Y15

3.7K 388 18
                                    

Motor diparkir di hadapan rumah. Aku turun seraya membuka helmet dan menyerahkannya pada Jungkook.

"Gomawo, Seul sebab teman Kook hari ni."

Jungkook tersengih.

"Tsk, kalau bukan Seul siapalah nak teman Kook. Dah lah mengada, comel pula tu."

Di hujung-hujung ayat, aku perlahakan suara seraya menjeling. Jungkook ketawa. Dia dengar kot.

"Tau Kook comel. Em, tapi kan Seul lagi comel!"

Jungkook menarik aku ke dalam dakapannya. Haih, budak ni clingy betul.

"Arra.. Dah Seul nak masuk ni. Kook hati-hati bawa motor. Jangan laju-laju. Balik je tidur, arra? Jangan main game dengan Jimin atau teman Jin tengok movie. Nanti penat."

Aku mendongak untuk memandang Jungkook. Dia dahlah tinggi, duduk atas motor tu lagi...

"Arraso omma! Hahaha, ei membebel macam omma Kook je. Nanti sebelum tidur Kook call okay?"

Jungkook mencium lembut dahiku. Aku tersenyum bahagia seraya mengganguk.

"Anneyong!!"

Aku melambai Jungkook dan memandang motornya sehingga hilang daripada pandangan.

"Appa!!! Jebal jangan... Jangan... Kesian omma..."

Dahiku berkerut. Suara tu.... Oppa?

Aku berlari laju menuju ke rumah. Pintu ditolak tapi tak terbuka. Ada orang kunci dari dalam.

"Oppa!!!! Omma!!!! Yah!! Buka pintu ni!!"

Aku menjerit sekuat yang mungkin. Tanganku mengetuk pintu bertalu-talu. Makin kuat ketukan bila aku dengar bunyi kaca pecah, appa menjerit, memaki omma dan oppa yang menangis.

Risau. Takut. Marah. Perasaan yang sungguh aku tak suka.

"Yah Yoon Changhi!!!!! Buka pintu ni!!"

Dadaku berombak menahan amarah. Appa memang dah melampau.

Klik!

Pintu terbuka. Suasana menjadi sunyi. Aku menolak kasar pintu sebelum melangkah masuk.

Barang-barang bersepah, tingkap, cermin dan segala barangan kaca berteraburan di atas lantai. Darah..

Darah?

Mataku mencari wajah omma dan oppa. Mereka berada di tepi meja. Oppa memangku omma. Yang kedengaran hanyalah bunyi tangisannya.

"Kau... Apa kau dah buat dekat omma aku?!"

Wajah lelaki yang tak layak digelar appa ni aku pandang dengan mata yang tajam. Hilang hormat aku dekat dia.

"Tak buat apa. Just.. You know, aku nak duit. And bodoh tu tak nak bagi. Aku tak ada pilihan selain pukul dia."

"Selama ni aku sabar dengan kau sebab aku masih anggap kau manusia. Tapi.. Ternyata kau memang takkan pernah berubah! Kau lagi teruk dari binatang!!"

"Hei!!! Kurang ajar!! Ni mesti omma kau yang ajar kan? Dasar tak kenang budi punya budak. Penat aku besarkan kau. Ni yang kau bagi aku? Maki hamun?"

"Bila masa kau berbudi dekat aku? For your information, aku langsung tak bangga jadi anak kau. Kalau boleh putar masa aku tak nak lahir dengan darah kau mengalir dalam badan aku!!!"

Aku terasa badanku ditolak ke lantai. Kepala terhentak. Sakit.. Tapi lagi sakit hati ni.

"Seul!!!! Dah tu dah! Jangan menjawab lagi... Jebal.. Appa jangan pukul Seul..."

Telingaku menangkap suara oppa yang merintih dari jauh. Aku hiraukan. Aku tetap memandang tepat ke dalam mata appa dengan pandangan yang penuh kebencian.

