rafa betul-betul jatuh cinta. Rafa tak akan main-main. Jatuh cinta ni mummy, bukan boleh tunggu dua tahun. Dua saat pun boleh."

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now