Y4

6.9K 743 86
                                    

Jungkook POV;

Mata aku celik dengan kadar perlahan. Apalah yang sakit sangat badan aku ni?

Keadaan sekeliling aku perhati. Ni macam dekat bilik aku je.

Aku bangun dari pembaringan dan duduk berteleku. Cuba mengingati apa yang terjadi semalam.

Satu-persatu memori terimbas. Daripada peristiwa pergaduhan aku dengan seorang yeoja pasal tandas sampailah aku terjatuh stage.

Aku mengeluh kasar. Wayar yang menyalurkan air ke badan aku cabut.

Aku nak cari yeoja yang tolong aku semalam. Aku kena! Sebab aku rasa macam... Aku dah jatuh cinta dekat dia.

Pelik kan? Baru beberapa minit aku dengan dia. Tapi perasaan aku waktu tu, susah nak cakap. Aku rasa macam, she's the one. Huhu. Okay Jungkook dah mengarut.

Aku melangkah perlahan menuju ke pintu. Kaki yang terasa sakit dipegang. Aku gagahkan diri untuk terus berjalan.

Dari dalam bilik suara riuh-rendah hyung-hyung aku di ruang tamu dapat aku dengar.

"Hyung..."

Aku bersuara perlahan. Memang tak larat nak cakap.

"Ah, Kookie dah sedar!"

"Yah!! Siapa kasi kau bangun?"

Dan pelbagai lagi bebelan daripada dorang. Aku hanya pandang dorang dengan pandangan -Kookie tak larat ni hyung.

"Ish, janganlah membebel dekat dia. Kan dia sakit tu. Sini Kookie dekat hyung."

Jin hyung menghampiri aku seraya memapah aku. Aku duduk di atas sofa. Taehyung di sebelah memeluk aku erat.

Dah mula dah..

"Kookie! Hyung risau gila bila kau hilang tiba-tiba!"

"Aish, Tae! Janganlah peluk dia kuat sangat. Dia rimaslah."

Jimin hyung dengan wajah cemberut menolak Taehyung hyung dan berusaha untuk peluk aku. Aku dengan wajah terseksa pandang Jin hyung. Minta pertolongan.

"Yah, baik korang jauh daripada Kookie sebelum hyung kurung sorang-sorang dalam bilik."

Aku tersenyum kemenangan bila dorang menjarakkan diri daripada aku. Kot ya nak bermanja pun tunggulah aku sihat.

"Kookie nak makan? Hoseok dengan Joon ada kat dapur. Pergilah nanti tak ada orang teman Kookie pula."

Jin hyung kembali membaca majalah masakkannya. Jimin hyung dengan Taehyung hyung masih sibuk bergaduh.

"Nae hyung.. Yoongi hyung mana?"

"Soalan apalah kau tanya ni. Mestilah dekat katil kesayangan dia."

Jimin hyung menjeling aku. Eh, tanya pun nak jeling-jeling. Aku gigit pakai gigi rabbit aku baru tahu.

"Tanya pun tak boleh."

Buat-buat merajuk, aku berdiri dengan susah payahnya dan melangkah perlahan ke dapur. Kelam-kabut Jimin hyung pujuk aku.

Jiminnie pabo!

"Macam mana kau boleh jatuh semalam?"

Masa aku tengah terseksa nak jalan ni lah dia nak interview.

"Meolla."

Jimin hyung mencubit pipi aku. Hish, dia ni tak boleh tengok aku bahagia.

"Baik cakap.."

"Adeh.. deh.. Jin hyung!!!!! Jimin hyung buli Kookie!!!"

Hah, ambik kau. Aku menjerit dengan sepenuh hati. Tak sampai beberapa saat, semua orang muncul depan aku dan Jimin hyung.

Jimin hyung melepaskan cubitannya seraya tersengih. Jin hyung dah pandang dia semacam. Aku terus lari daripada Jimin hyung ke Joon hyung. Kepalaku diusap perlahan.

Best nya jadi maknae.

"Jim berapa kali hyung nak cakap jangan buli Kookie?"

Disebabkan aku malas nak dengar Jin hyung membebel marah Jimin hyung, aku tarik tangan Joon hyung ke dapur.

"Kookie duduk. Biar hyung ambikkan makanan."

Aku hanya tersengih sambik duduk.

"Gomawo hyung."

"Cheonma. Kookie kenapa semalam? Semua orang risau tiba-tiba je Kookie hilang dari atas stage. Nak cari Kookie tak boleh sebab masa tu ada lagi dua lagu."

Joon hyung meletakkan pinggan berisi nasi goreng dan segelas hot chocolate di hadapan aku seraya menarik kerusi di sebelah aku. Dia memandang aku dengan wajah yang sangat musykil.

"Em, hyung ingat tak Kookie tak tahan nak pergi tandas before concert tu?"

"Ingat. Yang kita berhenti kat kedai serbaneka tu kan?"

Angguk.

"Lepas tu Kookie ada berebut tandas dengan seorang yeoja ni. Ei, tak guna betul dia tu. Kalau bukan sebab dia, tak adalah Kookie jadi macam ni."

Geram pula aku teringat muka dia.

"Eh kenapa salah dia pula?"

"Sebab dia lah Kookie tak sempat langsung pergi tandas. Sampai kat tempat concert tu kan kita sibuk practise, siapkan diri semua. Kookie tahan je. Bila atas stage, dah hilang rasa sakit perut tu."

Aku berhenti menceritkan kisah sedih aku dengan menghirup hot chocolate yang masih panas. Lega tekak. Kemudian aku menyambung bila tengok muka Joon hyung khusyuk semacam je dengar cerita aku.

"Masa lagu Run tu, Kookie rasa lain macam. So, Kookie ingat nak lari pergi tandas. Kookie pun slow-slow menari sampai tepi stage. Entah macam mana, Kookie tak perasan dah sampai hujung stage. Terus terjatuh. Nasib baik Kookie jatuh atas orang. Tak adalah patah-patah badan Kookie."

Joon hyung tergangga. Ya, aku tau memang ridiculous. Aku sendiri pun rasa nak tergelak bila ingat.

"Uish, nasib baik betul lah ada orang tu. Kaki Kookie tu terseliuh tau. So, jangan banyak jalan kalau nak sembuh cepat."

Aku mengganguk. Nasi goreng dijamah. Lapar gila. Rasa macam tak makan setahun.

Suasana jeda. Tiba-tiba aku teringat pasal yeoja yang tolong aku tu.

"Hyung..."

Joon hyung yang leka main game Pokemon memandang aku.

"Wae?"

"Hyung jumpa tak orang yang selamatkan Kookie tu?"

"Hm, ani. Masa hyung datang tinggal Kookie je. Pengawal tu cakap memang dia nampak yeoja. Tapi tak sempat, sebab dia dah lari."

Aku mengeluh. Mana nak cari penyelamat aku tu?

"Ah, Kookie! Hyung baru teringat. Ni.."

Aku mengerutkan dahi. Getah rambut berwarna gold yang berada pada tapak tangan Joon hyung aku ambil.

"Apa ni hyung?"

"Hyung jumpa ni masa orang tengah sibuk angkat Kookie. Mungkin yeoja tu punya?"

Mataku membesar. Senyuman terukir.

"Gomawo hyung! Aa. Happynya. Hope Kookie boleh jumpa dia lagi."

Walaupun aku tak nampak muka dia, bibir dia... Pelukan dia.. Semuanya terbayang-bayang di minda.

Aku rasa macam dah angau.


 you | jungkookWhere stories live. Discover now