School Love Story #23

3.7K 183 0
                                    


Setelah tiba , mereka meletakkan kereta berdekatan dengan kilang lama itu lalu terus masuk ke dalam kilang .

Setibanya di kilang , kelihatan hampir 50 lelaki sedang menunggu mereka sambil membawa kayu besbol , kayu dan alat-alat untuk memukul .

"Tu Boy'yish ngan King"
Kata Zaqq perlahan .

Dia tau apa yang akan terjadi kepada mereka , antara mati atau mungkin cedera parah

"Korang cari Lyene , Deena ngan Belle . Kitaorang akan settle yang ni"
Arah Ren .

"Korang akan okey ke ?"
Tanya Micci . Mata Micci mula berkaca-kaca kerana sct o sanggup mengorbankan nyawa nya untuk mereka .

Stevan memandang Micci lalu mengusap rambut Micci .

"Mungkin kami akan pulang . Kita tak tau , biar Tuhan yang aturkan"
Kata Stevan kepada Micci sambil tersenyum .

J.O memandang V dengan rasa bersalah . Jika J.O mati apabila pertempuran bermaksud dia gagal menjaga gadis kesayangannya . V juga turut terdiam sedangkan dia juga turut rasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa .

"Girls , Jom . Kita gerak senyap-senyap"
Arah Raein . Sct hanya patuh .

"Raein !"
Panggil Zaqq perlahan sambil menarik tangan Raein .

"Kalau kitaorang tak balik-balik . Jangan turun sini and terus larikan diri , k . Abaikan kami ."
Sambung Zaqq .

Raien hanya mengangguk lalu menggemgam tangan Zaqq erat sebelum melepaskannya .

"Girls , Jom" .

..

Zaqq memberanikan diri maju kehadapan tanpa membawa apa-apa peralatan .

"Zaqq . Berani nya kau "
L mula bersuara . L mendekati Zaqq sambil membawa kayu besbol .

"Sebab aku tak pengecut macam korang . Harap jer jumlah ramai , tapi bawa barang"
Balas Zaqq dengan tenang .

"Haishh . Kau ni dari dulu sampai sekarang memang pandai menjawab . Tapi memandangkan harini hari terakhir SCT O , aku benarkan kau melawan ."

Zaqq tidak menunjukkan apa-apa reaksi kerana dia memang sudah tahu apa yang akan terjadi kepada dia dan sepupu-sepupunya .

Tiba-tiba ..

L menghayunkan kayu besbol ke arah kepala Zaqq sehingga Zaqq terjatuh .

Dari tingkat atas , mata Raein berkaca-kaca apabila melihat darah mengalir dari kepala Zaqq . Namun , Zaqq tetap memaksa dirinya untuk bangkit .

Serta-merta sct o menyerang mereka .

[Raein P.O.V]

Papppp !! .

Aku terdengar bunyi pukulan dari arah bawah apabila ingin mnuju ke tingkat atas bersama sct . Aku berhenti lalu mengintip di celah-celah besi tangga untuk melihat apa yang berlaku .

Mata ku mula berkaca-kaca apabila melihat darah mengalir dari kepala Zaqq . Bagaimana tidak , jika lelaki yang terlalu baik kepadaku kini dia sedang berkorban untuk menyelamatkan ku dan sahabat ku .

Aku terkaku , terdiam memandang Zaqq dan Sct O yang membiarkan badan mereka dihancurkan .

Apabila mereka dipukul sehingga jeritan mereka kedengaran ..

Tiba-tiba , memori aku dan senior mula bermain di minda .

Ku terlalu beruntung kerana mempunyai senior yang terlalu baik hati . Aku dan sahabatku bukanlah orang yang hidup dalam kemewahan seperti gadis lain seperti di sekolah ku . Tetapi , mereka melayan ku dan sahabatku seperti adik mereka sendiri .

Sehingga .. aku berasa terlalu bersalah kerana tidak dapat berbuat apa . Aku hanya mampu memandang mereka dengan sebak tanpa memberikan pertolongan .

Jika itu hari terakhir mereka , akulah gadis yang akan menyesal seumur hidup kerana tidak dapat membahagiakan mereka yang telah membahagiakanku dan sudi menjadi teman suka duka .

Tiba-tiba ..

[Raein P.O.V end]

"Kakak"

Micci memanggil Raien .

Raein mengelap air matanya dan mengikuti Micci yang sepertinya tahu dimana Deena , Belle dan Lyene disembunyikan .

Mereka berlari menuju ke bilik hujung dan mendapati bahawa pintu itu telah pun dikunci .

Jen , Eiysa dan Mayy bercadang untuk merempuh pintu itu .

Brukkk !!! .
Dengan 3 kali cubaan , barulah pintu dapat dibuka .

"Deena , Belle , Lyene !"
Jerit May apabila melihat sahabatnya sedang diikat lemah .

Raein menggunakan gunting yang terletak di atas meja untuk membuka ikatan .

Setelah berjaya . Sct tidak menanyakan apa-apa soalan kepada 3 sahabatnya ini kerana mereka masih lemah .

Mereka membawa Belle , Deena dan Lyene untuk keluar dari tempat itu dari pintu belakang .

Mereka menuju ke bangunan belakang dan mendapati ada tangga untuk terus keluar dari bangunan itu .

...

Setelah keluar , mereka menuju ke jalan raya yang tidak jauh dari sana lalu terus menaiki sebuah bas yang tepat-tepat berhenti di stesen bas berdekatan .

Mereka duduk di dalam bas tanpa bersuara .

Raein mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi balai polis untuk melaporkan pergaduhan besar di kilang lama itu .

"Hello polis . Saya Raein . Saya nak report something ."

Deena , Lyene dan Belle memandang Raein serentak . Mereka aneh kerana tiba-tiba Raien menelefon polis sedangkan mereka telah pun ditemui .

"Ada pergaduhan besar di kilang lama yang berdekatan dengan petronas . Saya tak pasti alamatnya ."

"Pergaduhan ? . Siapa yang bergaduh ? "
Soalan ini bermain-main difikiran Belle , Lyene dan Deena .

"Ada 9 orang lelaki yang menggunakan pakaian sekolah Marion High School . Mereka diserang sekumpulan lelaki yang menggunakan kayu besbol , kayu dan macam² lagi ."
Kata Raein lemah .

Raein memutuskan panggilan lalu menyandarkan kepalanya di tingkap bas dan membiarkan air matanya memngalir di pipinya*ayat kerek >< .

Deena , Lyene dan Belle masih tidak tahu apa yang berlaku . Namun , mereka tidak berani mempertanyakan apa-apa kerana ekspresi sahabatnya kelihatan sedih .

...

School Love StoryWhere stories live. Discover now