Chapter 66

13.9K 692 8
                                    

"Sabar ya Aunty sabar." Pujuk Eyra sambil mengusap bahu Mummy Raden.

Kini, mereka semua berkumpul di rumah Raden. Pihak polis juga turut bersama.

"Datin, kami minta diri dulu. Apa-apa maklumat mengenai anak datin akan saya kemukakan." Ujar seorang inspektor.

Mummy Raden tidak henti menangis. Siapa aje tak sedih kalau anak hilang kan?

~~~~<>~~~~

"Kau nak apa dari aku tak guna?!" Soal Raden dengan air mata yang berjuraian.

Air mata takut yang tidak dapat ditahan. Tangannya diikat di belakang diatas kerusi. Kakinya juga diikat. 

"Saje-saje." Jawab empunya badan.

"Bodohnya jawapan!" Kata Raden dengan kasar.

"Eyra tak kacau hidup kau pun! Begitu juga aku! Perlu ke sampai buat macam ni?! Kau culik aku ni, aku pasti diorang akan cari aku sampai lubang cacing lah psiko!!" Kata Raden. 

"Eyra kacau hak aku! Kau tahu dia kacau apa?! Dia ambil kebahagiaan aku dengan Izz! I love him damn much. Tapi, perempuan tak guna tu kacau life aku! Dia ambil Izz dari aku. Izz aku punya!" Jawab Perempuan itu dengan nada yang tidak sehaluam dengan emosinya.

Kejap dia senyum tiba-tiba. Lepastu, meroyan. Lepastu, acu pistol kat kepala. Nampak tak yang otak dia dah mereng?

"Sejak bila pula Izz jadi hak kau sedangkan Izz pun tak kenal kau? Fikiran biar jauh. Jangan cetek sangat." Jawab Raden.

Krek!

Tiba-tiba datang lagi seorang perempuan yang wajahnya serupa dengan yang meroyan tak tentu arah tadi.

Eh betullah cakap Laila dengan Ishaan. Diorang memang ada dua. Kembar. Serupa!

Raden terkelip-kelip memandang kembar di hadapannya.

"Nana, kita bunuh je dia ni." Ujar Nani lalu meletakkan pisau di leher Raden.

"Kau dah gila ke?! Aku cuma setuju untuk bagi pengajaran pada Eyra. Bukan kotorkan tangan dengan membunuh!" Jawab Nana.

"Kau nampak muka aku ada kesah ke?" Jawab Nani lalu gelak jahat.

Leher Raden sedikit luka kerana Nani menekan pisau itu lebih kuat.

"Nani! Kau dah gila ke?! Kita cuma plan nak bagi pengajaran yang tak libatkan bunuh. Jadi, stick to the plan."Kata Nana.

"Kau kan 'ketua gengster'. Asal kecut?!"Balas Nani

Nani merengus kasar lalu melepaskan pisau dari tangannya. Nani dan Nana menapak keluar dari bilik yang malap itu.

Mana korang? Cepat-cepatlah jumpa aku. Itu saja yang mampu diungkapkan Raden. Hmm.



SORRY kalau ada typo-typo ya😂 Tak sengaja. Tu semua sbb nak cepat punya pasal😂 Kalau best, jangan lupa vote, comment and follow Syirah.Lep lep lep 😘

5 L O V E STahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon