School Love Story #17

4.3K 207 0
                                    

Keesokan harinya .
*Di sekolah

Raein sedang sibuk mengambil barang-barang dari lokernya . Sct berada di sebelah Raein untuk menunggu Raein masuk ke kelas bersama mereka .

Tiba-tiba , dari jauh . Sct melihat Zaqq sedang berjalan menuju ke arah Raein .

"Kakak Raein . Kami masuk kelas dulu , k . Bye"
Kata Micci yang takut melihat Zaqq .
Sct masuk ke dalam kelas mereka yang berdekatan dengan locker Raein . Mereka diam-diam mendengar perbualan Zaqq dan Raein .

Zaqq menghampiri Raein yang tidak perasan kehadirannya kerana sibuk mencari sesuatu di dalam locker .

Zaqq menarik lengan Raein sehingga membuatkan Raein terkejut .

"Zaqq . Ada apa ni ?"
Kata Raein yang terkejut kerana tindakan Zaqq .

"Zaqq . Kenapa ni ?"
Tanya Raein sambil perlahan-lahan melepaskan tangan Zaqq .

Namun ditarik oleh Zaqq lagi sekali . Dia menarik Raein mendekatinya , sehingga Raein mampu merasakan hembusan nafas Zaqq .

"Raein . Marah ke ?"
Tanya Zaqq sambil menatap wajah Raein dalam-dalam .

"Tak lah"
Jawab Raein dengan nada kecil namun masih boleh didengari oleh Zaqq .

Zaqq menarik Raein ke dalam pelukannya . Dan mengatakan maaf berpuluh-puluh kali kerana rasa bersalah .

"Zaqq marah haritu bukan sebab Raein tak pandai jaga sct . Tapi Zaqq risau . Zaqq lupa dunia lepas Zaqq tau yang Sct berjiran dengan Boy'yish"
Balas Zaqq yang masih memeluk Raein sambil mengusap rambut Raein .

"Haish .. sweet siakk" -Jen-

"Kau ni bising lahh" -Mayy-

Zaqq yang perasan sct bersembunyi dibalik dinding kelas , berjalan menuju ke arah sct tanpa diketahui sct yang masih berkelahi kerana Jenny dan Mayy .

Zaqq menyiku kepala setiap ahli sct yang penyibuk . Raein ketawa kecil melihat ulah Seniornya itu . Sct pula , hanya terdiam menahan sakit .

...

*Balik sekolah
Dalam kelas

Sekumpulan gadis mendekati Sct .

"Woii . Korang ada pertalian apa dengan senior ?"
Tanya seorang gadis yang berambut pendek dengan kasar . Sct sempat melihat tanda nama mereka iaitu Maya yang berambut pendek atas bahu , Julia , Kaisara dan Amber .

"Pertalian apa ? . Kami rakan setugas jer" Jawab Jenny sambil menjeling Maya .

"Jeling-jeling . Pikir dah taiko sangat ke nak jeling orang ?"
Balas Maya lalu menyerang Jenny dengan tamparannya . Sct sangat terkejut dengan tindakan mengejut Maya .

"Maya !" Panggil Roy yang melihat tindakan biadap Maya itu . Roy , Mark dan Kevin mendekati kelas Jen .

"Se .. se.. ni .. or" -Maya-

School Love StoryWo Geschichten leben. Entdecke jetzt