Bab 9

8.1K 110 0
                                    

Balik dari pejabat, Rafa mengajak Datin Zarina berbincang. Rafa sudah tekad. Walau apa pun yang terjadi, walaupun keputusan ujian DNA nanti tidak akan berpihak kepada dia, dia tetap mahu ambil Rayyan sebagai anak angkatnya. Lagi bagus kalau DNA itu milik Rafi. Tapi kalau bukan pun tak apalah, yang penting Rafa sudah jatuh sayang kepada Rayyan.

"Mummy..."

"Ada apa yang Rafa nak bincang dengan mummy?"

"Rafa dah buat report polis yang mengatakan Rayyan dijumpai. Rafa pergi dengan Arissa tadi. So, Arissa sebagai saksi kejadianlah."

"Then?"

"JKM akan datang untuk tengok Rayyan. Encik Fuad akan uruskan semua dokumen untuk mengambil Rayyan sebagai anak angkat."

Datin Zarina memandang Rafa.

"Keputusan Rafa dah muktamad ke ni? Betul ke nak ambil Rayyan sebagai anak angkat?"

"Ya, betul."

"Rafa tahu kan apa yang Rafa buat ni? Dia seorang bayi tau, Rafa. Rafa manalah tahu nak handle seorang bayi."

"Arissa kan ada. Kan kita dah hire dia. Tadi Rafa dah beli semua keperluan Rayyan. Doktor Zainal pun dah ambil darah Rayyan dan Rafa untuk buat test DNA. Mummy, Rafa yakin dengan keputusan Rafa ni. Harap mummy restu tindakan Rafa ni."

Datin Zarina menghela nafas, gelisah. Tak tahulah apa yang dia nak katakan lagi. Entah kenapa, dia rasa yang Rayyan tu memang anak Rafi. Rayyan persis wajah Rafi sewaktu dilahirkan dulu. Dengan bulatnya, dengan beratnya... Semuanya sama. Rayyan memang betul-betul seiras Rafi sewaktu diletakkan dipangkuannya dulu. Flashback all the memories. Tangisannya pun serupa. Kalaulah si kecil itu tahu yang dia anak tidak sah taraf? Mungkin ini adalah cara dia menebus kegagalannya mendidik Rafi dulu, fikir Datin Zarina.

"Fine."

"Fine?"

"Mummy tak ada halangan. After all, I think he is Rafi's son."

"Betul?"

"Ini mungkin balasan Allah kepada mummy sebab tak didik Rafi baik-baik. Mummy sibuk build up business keluarga kita, mummy lupa tanggungjawab mummy. Dengan adanya Rayyan, mummy boleh menebus kesilapan mummy. Mummy yakin, Rayyan anak Rafi. Sebab wajahnya seiras Rafi. Lebih baik Rayyan duduk dengan kita sebab darah daging kita, keturunan kita."

"No, mummy."

"No? Maksud Rafa?"

"Abang Rafi tak kahwin dengan perempuan tu. So, Rayyan bukan anak Abang Rafi. Anak tidak sah taraf hubungannya hanya dengan ibunya saja. Itu hukum Allah."

"Really?"

"Yes mummy, you can double confirm it with tok imam."

"Habis tu macam mana?"

"Kalau nak ada pertalian, Rayyan kena disusukan selama lima kali kenyang dan Rafa kena kahwin dengan ibu susuan tu. So, Rafa boleh jadi bapa susuan Rayyan. Mummy dan Rayyan akan jadi mahram. Kalau tidak, mummy dan Rayyan pun boleh kahwin."

Datin Zarina terdiam.

Pula!

"So, lagi satu Rafa nak minta dekat mummy."

"Minta apa?"

"Gugur syarat dua tahun tu. Kalau tak, Rayyan tak ada pertalian dengan keluarga kita. Sebab Rayyan kena disusukan sebelum usianya mencapai dua tahun."

Datin Zarina terdiam lagi. Mula berfikir. Rafa nampak seperti bertekad dan bersungguh. Apakah ini alasan untuk Rafa mengelak daripada fokus terhadap PH? Datin Zarina tertanya-tanya.

"Siapa pula yang Rafa nak jadikan ibu susuan Rayyan? Are you seeing someone, Rafa?"

"Tak. Tak ada. I'm not seeing anybody, mummy."

"Then?"

"Rafa kena cari calon, kurang sebulan daripada sekarang. Sebabnya, untuk makan ubat hormon tu, kena dalam jangka masa tiga bulan daripada sekarang. Kalau tidak, Rayyan tak nak minum susu ibu pula sebab dah terbiasa dengan susu formula."

Datin Zarina diam semula. Betul juga alasan Rafa itu. Sebelum ini memanglah dia mahukan Rafa fokus terhadap syarikatnya. Yalah, selepas dia menyingkirkan suaminya, Dato' Rafail daripada syarikatnya itu, syarikat agak tunggang-langgang. Prestasi syarikat sangat teruk dan kewangan tidak stabil. Bukan sebab ekonomi yang teruk tetapi disebabkan Dato' Rafail berjoli dengan duit syarikat. Mujurlah Datin Zarina cepat sedar. Itu pun sebab bank sudah menelefon meminta hutang disebabkan cek yang diberikan untuk pembayaran pembiayaan telah ditendang.

Sebelum ini, Dato' Rafail memang selalu buat hal, tetapi Datin Zarina banyak berikan peluang. Sekarang, tiada lagi peluang untuk Dato' Rafail dan Rafi. Datin Zarina hanya ada Rafa dan Rafa sajalah peluang untuk membangunkan syarikatnya kembali. Itu sebab Datin Zarina meminta Rafa... tempoh dua tahun saja untuk fokus kepada Premier Holdings Sdn. Bhd.

Macam mana? Keputusan ini... amat berat untuk dibuat Datin Zarina. Kalaulah Rafa tidak fokus, macam mana dengan syarikatnya itu nanti? Habis punah jerih payahnya membangunkan syarikat itu kalau tak betul-betul.

"Macam mana, mummy?"

"Tunggulah keputusan ujian DNA tu dulu, Rafa. Kalau betul anak Rafi, then... kita fikir lain. Tapi kalau bukan, tak payahlah sampai nak jadikan anak susuan Rafa. Biarlah setakat anak angkat saja. Mummy tetap dengan permintaan mummy, Rafa kenalah bersabar untuk tempoh dua tahun lagi."

Giliran Rafa pula terdiam. Tapi, betul juga kalau bukan anak Rafi, buat apa dia nak cari ibu susuan tu? Pointless. Sebabnya, Rafa sendiri tidak tahu siapa yang patut dijadikan ibu susuan untuk Rayyan. Dia tiada calon. Susah... bila hati sukar untuk memilih. Bukan tak ada yang mahu memiliki hatinya, hatinya sendiri yang menolak.

"Okey?"

"Hmmm... Okey, mummy. Kalau itu keputusan mummy, Rafa okey saja. Betul juga apa yang mummy cakap tu. Sebaiknya tunggu keputusan ujian DNA tu nanti."

"Senang bercakap dengan Rafa, Rafa mendengar kata. Kenapa Rafi tak jadi macam Rafa? Sepatutnya Rafi kenalah menunjukkan contoh yang baik kepada adik. Tapi, ini terbalik. Walaupun beza hanya dua tahun, perangai masing-masing bezanya seperti langit dan bumi!" Datin Zarina sedikit mengeluh.

"Mummy... Sudahlah tu. Tak payah fikirlah ya pasal abang."

"Ada Rafi balik?"

"Tak ada, mummy."

"Okeylah. Mummy rehat dulu."

"Thanks mummy sebab bagi Rayyan jadi sebahagian daripada keluarga kita."

Datin Zarina hanya tersenyum. Si kecil itu... bukan saja-saja muncul dalam keluarga ini. Pasti ada rezekinya. Walaupun begitu, Datin Zarina sangat berharap kalau boleh keputusan ujian DNA bukan berpihak kepadanya. Kalau tidak, terpaksalah dia berfikir cara lain untuk Rafa fokus kepada syarikat. Cinta itu boleh bikin hilang fokus dan Datin Zarina tak mahu perkara itu berlaku kepada Rafa. Harapnya Rafa boleh bertahan.

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now