Chapter 62

13.7K 689 22
                                    

Kringgg!!!

Rehat!

Mereka tekun makan makanan masing-masing. Khusyuk gila!

"Aku rasalah kan, minah psiko tu dah pindah dan surrender kot." Ujar Sha dengan mulut yang penuh dengan nasi.

"Kenapa pula?" Soal Laila.

"Aku dah lama tak nampak dia. And dia pun dah tak kacau kita." Jawab Sha.

"Farish dah sihat tho?" Soal Eyra kepada Ishaan.

"Dah. Esok baru naik sekolah kot." Jawab Ishaan.

"Cun. Aku dah lama tak buli dia." Laila tersenyum jahat.

"Cop cop. Aku tak rasa minah psiko tu pindah. Maybe dia just jauhkan dir dari kita aje." Ujar Auf sambil menggigit straw.

"Mungkin." Kata Laila sepatah.

Ting!Ting!Ting!

Unknown-Mummy sakit ni Raden. Tak sihat. Boleh tak Raden balik? Now.

Kening Raden bercantum. Sakit? Kat rumah tak sihat walafiat. Yang sakit ni apa kes pula?

"Aku kena balik. Emergency." Ujar Raden lalu ingin melangkah pergi.

"Nak aku hantar tak?" Soal Daniel.

"Tak apa." Jawab Raden lalu tergesa-gesa meninggalkan mereka.

"Awat kelam-kabut semacam ja?" Soal Laila.

"Aku pun tak tahu. Yang penting aku nak beli nasi goreng lagi." Kata Sha.

"What the hell sayang?! Ni dah pinggan yang ketiga tau. Baca bismillah ke tak ni?" Kata Nasri.

"Baik kau diam Nasri. Karang ada yang masuk hospital tertelan pinggan lagi susah." Ujar Iqah.

5 minit kemudian.....

"Hoi, tak ada mata ke?! Tak reti nak minta maaf ke?!"

"Korang Sha bergaduh tu." Ujar Laila lalu berlari anak ke arah Sha.

"Asal ni?" Laila mencelab di tengah pergaduhan.

"Jantan ni langgar aku punya nasi. And now, see! Kotor baju aku penuh dengan sambal. Lepastu, tak reti nak minta maaf." Kata Sha.

"Bro, kau dah langgar dia. Minta maaflah." Kata Laila tegas tapi ada kelembutan.

"Hahahaha! Aku? Minta maaf? Dalam mimpi ya. Perempuan ni yang tak ada mata! Perlu ke aku minta maaf? budak hot macam aku ni tak perlulah nak bermaaf bagai. " Jawab lelaki itu.

"Kau yang terkinja-kinja macam orang mabuk! Apahal salah aku pulak?!" Bidas Sha.

Sha dah singsingkan lengan.

"Sha jangan buat kerja gila oi!" Jerit Nasri.

"Nak gaduh? Jom ah. Setakat perempuan macam kau ni, aku jentik je." Kata Lelaki itu seraya membangkitkan kemarahan Sha.
"Gaduh!"

"Gaduh!"

"Gaduh!"

Sorakan demi sorakan semakin kuat di kantin. Laila dah mengundur kebelakang. Lelaki itu mulakan langkahnya dengan menumbuk Sha. Namun, dapat dielak. Sha mencapai penyapu di tepinya. Apa lagi? Dia beduklah mamat tu guna penyapu. Penyapu pun boleh.

"Okey dah dah. Aku minta maaf." Lelaki itu mengalah.

"Boooo"

"Boooo"

Sorakan mengeje pula.

"Apa boo boo?! Siapa boo, aku beduk dia guna penyapu. Baik korang diam!" Jerit Sha lalu membetulkan lengannya.

"Marah betul kau ya?" Soal Laila.

"Dah aku tak dapat makan. Mestilah aku marah bengong!" Sha menjawab.

"Nanti aku belikan banyak-banyak sampai meletup perut kau ya." Kata Laila.

Kringg!

Loceng tamat rehat bunyi. Masing-masing ke kelas untuk sesi pembelajaran seterusnya.







Wahhhh penatnya😂Kur kur.. Haa vote ya. Comment pun boleyyyy. Keep reading!

5 L O V E SWhere stories live. Discover now