Bab 8

8.6K 114 2
                                    

"Pak encik ni main-mainlah..."

"Tahu, cuak. Awak jangan risaulah, mestilah saya cari calon yang baik-baik untuk jadi ibu susuan Rayyan. Lagipun, yang akan jadi ibu susuan Rayyan itu kan calon isteri saya."

Masalah bagi Rafa pula, dia tidak ada calon isteri dan dia tidak dibenarkan kahwin dalam masa dua tahun ini kerana perlu memberi tumpuan kepada syarikat. Macam mana pula dia nak cari isteri dan ibu susuan Rayyan dalam masa sebulan ini? Memanglah tempoh penyusuan tu sebelum bayi berusia dua tahun. Tapi, kalau bayi dah biasa minum susu tin, susah sikit nak suruh minum susu ibu. Kenalah Rafa cari calon secepat mungkin. Tapi permintaan mummy, macam mana? Rafa mengeluh.

"Betul tu, pak encik. Kalau nak buat isteri, kenalah pilih yang betul-betul. Tapi, ada ke perempuan sekarang yang nak jadi ibu segera?"

"Siapalah yang tengok Rayyan tak jatuh hati? Sudahlah bulat, comel pula tu. Pertama kali saya lihat dia pun, saya jatuh hati. Apa lagi orang perempuan."

Arissa mengaku. Dia sendiri pun sudah jatuh hati pada si kecil itu. Kalau calon tak ada, Arissa sanggup jadi ibu susuan Rayyan, tapi... Untuk jadi isteri Rafa? Hesy... Jauh sangat fikirnya itu. Niat Arissa untuk jadi ibu susuan Rayyan disebabkan untuk menolong dan menjaga si kecil itu. Bukan sebab hendak berkahwin dengan Rafa. Sudahlah Rafa tu anak orang kaya dan berada. Tahu Rafa tu baik, tapi tak mungkin tak ada kekasih, kan?

"Saya sokong apa saja keputusan pak encik, asalkan kebajikan Rayyan terjaga."

"Sayang sangat awak dekat bayi yang tak sampai beberapa jam awak jumpa ya, Neng? Apa kaitan awak dengan Rayyan?"

"Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik."

"Siapa kata?"

"Kita oranglah yang kata."

"Awak dan Rayyan, kan ada saya."

"Kalau Rayyan bukan anak Encik Rafi, macam mana?"

"Kan saya akan jadikan dia anak angkat saya walau apa pun akibatnya. Saya yang jumpa dia, dia milik saya."

"Alhamdulillah, Rayyan dapat pak encik yang baik hati."

"Kalau dia boleh buat awak bahagia, apa lagi saya, Neng."

Arissa mengangguk-angguk. Harapnya perjalanan Rayyan yang baru itu penuh dengan kasih dan sayang. Biarlah semua orang sayangkan dia walaupun ayahnya sendiri membuang dia termasuklah Datin Zarina, doa Arissa dalam hati.

"Awak belilah apa yang patut."

"Hah?"

"Apa hah, hah? Kita dah sampai ni. Jangan kata blur pula."

"Saya ni tak pandai nak bershopping, pak encik."

"Saya ni lagi tak pandai. Awak perempuan, sepatutnya awak lebih tahu apa nak beli."

"Saya perempuan yang membeli apa yang saya perlu saja dan keperluan saya tu, mengikut kemampuan saya. Saya ni orang susah, pak encik. Jadi, bab shopping ni saya memang tak pandai."

"Kita beli yang basic dulu untuk keperluan bayi yang baru lahir. Yang lain, saya minta mummy tolong saya."

"Alahhh... Girlfriend pak encik kan ada."

"Kalau saya ada girlfriend Neng, tak adalah saya ajak awak ke kedai bayi ni."

"Hahhh? Pak encik tak ada girlfriend?"

"Kenapa awak macam terkena kejutan elektrik ni?"

"Yalah, peliklah orang macam pak encik ni tak ada girlfriend."

Perempuan Paling BahagiaWhere stories live. Discover now