Bab 10

9.6K 116 1
                                    

Arissa melipat pakaian Rayyan yang baru kering. Pakaian yang baru dibeli tadi, dibasuh segera. Bila kering, sempatlah Rayyan pakai. Bajunya yang sedia ada pun ada sehelai dua. Agaknya, arwah ibunya tak sempat hendak membuat persiapan, kut? Lagipun, baju-baju tu bukannya boleh pakai pun. Kecil! Mujurlah ada Rafa. Sebakul dia beli, puaslah Rayyan memakainya nanti.

"Walaupun sebakul pak encik kamu beli, semuanya warna biru... Biru... Biru! Naik juling mata acik tengok warna baju kamu, Rayyan. Nanti acik mesti confuse, ini dah pakai ke, belum pakai ke? Pak encik kamu tu, tak bagi langsung acik pilih warna jambu-jambu sikit. Warna aje kut. Kamu pun tak tahu warna tu warna apa. Mental betul pak encik kamu tu. Dia kata, disebabkan warna, kamu boleh jadi awww... Awww... Mental, kan? Serius mental!"

Bercakap dengan Rayyan, seperti bercakap dengan dinding. Apalah dia tahu? Baru berusia dua hari saja pun. Walaupun dua hari, semangatnya macam dua bulan. Bayangkan, baju untuk tiga bulan yang dia pakai. Bibik Sulastri kata, ini, kalau dah masuk usia sebulan, tentu dah enam kilogram. Kalau budak biasa, dua bulan baru nak masuk enam kilogram!

"Tapi, acik bersyukurlah Rayyan, sekurang-kurangnya kamu ada baju. Kalaulah acik tak catat plat nombor kereta tu, tak tahulah nasib kita berdua ni macam mana. Nak harapkan acik belikan baju kamu sebakul macam gini... memang taklah, Rayyan. Entah-entah nama kamu pun acik letak Rosyam. Ada ke pak encik kamu kata itu nama zaman batu?! Rosyam Nor bukannya tua sangat. Hero kut tu! Dia yang tak tengok TV, kata kita pula."

Arissa mengomel depan Rayyan. Rayyan hanya memandang. Kenyanglah tu, sebab tu tak banyak meragam. Kejap-kejap lena. Kejap-kejap membuang. Doktor Zainal kata, kalau bayi tu membuang air besar dengan baik... Itu tandanya dia sihat. Mujurlah Rayyan dilahirkan menjadi seorang bayi yang sihat dan sempurna. Cuma kasihanlah ibu dia... Haih, kasihan sungguh. Arissa menggelengkan kepalanya apabila teringat nasib arwah ibu Rayyan.

"Serius, Rayyan. Acik sangat-sangat bersyukur. Acik tak tahu nak cakap syukur tu dalam bahasa apa lagi. Yang acik tahu, Bahasa Melayu saja. Kalau boleh berbahasa Tamil macam Kamal Hassan tu, acik dah cakap dah..."

Tiba-tiba, Rayyan merengek. Arissa menepuk perlahan punggung Rayyan.

"Ohhh, sorry... Sorry. Rayyan tak suka Kamal Hassan, ya? Okey... Okey. Shivaji The Boss suka tak?"

Rayyan diam.

"Ohhh Shivaji The Boss kamu suka, ya? Besar nanti kamu nak jadi bos macam pak encik kamu, ya? Bagus, Rayyan. Acik bangga kamu nak jadi bos, jangan jadi macam acik, setakat bos di dapur pun tak layak. Tak apalah Rayyan, acik tak streskan kamu. Kamu nak jadi apa pun, kamu jadilah. Jangan jadi macam ayah kamu tu, cukuplah."

Arissa memandang Rayyan. Dia sedikit bertekad.

"Acik janji akan berikan kamu pendidikan agama yang lengkap. Acik ni bukan apa, Rayyan... Kalau setakat alif ba ta tu... Acik dah tahap tahfiz dah. Anytime boleh ajar. Tapi, kalau nak lebih, acik sanggup cari duit hantar kamu ke maahad. Kamu jadilah tahfiz. Bolehlah bawa acik ke syurga. Tahfiz pun boleh jadi macam-macam, Rayyan. Orang kalau letakkan agamanya di depan, apa pun boleh jadi. Ke mana pun boleh pergi, Rayyan."

Arissa mengenjut-enjut buaian Rayyan itu. Baru juga dibeli tadi. Entah berapa ribu Rafa habiskan duitnya, Arissa tak tahu. Tapi keperluan Rayyan yang baru dua hari itu, memang cukup lengkap sampai Rayyan boleh bercakap agaknya. Itu pun, Rafa kata nak siapkan satu bilik untuk Rayyan.

"Bilik tengah ni, sesuai agaknya."

"Yang mana, pak encik?"

"Yang ini. Sebelah bilik saya. Ini bilik Abang Rafi. So, kita jadikan bilik Rayyan."

"Mak datuk... Bilik Rayyan macam bilik orang besar."

"Nanti Rayyan dah besar, dia duduk kat sinilah terus. Jadi bilik dia terus. Esok saya nak panggil designer untuk design bilik ini. Dalam seminggu, Rayyan bolehlah tidur sini dengan Nengnya sekali."

Perempuan Paling BahagiaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant