Bab 2

10.5K 147 1
                                    

Arissa menaburkan kelopak bunga ke atas pusara arwah ibunya. Sedikit tanah pun tak nampak, hanyalah kelopak bunga saja yang memenuhi pusara arwah ibunya. Biar wangi. Itulah permintaan terakhir arwah ibunya, jadi dia ikutkan saja. Mujurlah dia berjumpa dengan seorang lelaki yang baik, yang sanggup belikan dia bunga. Kalau tidak... hanya kelopak bunga terbuanglah untuk arwah ibunya.

"Semoga ibu tenang dekat sana. Arissa reda, ibu pergi dulu. Arissa harap, ibu doakan yang baik-baik untuk Arissa ya, ibu? Arissa dah jadi anak yatim piatu. Arissa tak tahu nak ke mana lagi. Tuan rumah dah ambil rumah kita tu balik, Arissa dah tak boleh masuk. Semalam nak tinggal pun tak boleh, sementara nak cari rumah baru. Kejam betul Pak Cik Karim tu. Arissa teman ibu sajalah malam ini..."

Tapi...

Takkan aku nak duduk dekat kubur ni pula? Arissa memandang ke arah kawasan kubur yang lapang itu. Tiba-tiba rasa seram pula.

"Tak jadilah, Arissa nak teman ibu kat sini. Arissa teman ibu jauh sikit, tapi dekat-dekat sini juga. Arissa duduk dekat masjidlah. Esok saja, Arissa cuba cari kerja dekat kawasan rumah orang-orang kaya tu. Manalah tahu, mereka nak pakai orang gaji. Arissa tak kesahlah ibu, kalau hanya jadi orang gaji. Itu saja yang Arissa mampu buat. Lagipun, pelajaran setakat SPM, pengalaman kerja pun tak ada, apa pun tak ada, macam mana orang nak ambil?"

Arissa hanya ada ibunya. Dia belajar pun setakat SPM. Selepas ibunya jatuh sakit, Arissa menyara ibunya dengan menjual nasi lemak. Arissa tak boleh nak bekerja jauh pun kerana ibunya sering terkena sawan. Dek kerana Arissa lewat balik dari menghantar nasi lemak di kedailah, ibunya terkena sawan lalu jatuh dan meninggal dunia. Arissa sangat-sangat sedih. Tetapi, apa boleh buat, hidup perlu diteruskan. Nak fikir banyak pun tak guna, bukannya boleh mendatangkan pendapatan atau pulangkan balik arwah ibunya. Ada baiknya, dia fikir bagaimana mahu teruskan hidup.

"Kamu tak boleh duduk kat sini, Arissa."

Baru saja Arissa meletakkan beg lusuhnya atas tangga masjid, Tok Imam Muntaha sudah menegurnya. Belum minta izin, sudah kena halau. Macam mana? Mana nak tinggal lagi, detik hati Arissa.

"Semalam saja, tok."

"Tak boleh, Arissa. Masjid ni bergelap malam-malam. Takkan tok nak buka lampu masjid semua ni untuk kamu?"

"Tak payah buka lampu, tak payah buka kipas. Saya duduk tepi tu saja."

Selama ini pun, di rumahnya bergelap dan berpanas. Arissa tak kesah pun. Dia sudah biasa. Sekarang ini, dia cuma mahu cari tempat berlindung saja. Cuma untuk semalam sebelum dia keluar cari kerja.

"Semalammm saja, tok." Arissa cuba merayu.

"Tak boleh, Arissa. Malam-malam nanti, macam-macam boleh jadi."

"Habis, saya nak duduk dekat mana, tok? Tok... Tok kasihankanlah saya. Saya ni dah jadi anak yatim. Saya nak tumpang semalam saja, tok. Esok, sesudah subuh, saya keluar. Saya tak akan susahkan tok. Saya janji, tok. Saya duduk tepi-tepi saja. Saya tak kacau apa-apa atau sesiapa. Saya janji. Sumpahhh!!! Ini kan rumah Allah, takkanlah saya nak buat benda tak elok?" Arissa merayu-rayu lagi.

Tok Imam Muntaha terdiam. Dia tak tahu nak berkata apa. Bukannya tak kasihan. Dia kasihankan Arissa. Tetapi, kalau dia beri muka kepada Arissa, apa kata orang kampung? Orang kampung ni bukannya suka kalau Tok Imam Muntaha melebih-lebihkan Arissa dan keluarganya. Tak tahulah apa masalah orang kampung dengan Arissa. Arissa tu baik budaknya. Tak pernah pun menyusahkan. Yang susah... keluarganya tetapi tak pernah pun sampai meminta sedekah. Nak buat macam mana, orang tak suka dan begitu nasib dia.

"Kamu tak boleh duduk dekat luar ni."

"Habis tu?"

"Kamu duduk dalam bilik tok. Dalam bilik tok ada katil dan ada bilik air. Ada lampu kecil, kamu buka lampu yang itu saja. Lepas subuh, kamu kena keluar. Keluar pun, keluar senyap-senyap, jangan bagi orang nampak. Satu lagi, jangan buka pintu kalau ada yang ketuk."

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now