Chapter 38

13.7K 780 10
                                    

2.00 petang!

Di padang.

Iqah dan Ian hanya berlari di padang. Laila dan Farish di court bola tampar yang ada di padang. Raden dan Aryan ada di bilik khas. Ditemani oleh boypren kesayangan Raden iaitu Daniel. Eyra dan Putera pula belajar di kantin. Izz pun ada. Yang tak ada cuma Ishaan. Auf pun ada dengan Iqah.

1 round....

2 round....

3 round....

4 round....

6 round....

"Kau tahan ek Iqah?" Soal Auf.

"Dah biasa." Jawab Iqah.

"Dah biasa? Maksudnya?"

"Aku dengan yang lain selalu dapat denda macam ni." Jawab Iqah.

"Eh kejap. Ian mana Ian?" Soal Auf.

Mereka berdua menoleh kebelakang. Kelihatan Ian sedamg berlari anak ke arah mereka. Boleh tahan juga Ian ni. Badan pun lebih kurang tegap macam Auf.

"Lari cepat sikitlah mangkuk!" Jerit Iqah.

"Senior nak cepat macam mana lagi?!" Marah Ian.

"Relax dik. Senior kau ni gila sikit." Auf memaut bahu Ian.

"Gila banyak." Kata Ian dengan perlahan.

"Apa kau cakap?!" Iqah membesarkan mata.

"Apa kau tunggu lagi Ian?! Larilah!" Marah Auf.

Mulalah kejar sana kejar sini. Auf hanya mampu gelak guling-guling.

~~~~<>~~~~

Di kantin. Eyra dan Putera.

"Takkan kau still tak faham?!" Soal Eyra.

Putera menggeleng.

"Aku terajang juga kau ni!" Eyra menghempuk kepala Putera guna buku teks maths.

Izz hanya memerhati lagak mereka dari jauh. Keluhan kecil dilepaskan. Aku rasa macam dah jauh sangat dari Eyra.

"APA YANG KAU TAK FAHAM?!" Soal Eyra bengang.

"Semua." Jawab Putera sepatah.

"Dari tadi aku membebel macam mak nenek gila meroyan, satu habuk pun tak masuk otak kau?" Soal Eyra.

Putera mengangguk.

"Dalam kepala otak kau ada apa?!" Marah Eyra.

"Apa yang masuk dalam otak kau tu sampai satu formula pun tak masuk?!"

"Otak tu digunakan untuk berfikir dan segala memori terletak di situ termasuklah apa yang kau belajar. Kenapa tak masuk-masuk?!"

"Kau makan semut ke apa?!"

"Bersusah payah aku siapkan formula untuk kau. Tapi, satu huruf pun kau tak hafal!"

Kedengaran Putera berdengkur. Eyra pantas menoleh ke arah Putera yang sedang tidur.

"PUTERA RAIKAL IMRAN!!!!!" Jerit Eyra dengan kuat.

Yang kat padang pun boleh dengar.




Syirah pun gitu juga😂. Senior membebel, kita pun tidur. HAHAHA..membebel dia sorang-sorang.

5 L O V E SWhere stories live. Discover now