"Kau... Memang nak mampus!"

Aku memejam mata.

***

Jungkook POV;

Hai senangnya hati~ Baru balik dari jumpa buah hati~

Aku menyanyi riang seraya menunggang motor dengan perlahan. Tak boleh bawa laju-laju kan tadi Seul dah pesan. Hehe.

Angin malam menampar-nampar pipi, nyaman. Aku memejamkan mata seraya menikmati perasaan yang tenang ni.

Mataku celik kembali. Tutup lama-lama karang accident aku.

Wajah Seul terbayang-bayang di minda. Aish, rindunya! Tak sabar nak balik, nak call dia lepas tu dapat dengar suara comel dia tu. Aigo~

Eh, minyak dah nak habis?

Nasib baik mood Kookie tengah bahagia. Dengan senyuman, aku membelok ke station minyak berdekatan. Aku turun dari motor dan melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran.

Sementara tunggu minyak penuh, aku memerhatikan keadaan sekeliling. Lengang. Dah pukul 1 pagi memanglah lengang.

Phone yang berada dalam raga motor aku capai. Eh.... Ni kan?

Alahai Seul ni. Boleh pula tertinggal phone dia. Nampaknya superhero Kookie kena pergi hantar baliklah. Kalau tak macam mana nak call dia malam nanti, pagi esok dan seterusnya.

Nombor Jin hyung aku dail.

"Hyung~"

"Ah, wae Kookie? Kookie kat mana ni? Dengan Seul lagi? Dah pukul 1 dah bila nak balik?"

Jin hyung ni pun. Tak menyempat. Aku menarik nafas sebelum menjawab.

"Ehehe. Kookie saja call, rindu hyung pula tiba-tiba. Em, Kookie kat station minyak. Baru lepas hantar Seul, nak balik dah ni tapi Seul tertinggal phone dia. So Kookie kena hantar kat dia kejap lepas tu Kookie balik."

"Kookie better balik cepat hyung rasa Kookie sakitlah. Tiba-tiba rindu hyung. Kookie dah angau dengan Seul ni. Haaaaa ayok."

"Kookie pun rasa macam tu. Hahaha, tak sabar nak peluk hyung lepas tu jerit kuat-kuat! Ah!!! Happy nya hari ni."

Aku terjerit-jerit dengan kaki dihentak. Namja yang dekat kaunter tu pandang je. Aku pandang dia balik lepas tu buat wink.

Ha, terus tak pandang dah. Tau takut.

"Aigoo. Kookie dah besar. Hm kalau hyung dah tidur, Kookie kejutlah eh. Nanti hyung teman Kookie borak."

"Aniyo. Hyung tidurlah dulu. Esok pun Kookie boleh cerita. Hah, minyak dah penuh. Jumpa nanti hyung. Goodnight!"

"Arraso. Hati-hati."

Talian dimatikan.

Aku menuju ke rumah Seul dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Tapi risaulah, aku takut aku tak nak balik je nanti.

Sampai je depan rumah Seul, enjin motor dimatikan. Helmet ditanggal. Phone aku capai seraya melangkah ke rumahnya.

Perasaan takut mula menular bila aku dengar kekecohan dari dalam. Takkanlah...

Tanpa berfikir aku terus meluru masuk ke rumah Seul. Aku terlalu risaukan Seul sekarang ni sampai aku lupa..

Appa dia tu bukan boleh bawa bincang.

Mataku bertemu dengan mata ahjusshi sebaik sahaja aku buka pintu. Dia memegang sebatang kayu yang dah dilumuri darah. Aku terkaku. Pandanganku diarahkan ke lantai.

Seul.. Terbaring dengan darah yang penuh pada lantai.

-guys! kita nak recommend satu ff yang shuweet macam makan gula gula

author; Snow_peach97
ff; she's mine

jenguk-jenguk le xD

 you | jungkookМесто, где живут истории. Откройте их для себя