School Love Story #25

3.8K 177 8
                                    


Keesokan harinya .

Di sekolah
Bilik muzik

Hujan telah pun turun .

Bilik muzik di sekolah mereka dipenuhi dengan alat muzik moden dan tradisional . Setiap alat muzik disusun mengikut jenis dengan kemas . Piano diletakkan di tengah-tengah bilik .

Belle duduk di hadapan piano sambil memainkan piano untuk menenangkan dirinya .

Hanya dia keseorangan yang berada di situ .

Bilik itu dipenuhi dengan alunan muzik sedih seperti apa yang Belle rasakan .

Airmata Belle jatuh hingga ke kekunci piano .

Setelah beberapa saat . Dia berhenti memainkan piano lalu memandang tingkap .

Dia memerhatikan setiap titis hujan dengan diam .

[Belle P.O.V]

Even aku dah cuba untuk tenangkan diri dengan muzik . Keadaan tetap sama . Tiada yang berubah . Joe masih dalam ingatan . Memori dia bermain di fikiran .

“Loceng”
Nama pelik yang Joe cipta .
Aku rindu bila dia panggil aku .

Setiap kali balik , dia lah yang akan tunggu aku kat library .

Main bola keranjang sama-sama , even kadang-kadang bergaduh .

Tapi aku rindu dia ..

Aku memandang tingkap .
Dan hujan masih membasahi dahan pokok .

Kalau boleh aku nak keluar dan menangis dibawah hujan supaya airmata ku tidak kelihatan
.

Aku rindu dia ..

...

[Belle P.O.V end]

Di belakang sekolah

Belakang sekolah mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga .

V sedang mengambil gambar setiap bunga yang menarik perhatiannya .

Itulah hobinya , mengambil gambar . Dia dikenali sebagai “camera girl” di SCT kerana kemahirannya menangkap gambar .

V memeriksa setiap foto di kameranya . Tiba-tiba , dia mendapati sesuatu keanehan di salah satu gambar yang baru dia ambil .

Gambar itu menunjukkan bunga kertas merah jambu yang indah di dalam pasu bunga . Namun , apa yang menarik perhatiannya ialah ada sepucuk surat yang diikat dengan reben merah di akar bawahnya .

Dia meletakkan kameranya diatas meja . Lalu berjalan menuju ke bunga kertas yang dia lihat di dalam kameranya .

Dia mencari-cari sepucuk surat itu . Setelah beberapa minit , ia menjumpai surat itu .

Lalu kembali ke meja tadi untuk membaca surat itu .

“ Pink Sakura .

Aeyyo V ! . J.O tau V akan jumpa surat ni sebab V sorang jer yang suka ambil gambar bunga , apalagi bunga sakura .

V , bunga sakura ni ..
Khas J.O beli untuk V .
Why bunga sakura ?
Sebab senyuman V macam bunga sakura . Cantik , indah plak tu . Hohox . Ciah ciah ciah ! .

Hope V akan sentiasa tersenyum and jadi V yang periang okey sayang ? .

Hihi . K last .

Saranghae V ❤

- J.O Oppa >< - ”

V memandang bunga sakura merah jambu itu lalu melemparkan senyuman .

“Hm ..”
V melepaskan nafas beratnya seperti mengeluh .

“V pun rindu J.O”
Sambil memandang surat dari J.O

...

Di kantin , Jen sedang duduk di meja seorang diri .

Pada waktu itu ialah waktu pembelajaran . Namun , dia masih duduk termenung di salah satu meja kantin yang berdekatan dengan tingkap besar .

Dia memandang ke arah luar tingkap yang mempunyai pemandangan cuaca yang indah . Tambahan pula , hujan turun .
Sekali-sekala , dia meminum air milo panasnya .

Entah apa yang dia fikirkan sehingga matanya langsung tidak mengalihkan perhatian daripada pemandangan yang ada di luar tingkap besar itu .

[Jen P.O.V]

Dah 20 minit aku stay kat kantin sebab nak tenangkan diri . Tapi , still takde apa yang berubah . Kenapa ni ? .

Bunyi hujan lebat membuat mood ku lebih berkurangan . Kantin dah sunyi , hampir gelap dan hanya dicerahi oleh cahaya dari tingkap besar di tepi kantin .

Roy .. kenapa takde sorang pon yang tau berita Roy ? . Dia hilang seolah-olah tak pernah wujud .

Semenjak senior tak ada . Banyak bende berubah .

Sekolah seolah-olah tiada peraturan . Pergaduhan disana-sini . Pengetua kerap menangis semenjak senior menghilang .

Aku rindu senior , rindu nak balik sama-sama , rindu nak bergaduh , rindu nak berkumpul sama-sama .

Tapi skarang ? .
Semuanya hilang seolah-olah senior takde dalam kisah aku .

Aku rindu senior ,
Rindu Roy :')) .

[Jen P.O.V end]

Air muka Jen berubah . Dia cuba untuk tidak menangis .

Jen kesunyian . Dia tidak pernah rasa sebegitu sunyi seperti hari ini .

Hatinya terus-menerus melontarkan soalan ..
Mana Roy ? .
Dia hidup lagi ke ?
Aku rindu dia .
Mana senior ?
Mana Roy ?

...

School Love StoryWhere stories live. Discover now