School Love Story #3

6.8K 280 2
                                    

“Kring kring !!!” Bunyi loceng sekolah yang menunjukkan waktu rehat .

Pelajar mula bergerak ke kantin untuk makan . Scarlett bergegas ke kantin dengan pantas supaya mendapat tempat duduk dan mudah untuk membeli makanan sementara pelajar yang lain belum turun .

Tetapi , Deena masih lagi berada di kelas kerana mencari kotak pensel nya yang hilang dari tadi . Dia mengeluarkan buku-buku dari begnya lalu memeriksa bahagian bawah meja untuk memastikan kotak pensel nya masih ada . Namun , masih belum dijumpai .

“Mana pensil box aku ni ? . Haish .. macam mana boleh hilang ? . Aduiii” . Keluh Deena yang hampir berputus asa mencari barang nya itu . Lalu , dia mula teringat untuk mencari di kawasan dewan , tempat pelajar berkumpul sebelum ke kelas .

“Harap-harap ada . Tolonglah .” Kata Deena di dalam hati .

Dia mula mencari di hujung dewan serta dia atas pentas . Dewan sekolah mereka sangat besar menyebabkan nya sukar untuk mencari .

“Perlukan bantuan ?” Tegur seorang lelaki yang membuatnya terkejut .

Deena yang masih leka mencari barangnya sehingga tidak melayan soalan lelaki tersebut .

“Perkenalkan . Saya Stevan . Senior Stevan . Awak perlukan bantuan ?”

Deena berhenti seketika setelah mendengar nama tersebut . Lalu perlahan-lahan menoleh ke belakang untuk memastikan identiti lelaki tersebut .

“Senior ! . I mean .. Senior Stevan . Selamat Sejahtera” . Deena mengucapkan salam dengan kepala tertunduk malu kerana sikapnya yang tidak menghormati senior .

“Awak hilang sesuatu ker ? .” Tanya Stevan .

“Erm .. yaa”

“Okeyy . Biar saya teka . Awak hilang kotak pensel kan ?”

“Macam mana senior tahu ?” . Dengan wajah innocentnya yang terkejut membuatkan Stevan tertawa kecil .

“Saya jumpa kotak pensel . Warna pink . Gambar bts .. pelajar lelaki takkan guna warna pink , and takkan layan kpop ” Sambil mengeluarkan kotak pensel Deena daripada beg nya .

“Nahh .. lepas ni awak kena lebih hati-hati . Mungkin kalau terjadi lagi , kotak pensel awak akan dicuri . Hati-hati , k”

“Okeyy . Terima kasih Senior” Ucap Deena sambil tersenyum lebar .

...

Deena masuk ke kantin dengan senyuman yang sangat lebar lalu duduk di meja makan bersama sahabat-sahabatnya .

“Wuii . Kau dah kenapa ? . Angau ke ?” . Tanya Belle yang duduk di sebelahnya sambil menikmati makanan Seafood yang dibeli dari kantin sekolah .

“Tadi aku jumpa Senior Stevan”

“Wuu . Untung lah” Usik Mayy .

“Bercakap pasal senior , aku pun berjumpa dengan senior . Bertegur plak tu . Tanya Micci” Kata Eiysa .

Micci yang dihadapannya hanya menganggukkan kepalanya .

Mereka mula berborak tentang senior mereka . Tanpa mereka sedar , waktu rehat telah tamat .

“Wuii . Masa dah habis lah siot !” Jerit Jen yang cepat-cepat memasukkan makanan ke dalam mulutnya .

...

Mata pelajaran seterusnya adalah Matematik iaitu pelajaran yang paling tidak disukai pelajar .

Tetapi , guru matematik yang mengajar kelas mereka tidak hadir kerana sakit . Kelas itu mula membuat bising dan bersorak . Keadaan kelas itu seperti keadaan di supermarket . Sangat bising .

“Woii !!” Jerit seseorang dari luar yang memberhentikan kebisingan kelas tersebut .

“Senior Ren lah ”
“Itu kan Senior Ren”
“Kacak nya dia”

Pelajar perempuan mula berbisik-bisik tentang Senior Ren yang masuk ke kelas mereka .

“Pelajar diminta untuk duduk di tempat masing-masing dan baca buku ” . Arah Ren .

Pelajar kelas itu mengikut arahan . Mereka mengeluarkan buku dan mula membaca . Ada yang mengulangkaji , ada juga yang sedang melukis .

“Tok tok !!” Bunyi pintu kelas diketuk dua kali .
Seorang lelaki berwajah tampan , berkaca mata dan tinggi masuk ke kelas itu lalu mendekati Ren .

“Joe , ada something ke ?” Tanya Ren kepada Joe .

“Aku nak panggil bendahari . Pengetua nak tau jumlah wang yang dikutip untuk program keceriaan kelas” Terang Joe dengan wajah yang serius .

“K . Teruskan”

“Selamat sejahtera . Bendahari kelas mohon berjumpa saya sekarang . Di luar kelas”

Belle dipandang oleh semua pelajar di kelasnya kerana dia bendahari kepada kelasnya . Untuk menutup rasa janggal , dia segera keluar kelas untuk berjumpa dengan Joe .

“Selamat sejahtera senior .”

“Awak bendahari kelas ni right ? . Boleh saya tau nama awak ? ”

“Saya Belle . Btw , kenapa senior panggil saya ?” .

“Erm .. pengetua minta jumlah wang yang telah dikutip untuk program keceriaan kelas . Awak dah kira ke ?”

“Belum !” Jerit Belle yang benar-benar lupa mengira jumlah wang kelasnya .

“Senior , saya minta maaf sangat-sangat” . Belle berasa sangat bersalah kerana tidak menjalankan tugas .

“Erm .. Tak apa lah . Sekarang awak boleh tak ikut saya ke pejabat untuk kira then masukkan jumlah duit ni ke dalam komputer . Sekarang , awak dah dilantik oleh pengetua untuk jadi bendahari sekolah . Dan partner saya”

Belle sempat terdiam seketika .. Hatinya bercampur-baur , gemuruh dan gembira .

“Boleh . Tapi saya mesti minta izin pada Senior Ren dulu”.

“Tak apalah . Awak pergi dulu . Saya yang akan bagitau . Okeyy” .

“Terima Kasih senior”

Belle dan Joe masuk ke kelas . Sementara Belle mengambil wang kelas dari begnya , Joe meminta izin Ren untuk menyelesaikan wang kelas mereka ..

School Love StoryWhere stories live. Discover now