Special Chapter Part 4

13.2K 659 50
                                    

Mereka menunggu kepulangan Ishaan dan Erna di ruang tamu.

"Aku nak masuk tidur. Sakit pulak hati aku!" Raden terus blah dari situ.

"Eh melecur tak? Terbako tak kulit kau?" Soal Sha dengan sinis.

"Sha stop it." Pujuk Nasri.

"Kau tipu kan?!" Soal Eyra melulu.

"Sebenarnya Laila cakap benda betul kan?! Dia tak sengaja kan?!" Kata Iqah pula.

"Apa ni?" Erna berpura-pura tidak faham.

"Anak aku keluar dari corok kerusi cakap yang dia minta maaf sebab tertolak kerusi. Aku betul-betul hilang sabar dengan kau ni. Ishaan sedarlah! Dia ni nak hancurkan rumah tangga kau lah !" Sha mula setapak ke depan.

"Laila tu memang cuai." Ishaan membela Erna.

"Asal kau backup sangat betina ni?! Dia dah mandrem kau apa weh?!" Bentak Eyra.

"Dah lah. Aku nak tidur." Ujar Ishaan.

"Aku rasa nak lesing je kepala dia!!!!" Jerit Sha.

~~~~~~<>~~~~~~

Ishaan masuk ke dalam bilik. Dia tersedar yang Laila tiada di dalam bilik itu. Dia ke bilik anaknya. Pintu dibuka dengan perlahan. Sangkaannya betul. Laila ada disitu tidur dengan anaknya.

Wajah itu ditatap lama. Dia pun tak tahu kenapa harini dia semacam je. Tapi, dia tidak dapat menipu diri sendiri. Dia memang rindukan isterinya.

Dengan langkah yang lemah dia keluar dari biliknya. Pintu ditutup. Tiba-tiba Erna berdiri betul-betul di hadapannya.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Ishaan.

"I nak you."

~~~~~<>~~~~~

Laila terjaga dari tidurnya. Kesian sempit anak-anak aku tidur. Laila melangkah keluar. Alangkah terkejutnya bila Erna sedang mencium Ishaan. Lain difikir , lain jadinya.

Laila terdiam 1001 bahasa. Lidahnya kelu. Apa yang dinampaknya menambah lagi rasa pedih dalam hati.

"Ehem!" Laila berdehem.

Ishaan menolak Erna. Lelaki! Memang pantang kena goda sikit. Ada bini pun lupa. Anak? Dia ingat ke?

"Sayang, abang..."

"Jangan kau berani sentuh aku lagi!" Jerit Laila.

"Abang tak sengaja. Dia yang cium abang."

"Erna Erna Erna. Good job ya sundal. Kau buat aku gila! Aku akan tunjukkan gila aku pada kau sebab itu yang kau mahu. Kau akan jumpa aku semula yang berperangai 'nakal'. Hope tak nyesal." Kata Laila.

"Sorry Mr.Ishaan. Singa yang kau jinakkan dulu, dah liar balik." Ujar Laila lalu masuk semula ke dalam bilik anaknya.

Bilik dikunci.

Laila terus menangis dibelakang pintu. Lantai ditumbuknya berkali-kali.

~~~~~<>~~~~~

Bang!

Nasri terkejut. Apa kena dengan bini aku ni?

"Ada berita hangat ni."Ujar Sha lalu lompat ke atas katil.

"Apa dia?"

Sha membisikkan tentang apa yang terjadi.

"Serius???????"

Sha mengangguk.

"Kita nak buat apa?" Soal Nasri.

"Sha tak nak dia ada dalam rumah ni! "Kata Sha.

5 L O V E SWhere stories live. Discover now