Bab 14

9.8K 108 2
                                    

Rafa mengantuk betul. Tapi, hari ini terpaksalah dia ke pejabat memandangkan semalam banyak kerja ditinggalkan kepada Syukri. Takkan Syukri nak cover dia satu hari lagi? Kasihanlah kawannya itu.

"Arissa mana, bik?"

"Ketiduran sama Rayyan. Mahu dikejut?"

"Tak perlulah, bik. Semalam Rayyan buli dia sungguh-sungguh."

Bibik Sulastri tersengih.

"Biasalah tu. Nama pun masih bayi."

Semalam memang Rafa terjaga sekali tetapi sekejap-sekejap saja. Lepas Rayyan minum susu, Rafa masuk semula ke bilik. Arissa... Entah pukul berapa tidur balik, Rafa tak tahu. Biarkanlah Arissa tidur. Lagipun, Rayyan agaknya sedang tidur juga. Sementara boleh tidur, tidurlah. Kalau Rayyan mengamuk macam semalam... Jenuh!

"Macam itulah jaga bayi. Sementara nak besar. Dah lama mummy tak jaga bayi, sakit kepala mummy. Kejap-kejap nak bangun. Baru sedar diri dah tua." Datin Zarina menyampuk.

Rafa tersengih.

"Mummy masuk pejabat tak?"

"Tak. Mummy ada meeting dekat luar. Lepas meeting tu baru mummy masuk pejabat."

"Okeylah mummy, Rafa pergi dulu."

Rafa pun sebenarnya sedikit mengantuk. Tetapi, tak adalah sampai nak ponteng kerja. Masih boleh ke pejabat, cuma... Kejap lagi mesti perlu lelap sekejap. Masalahnya, nak lelap macam mana kalau baru masuk pejabat, belum apa-apa lagi, Syukri dah macam polis pencen.

"Kau kata nak cerita. Apa ceritanya?"

"Mengantuk, wehhh..."

"Eh, cuti sehari dah, mengantuk lagi?"

"Bukan cuti pergi tidur, aku jaga Rayyan."

"Rayyan mana pula?"

"Rayyan tu bayi."

"Hah?"

"Rafi buang bayi dan bayi itu ada di rumah aku sekarang. Aku berikan nama dia Rayyan."

"Gilaaa..."

"Aku jumpa bayi tu dalam kereta pick-up Rafi balik dari masjid. Siap ada nota menyatakan bayi itu bayi Rafi. Lagipun masa Rafi balik, tangannya berdarah. Bila aku henyak dia semalam... dia kata, dia memang buang bayi tu dan campak mayat perempuan yang melahirkan tu ke dalam laut."

"Astaghfirullahalazimmm..." Syukri mengucap panjang.

"The best part, dia keluar rumah mummy dan tak mahu bertanggungjawab. And the great part, aku nak ambil bayi itu as anak angkat aku dan aku dah pun berikan nama dia, Rayyan."

Syukri tercengang.

"Seriously?"

"Yalah, for serious. Apa pula main-main?"

"Siapa yang nak jaga dia, kau kan pergi kerja? Takkan bibik? Kasihan orang tua tu."

"Aku dah ambil pembantu."

"Mak aiii... Sungguh-sungguh kau nak ambil anak angkat ni. Cepat gila kau dapat pembantu."

"Ada seorang perempuan yang diperkenalkan tok imam. Arissa nama dia. Dialah yang jaga Rayyan sekarang. Kau tahu tak, Arissa tu perempuan yang aku jumpa dekat kedai bunga waktu kau beli bunga untuk Murni. Kebetulan betul."

"Ohhh... Bagus betul kebetulannya."

"Itu sebab aku boleh pergi kerja hari ini. Tapi, kau tahulah jaga bayi kan, macam mana?"

Syukri cepat menggelengkan kepala.

"Manalah aku tahu. Aku belum kahwin."

"Rayyan terjaga every two hours. Sangappp aku!"

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now