Y18

3.6K 380 29
                                    

Jin dan Sehun berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang aku.

"Kookie? Seul.. Kau jangan."

Lama aku fikir. Kookie apa?

"Kau nak makan biskut ke?"

Sehun menepuk dahi. Jin menggeleng.

"Hm, kau hilang ingatan ke macam mana ni?"

"Mana ada. Kalau aku hilang ingatan mestilah aku tak ingat korang."

"Boleh jadi je kau lupa sikit. Sebab kau dengan Jungkook baru je kenal."

Jin mengeluh.

"Kesiannya Kookie mesti sedih kau tak ingat dia."

Sebaik sahaja mendengar nama Jungkook, aku ketawa.

"Ah korang! Aku lupa Kookie tu nama manja Jungkook. Sebab kan aku panggil dia Kook."

Jin mengurut dada. Sehun tersenyum paksa.

"Kau ni buat risau aku je."

Mataku melilau mencari kelibat Jungkook.

"Mana Kookie?"

"Tu kat katil sebelah. Eh, yang kau pun nak panggil dia biskut kenapa?"

"Biarlah."

Dengan bersusah payahnya aku cuba turun dari katil. Sehun menghalang.

"Kau nak pergi mana ni? Cuba duduk diam-diam dah tau sakit tu."

"Nak tengok Kookie lah."

Aku menolak badan Sehun yang cuba menghalang aku.

"Tapi-"

"Jin tolong aku berdiri."

"Sini. Hati-hati, tangan kau tu terseliuh. Kaki patah. Ish, ish."

Aku menghiraukan Sehun yang masih tercegat di hadapan aku. Tangan aku depakan pada Jin. Tanpa banyak soal, Jin mendukung aku dan melangkah ke katil Jungkook.

"Pon pon! Seul nak duduk."

Jin menghalau Jimin yang duduk di kerusi bersebelahan Jungkook. Semua mata memandang aku.

"Tengoklah Kookie ni. Pengsan sampai berjam. Seul yang kena teruk pun boleh sedar dulu. Tsk."

Taehyung menggeleng.

"Jin hyung kenapa tak bagitahu dia dah sedar?"

Jin menjeling seraya meletakkan aku ke atas kerusi.

"Kat sebelah je pun. Lain kali jenguk-jenguk lah sikit."

Perbualan dorang yang seterusnya aku tak dengar dah. Mata aku macam tergam dekat muka Jungkook.

Pucat.. Tepi bibirnya yang lebam dan terdapat kesan darah aku usap perlahan.

Kesiannya dia. Mesti sakit.

"Er, Seul. Kitorang keluar dulu eh. Nanti nak apa-apa panggil lah."

Aku hanya mengganguk tanpa mengalihkan pandangan. Selepas BTS pergi, suasana menjadi sunyi. Meninggalkan aku dan Jungkook.

Air mata yang ditahan sedari tadi, jatuh berguguran tanpa henti. Aku tersedu-sedu. Tangan Jungkook dicapai dan digenggam.

"Kookie.. Mianhe. Ni semua salah Seul. Kenapa Kookie datang balik? Kalau tak mesti Kookie tak jadi macam ni."

Lepas dengar apa yang Jin cerita tadi, aku rasa macam nak ketuk-ketuk je biskut ni. Phone aku tak lari pun kalau dia tak hantar malam tu.

"Seul ni bawa malang je dekat Kookie.. Haih, kenapalah Seul ada appa yang tak serupa manusia? Kesian Kookie.."

 you | jungkookOnde histórias criam vida. Descubra agora