Y7

6.1K 617 80
                                    

Jungkook POV;

Fuh, lega rasanya bila jalan kaki dah tak sakit.

"Kookie! Kau termenung apa lagi tu? Cepatlah sikit pakai baju tu."

Bila Jin hyung sudah mula membebel. Aku menyarungkan baju dengan kadar segera.

Hari ni ada fansign event. Genap seminggu aku berehat sebab sakit. Untung dekat hyung-hyung semualah. Dorang dapat cuti free sebab aku.

Heh, tu pun still membebel kata aku lambat.

Wajahku dilihat sekali lagi pada cermin.

"Dah Kookie. Aku rasa cermin tu kalau boleh bercakap dia dah maki kau sebab asyik tengok muka kau je."

Tsk, sarkastiknya kau wahai Yoongi hyung.

Aku mengikuti langkah hyung ke tempat dudukku. Pergelangan tanganku yang dililit dengan getah rambut gold milik penyelamat aku, aku usap perlahan.

Harap-harap dia datang. Kalau dia ada dekat concert tu mestilah dia army kan?

Army ni fanbase kepada BTS, kumpulan aku. Hehe

Kena bersedia mental dan fizikal untuk bertemu dengan army yang pastinya pelbagai ragam.

Aku tersenyum beberapa kali seraya melihat screen phone. Tengah fikir senyuman yang mana paling ikhlas.

"Kau buat apa Kookie?"

Jimin hyung ni kalau tak kacau aku tak aman kot hidup dia.

"Tengah tanam sayur."

Aku menjelingnya sekilas sebelum kembali melihat wajah aku.

"Aku tanya betul-betul ni kan."

"Hm, tengah fikir nak senyum macam mana baru nampak ikhlas."

"Itu yang kau peningkan? Kau senyum je nampak gigi tu confirm.. Terlebih ikhlas."

Muka Jimin hyung yang handsome tu aku baling dengan pen. Padan muka.

***

Aku perhati je Jimin hyung. Daripada tadi tak sudah borak dengan sorang army ni. Macam kenal rapat je.

Akhirnya, lepas seminit dua saat, army tu beralih pada aku.

"Nama?"

"Yoon Seul."

Yeoja tu tersenyum manis pada aku. Tsk, comel gila dia ni.

"Eh?"

"Em, wae?"

Riak wajah dia macam terkejut.

"Tu... Getah rambut kan?"

Aku memandang pada arah yang ditunjukkan pada aku. Aku mengganguk. Dia mencapai tangan aku dan menilik lama getah rambut tu.

Dah kenapa dia ni?

"Ni awak punya ke?"

Geleng.

"Macam saya punya yang hilang hari tu.. Mungkin yang sama agaknya."

Yeoja tu melepaskan pergelangan tangan aku. Aku masih kaku. Dia cakap apa?

Macam getah rambut dia?

Aku tak dapat nak kawal perasaan aku sekarang ni. Terus aku bangun dan masuk ke bahagian fans. Jimin menarik tangan aku.

"Kookie, kau buat apa tu!"

Aku menghiraukannya. Wajah Yoon Seul yang terpinga-pinga aku pandang lama seraya berdiri di sebelahnya.

 you | jungkookWhere stories live. Discover now