Bab 3 + 4

2.6K 95 38
                                    


BAB 3 

Anna and Marnie

Keluar sahaja daripada pintu Alphard milik Pn. Pasha, Kayl terus lajukan langkahnya meluru ke arah pintu masuk rumah. Pn. Pasha yang melihat tingkahlaku Kayl itu hanya mampu mengeluh kecil. Dia rasa fikirannya dah sangat berserabut hari ini. Terapi yang Kayl jalankan tak menentu, jika ada panggilan daripada Dr. Burn seperti semalam barulah dia dan Kayl akan pergi pada keesokan harinya. Entahlah mengapa tapi begitulah sistemnya jika menjadi seorang pesakit Dr. Burn atau nama penuhnya Dr. Bakar Abdullah.

Kayl rentap kasar tali kasut hight-cut Converse hitamnya. Talinya tak terbuka-buka, malah berbelit dan tersimpul-simpul. Kayl mendengus kuat dan dia duduk depan pintu sambil berusaha menguraikan tali kasutnya, manakala Pn. Pasha membuka kunci pintu rumahnya.

"Hey, dear!" Entah macamana tapi Anastasia boleh berdiri depan Kayl sambil senyum-senyum kambing dan letakkan kedua-dua belah tangannya di belakang, seolah-olah menyembunyikan sesuatu benda. Kayl buat muka tak endah dan dia buat-buat macam tak nampak apa-apa. Selepas dia berjaya menguraikan tali kasutnya yang berbelit, terus dia tanggalkan kasut dan berdiri tegak.

"Kau nak apa?" jawab Kayl dengan nada culas. Senyuman Anastasia terus kendur dan dia buat muka hampa. Pn. Pasha yang melihat situasi itu, tak cuba untuk masuk campur. Dia cuma buka pintu dan melangkahkan kakinya masuk dahulu. Tapi, waktu tu dia dah terpandang wajah Anastasia dan suasana menjadi janggal buat seketika. Anastasia senyum dan Pn. Pasha balas ia dengan senyuman tawar.

"Anastasia, jemputlah masuk. Auntie nak siapkan dinner," jemput Pn. Pasha.

"Ah, kalau macam tu bolehlah saya tolong Auntie sekali!" Mata Anastasia berseri-seri dan wajahnya dah tak suram lagi. Kayl cuma pandang kosong dan hembus keluar nafasnya kuat. Macam tak setuju, tapi dia pun tak berapa nak kisah. Lebih senang, malas nak ambik tahu. Apa-apa-ajalah. Anastasia yang melihat reaksi tak bersemangat Kayl itu cuba untuk memujuk Kayl dengan memegang tangannya lembut dan menghulurkan sebuah bungkusan kecil yang dia sorokkan selama dia berdiri tadi. Kayl pandang kosong. Clueless.

"Apa ni?"

"Buku dengan DVD," balas Anastasia sambil senyum manis, menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"I tau yang you sukakan buku. Jadi bila I ternampak buku When Marnie Was There by Joan G. Robinson dengan cover baru ni I teruslah sambar. Walaupun I dah tahu yang you dah ada version lama, hehe. Ha, cerita dia dah diadaptasi kepada animation movie tau! Tu yang I belikan sekali DVD-nya tu," jelas Anastasia panjang lebar dan teruja. Berharap supaya Kayl akan menerimanya dan bertambah sayang kepadanya. Tapi apa yang Anastasia dapat cumalah wajah Kayl yang keliru. Macam tak faham. Loading.

"A-Anna... and Marnie," bisik Kayl perlahan seorang-seorang sambil memegang pipinya yang lebam. Kepalanya terasa pening dan pandangannya jadi kabur sesaat. Ibarat siaran televisyen yang kabur dan tergendala akibat signal yang teruk. Bzzt. Kayl hilang keseimbangan badan.

"Kayl, are you alright?" Sekelip mata Anastasia terus memegang badan Kayl bila dia nampak Kayl seolah-olah kurang keseimbangan badan, macam orang mabuk nak pengsan pun ada. Pantas Pn. Pasha cuba menahan badan Kayl daripada belakang. Masing-masing gelabah. Panik.

"Kau tahu apa pengakhiran cerita ni?" Sempat lagi Kayl ungkapkan bicaranya pada waktu-waktu begini.

"Apa? Kayl, dahlah tu, kita masuk dulu." Pn. Pasha pelik sebab Kayl masih mahu meneruskan kata-katanya. Dia dan Anastasia sama-sama memapah Kayl selangkah demi selangkah melalui pintu masuk dan mereka berdua dudukkan Kayl di sofa panjang di ruang tamu. Lalu Anastasia bergegas mengambil secangkir air putih hangat. Anastasia dah biasa berada di rumah Kayl, jadi semuanya dia lakukan selamba seperti rumahnya sendiri.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now