Y3

6.8K 738 59
                                    

Sekali lagi, aku keluar daripada tandas dengan wajah yang lega. Udara dihirup.

Nasib baik udara kat sini wangi.

Tiba-tiba.. Aku terpandang sesuatu yang aku cari daripada tadi. Terletak elok atas meja solek.

Beg aku.

Aku mengerutkan dahi. Betul ke tu beg aku? Ke rupa je sama?

Aku mendekati beg tersebut. Aku buka zipnya dan.. Ya betul ni beg aku. Tapi keychain kumamon dah hilang!

Macam mana beg ni boleh ada dekat sini?

Memang kena tanya Jin..

Aku mencapai beg tersebut seraya kembali memakai hood dan berjalan terjengket-jengket. Pintu ditolak perlahan.

Line clear!

Sepantas yang mungkin, aku berjalan untuk kembali ke seat. Mesti banyak aku dah terlepas! Rugi betul.

Tengah aku fokus pastikan tak ada pengawal yang lalu, ada satu objek yang sangat berat terjatuh atas aku.

"Omma! Ada hantu datang nak culik Seul!"

Aku mula menggigil. Apa benda ni? Omma.. Tolong Seul. Seul belum kahwin lagi.

Hampir tiga saat, langsung tak ada pergerakan daripada benda yang menimpa aku tu. Aku memberanikan diri untuk memandang objek tu.

Dupdapdupdap.. Janganlah hantu. Dahlah tempat ni gelap semacam. Yang ada cahaya depan tu ha. 200meter daripada tempat aku terjatuh dan ditimpa ni.

Eh, hantu apa yang ada badan manusia ni?

Dengan bersusah-payahnya, aku merangkak keluar daripada objek -yang sebenarnya badan seorang namja. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Lepas dah berjaya keluar, aku duduk bersila sambil pandang namja tu. Dia terbaring mengerekot. Aku tak nampak muka dia sebab gelap dan dia baring membelakangkan aku.

"Er, excuse me.. Gwenchana?"

Banyak-banyak benda aku nak tanya dia, soalan tu yang keluar dulu.

Aku hanya dengar bunyi nafas dia. Macam tak teratur. Eh, dia sakit ke?

Automatik otak aku yang slow ni menjadi laju. Kalau dia terjatuh tadi, maksudnya dia sakitlah. Takkan dia saja-saja jatuh lepas tu terbaring macam ni.

Pandangan aku diarahkan ke atas. Cari punca dari mana dia jatuh. Ternganga aku.

Tu kan stage? Tapi belah dalam. Macam mana dia boleh..? Omo, dia salah seorang ahli BTS ke?

Aku memangku kepalanya. Peluh di dahinya aku lap guna lengan sweater Jin. Nasib kaulah Jin..

"Air..."

"Hah? Mwo?"

Dia terbatuk-batuk. Kejap.. Dia cakap air kot tadi?

Mana aku nak cari air? Kenapa tak ada sesiapa pun yang lalu tempat ni? Aku dah kekeringan idea ni.

Masa ni aku berharap sangat pengawal jumpa aku.

Hah, beg! Terus aku selongkar beg aku. Tak silap, ada botol air tadi aku letak..

Cari punya cari.. Dah lah gelap! Aku cuma cari menggunakan tangan. Mata tak nampak apa pun dalam beg tu.

Jumpa!

"Hah, nasib baik ada. Awak boleh duduk tak?"

Dia menggeleng. Nasib baik dia putih dan pakai baju putih. Nampaklah juga dalam gelap ni.

"Slow-slow okay."

Aku menyuakan botol air tersebut pada bibir dia. Perlahan-lahan aku tinggikan botol tu.

Tsk. Ni yang nak marah ni. Air tu bukannya masuk mulut dia. Tapi tumpah kat baju dia.

Aku menggeleng. Tak boleh jadi ni. Ni jelah jalan terakhir yang aku boleh guna. Demi menyelamatkan nyawa!

