Bab 6

9.2K 115 2
                                    

"Semalam, Rafi bergaduh dengan Nia. Macam biasa, dia ajak kahwin. Apa makna perkahwinan kalau dia macam tu, Rafi macam ni? Dia sosial, Rafi pun sosial. Dia kata dalam kandungan dia tu anak Rafi. Tapi, betul ke kandungan tu anak Rafi? So, Rafi tak nak kahwin dan kita orang bergaduh. Rafi tertolak dia, Nia jatuh dan terus sakit nak bersalin."

Rafa dan Datin Zarina tekun mendengar cerita Rafi.

"Nia bersalin di rumah, tak sempat nak ke klinik. Dia kehilangan banyak darah dan meninggal selepas dia lahirkan bayi tu. Bayi tu besar gila, kut! Tapi mummy jangan risau, Rafi dah settlekan mayat Nia. Sebab itulah Rafi tinggalkan bayi tu kat masjid."

"Apa maksud Rafi yang Rafi dah settlekan mayat Nia? Settle macam mana?" Datin Zarina memandang Rafi.

"Orang Rafi dah settlekan. Buang kat laut. Dengan cara itu saja, mayat tu tak dapat dikesan!"

"Ya Allah, Rafi!" Datin Zarina menekup mulutnya.

"Dia dah mati. Nak buat apa lagi? Lagipun, tak ada siapalah yang akan cari dia mummy. Dia tu, pelacur top class punya."

Datin Zarina terduduk.

"Mana pergi Rafi punya perikemanusiaan? Mummy tak pernah ajar Rafi sejahat ini. Tak kesahlah dia siapa pun, but still... she was a human."

"Dia dah mati. So, what to do? Rafi tak bunuh dia. Dia hilang darah dan mati. Mummy nak buat apa? Mummy nak buat kenduri... buatlah."

Rafa sudah menggelengkan kepala. Dalam hati, mengucap panjang. Tak sangka sejauh ini Rafi berani untuk buat. Tak tahulah sebelum ini apa yang telah Rafi buat. Betul-betul tak sangka. Kasihannya bayi itu. Kalaulah orang yang menulis nota itu tak menjumpainya, entah-entah... sudah dimakan anjing.

Bayi itu hidup untuk Rafi membetulkan kesalahannya, detik hati Rafa.

"Abang kena bertanggungjawab."

"Tanggungjawab apa lagi?"

"Jaga bayi itu. Bayi itu hidup untuk abang berubah. Jadi orang yang lebih bertanggungjawab. Jadi seorang papa..."

Rafi ketawa besar.

"Kau gila ke, Rafa? Apa kau cakap ni, Rafa? Kau cakap guna otak ke, guna kepala lutut?! Kan abang dah cakap, mak dia tu, pelacur top class. Entah betul entah tidak bayi itu abang yang punya?"

"Betul atau tidak, abang kena bertanggungjawab!"

"Betul kata Rafa, Rafi kena ambil tanggungjawab ni. Mummy tak akan report polis. Cuma mummy nak Rafi bertanggungjawab." Datin Zarina juga tekad. Betul juga kata-kata Rafa. Inilah masanya untuk anak sulungnya itu bertanggungjawab. Kalau tidak, kerjanya berjoli saja.

"Semua orang dalam rumah ni gilaaa!!!"

Rafi bingkas bangun dan mengambil beg bajunya. Rafi mencampakkan baju-bajunya ke dalam beg itu.

"Rafi buang bayi itu sebab Rafi tak nak bertanggungjawab. Rafi tak nak ada ikatan apa-apa dengan bayi tu. Sekarang, mummy nak Rafi bertanggungjawab... Memang taklahhh Rafi nak buat. So sekarang, mummy pilih... Nak Rafi di dalam rumah ni, atau bayi tu."

Datin Zarina terdiam. Keputusan untuk memilih antara anaknya dan seorang bayi yang belum tahu asal usulnya itu memang payah untuk dibuat. Betah ke dia kalau dia kehilangan Rafi? Rafi anaknya. Darah daging dia. Dia yang kandung Rafi, usung Rafi dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Mana mungkin Datin Zarina betah kehilangan Rafi.

"Rafi tak akan jejak lagi ke rumah ni kalau mummy pilih budak tu. Mummy akan kehilangan Rafi."

Rafa memandang Datin Zarina. Tahu beban yang ditanggung mummynya. Hilang anak bagai hilang nyawa.

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now