Y31

5.1K 408 56
                                    

Dahi aku berkerut-kerut mendengarkan satu persatu cerita yang terjadi sepanjang aku sakit hari tu.

"Macam tulah.. Hyung minta maaf sebab tipu Kookie."

Jin hyung tunduk memandang meja.

"Hyung pun.. Hyung tak nak Kookie sedih, sebab tu hyung cakap macam tu."

Wajah Yoongi hyung pula aku pandang. Tapi dia macam relax je, sempat dia capai sudu dan suapkan sup dalam mulut dia. Ish.

Padahal semua orang tengah serious.

Pandangan aku beralih pada Seul yang duduk berhadapan dengan aku, daripada tadi dia hanya diam mendengarkan hyung-hyung aku.

Sehun disebelahnya juga turut diam. Sesekali dia menyampuk perbualan hyung-hyung aku.

"Seul, aku minta maaf.."

Jin hyung bersuara perlahan.

"Tak ada apalah. Benda dah jadi."

Akhirnya, dapat pun aku dengar suara Seul. Walaupun perlahan.

"Hyung, boleh tak bagi Kookie masa dengan Seul sekejap?"

Aku memandang satu-persatu wajah hyung aku. Semua mata terarah pada aku. Namjoon hyung memandang Jin hyung.

Jin hyung mengganguk.

Aku tersenyum seraya melangkah ke arah Seul. Lengannya aku capai. Kaki diorak melangkah keluar daripada restoran tersebut.

"Seul.."

Aku hanya memandang depan, genggaman tangan aku pada lengannya tak dilepaskan.

"Kookie betul-betul tak sengaja. Semua tu berlaku dalam sekelip mata. Kookie ingat Kookie tusuk pisau tu dekat jahanam tu tapi... Haih, mianhe Seul, cheongmal mianhe.."

Seul masih diam.

"Kookie.."

Seul menarik lengannya. Aku terkedu.

"Seul okay dah sekarang, Seul dah faham perkara sebenar. Jadi Seul harap Kookie jangan minta maaf lagi, nae? Saranghae.."

Air mata mengalir perlahan pada pipinya. Tangannya menggengam tangan aku. Aku membalas genggamannya seraya tersenyum.

"Kookie pun sayang sangat dekat Seul. Dah, Kookie tak nak tengok Seul menangis."

Aku menyeka perlahan air matanya.

"Haih, sebab ego.. Kita dah seksa hati kita hahaha. Kalaulah Seul tak-"

Aku menekup mulut Seul daripada terus berbicara seraya menggeleng.

"Sekarang ni, Kookie nak kita hanya pandang ke depan. Dan jangan toleh belakang lagi, nae?"

Seul mengganguk. Sebuah senyuman terbit pada bibirnya. Aku tersenyum lebar.

Akhirnya, Seul kembali pada aku.

***

Taehyung POV:

Aku hanya menunduk memandang lantai. Nak angkat muka pun tak berani. Sehun di sebelah aku kerling sekilas. Tak pasal-pasal dia pun kena sekali dengan aku.

"Ha, bagus sangatlah tu buat plan tak bagitahu hyung?"

Jin hyung bercekak pinggang seraya memandang tajam wajah aku. Aku hanya mampu tersengih. Sebaik sahaja aku nampak Yoongi hyung pandang aku dengan pandangan maut tu, terus mati sengihan aku.

"Dahlah tu hyung. Kita patut puji dia, atleast dia dah baikkan keadaan."

Hoseok hyung aku pandanh seraya terangguk-angguk.

 you | jungkookWhere stories live. Discover now