Botol air tadi beralih ke bibir aku. Aku minum sikit air tu dan.. Bagi dekat namja tu.

Bibirnya terbuka sikit. Memudahkan kerja aku.

Hampir separuh botol tu, aku berhenti. Bibir dilap kasar. Penat rupanya kerja menyelamat ni. Respect lah ahjussi dengan ahjumma yang jadi sukarelawan tu.

"Rasa okay sikit?"

Dia menggganguk. Nasib baik..

Aku tolong dia untuk duduk. Slow gila. Kalah siput. Tulang dia ada terpatah agaknya.. Tapi peliklah, takkan BTS yang lain tak nampak dia jatuh? Fans? Kenapa sampai sekarang tak ada orang yang jumpa aku dengan dia?

Eh, serabutlah.

"Em.. Ada kipas tak?"

"Hah, kipas? Ada.. Tapi bukan kat sini. Awak larat ke nak jalan?"

Kipas pula. Haih, parah dia ni. Tapi aku rasa ada baiknya juga kalau dapat kipas sekarang. Hilang panas, kalau dapat icecream sekali, peh... Best ni.

Dia hanya mengganguk. Aku berdiri dan menghulurkan tanganku pada dia. Dia pegang tangan aku. Aku baru nak tarik, aku dah terjatuh atas dia.

Kau makan apa ni berat gila!

"Aduh duh duh... Sakitnya.."

"Ah mianhe!!'

Cepat-cepat aku bangun daripada terus menimpa dia. Hah, baru kau tahu seksa kena timpa. Nasib baik aku ringan.

"Tak dapat bangunlah... Kaki sakit sangat. Tsk."

Eh, eh janganlah nangis.. Seul tak tau nak buat apa ni. Omma..

Tengah aku tergaru-garu tak tahu nak buat apa, aku mendapat idea. Beg aku selongkar sekali lagi. Kertas.. kertas.. Hah jumpa!

Nampak tak kenapa aku risau kalau beg aku tak ada?

"Awak, sini. Sandar dekat saya."

Namja tu tak banyak cakap. Dia sandar dekat aku dengan sungguh relaks. Aku pula rasa menyesal. Memang segala-galanya dekat badan dia ni berat.

Aku mengipas-ngipas menggunakan kertas tu. Fuh, sejuk sikit.

Lepas dua minit, tangan aku rasa nak cramp. Aku berhenti kejap. Jenguk muka dia. Dia tidur ke? Senyap je.

Mata aku cuba tajamkan. Siapa eh ni? Kalau Taehyung mesti best. Hehehe.

Tapi aku pasti bukan. Sebab rambut Taehyung perang. Ni gelap semacam je.

Tiba-tiba, dia berpusing dan peluk aku sambil menggumam. Aku terkedu. Dia ni dah kenapa?

Aku meneruskan aktiviti mengipas. Baru je aku nak tarik nafas lega sebab dah sejuk, aku dengar suara kecoh-kecoh datang dari arah belakang.

"Mana dia? Jumpa tak?!"

"Cari sampai jumpa!"

"Eh, tu kan...?"

Omo! Dorang nampak aku ke?

Panik, aku terus capai beg aku dan lari selaju yang boleh ke arah cahaya tadi. Lantaklah apa nak jadi. Yang penting, aku tak nak kena tangkap sebab menceroboh.

Termengah-mengah, aku akhirnya tiba di bahagian seat fans. Aku tersenyum bahagia. Rasa nak menangis pun ada juga.

Aku tengok stage gelap. Army semua bising. Dorang tengah rehat kot. Aku kembali duduk di tempat aku. Mata dipejamkan. Nak rehat kejaplah...

Rambut yang panjang merimaskan aku. Dengan perasaan malas, aku menggumpulkan rambutku dan mencari getah untuk ikat.

Eh, mana getah rambut aku tadi?

 you | jungkookWhere stories live. Discover now