Bab 33 - 35 (TAMAT!)

1.9K 88 178
                                    

         

BAB 33

The Truth

"Lisa, promise me that you will live a long happy life." Bicara figura yang pergi sambil mengheret beg beroda itu. Digagahkan dia untuk tersenyum dan melepaskan figura itu pergi. Petang itu, Pn. Pasha pergi menghantar Stephanie dan suaminya ke lapangan terbang KLIA II sebelum mereka memulakan perjalanan selama sebelas jam untuk ke Frankfurt, German dan mulakan hidup baru di sana.

Terus-terang berat untuk Pn. Pasha lepaskan Stephanie pergi, ini bermakna segalanya benar-benar berakhir sudah. Anastasia sudah tiada dan kini keluarganya ingin berpindah pula ke German. Manakala ayah kandung Anastasia pula hanya pergi ke majlis pengebumian Anastasia sekali itu dan terus hilang tiada khabar berita. Masing-masing mula untuk meneruskan kehidupan mereka dengan haluan mereka sendiri. Kini apa yang tinggal cumalah kisah duka antara dia dan Kayl yang masih belum pulang.

"I don't believe that all this happened to us," ucap Stephanie sambil bersandar pada bahu Steward. Mereka makan-makan sebentar di restoran makanan segera sambil menunggu waktu penerbangan.

"Life always makes fun of us," tambahnya sambil mengacau hot vanilla choco miliknya. Apabila dia memesan minuman itu, pasti dia akan teringatkan pertemuannya dengan Anastasia tempoh hari. Tatkala itu dia masih bisa berbicara dengannya dan mendengar punchline basi milik Anastasia, namun kini tidak lagi.

"Yeah, absolutely true." Pn. Pasha mengetap bibir sambil bermain dengan rambutnya. Tanda ada sesuatu sedang bermain dalam fikirannya.

"What makes me the most shocked was the letter, the box and that Fei girl," tutur Stephanie perlahan sambil matanya memerhatikan Pn. Pasha yang separa termenung. Pandangannya kosong.

"I should have known it from the beginning. I was a fool for not realizing it." Pn. Pasha mengepalkan tangannya tanda geram dan penyesalan yang tak dapat dibendung. Sedangkan jawapan akan siapa sebenarnya Fei Yan Khan sudah lama berada di depan matanya. Bahkan semenjak pertama kali Kayl memulakan sesi terapinya dengan Dr. Burn, segalanya telah terungkap.

"Simptom-simptomnya memang ada. Saya tak boleh nak nafikannya."

"Tak ada cara lain ke, doktor?"

"Puan, tugas saya sebagai ahli psikiatri bukannya menyembuhkan tapi setakat mengawasi sahaja. Perkataan pulih tu... agak sukar untuk saya realisasikan."

"Kalau macam tu apa gunanya saya susah-susah jumpa doktor?"

"Untuk mengawal. Saya dapati ini ada kena-mengena dengan faktor keturunan."

"Tapi setahu saya Pasha cuma ada obsesi dengan dirinya sendiri."

"Dia akan peroleh ilusi yang tak pernah wujud atau mungkin mulai berimaginasi dengan obsesi yang dia miliki. Puan kena faham yang ianya tak semudah yang disangka."

"Tapi setahu saya Kayl tak pernah bersikap pelik semenjak insiden Pasha meninggal dunia. Cuma akhir-akhir ni saya dapati dia suka menyendiri."

"Saya akan berikan puan ubat dan pastikan Kayl minum ia mengikut jadual."

"Ambil Paxil?"

Mereka bertiga terdiam. Suasana sangar dan Pn. Pasha masih termenung. Perbualan di antara dia dan Dr. Burn satu tahun yang lalu itu masih segar dalam ingatannya. Klu utama kepada kisah ini.

"I can't believe that Kayl was the one who wrote those letters on her own." Kenyataan itu Pn. Pasha luahkannya pahit. Ia bagaikan sebuah canda yang selama ini mentertawakannya terbahak-bahak dan memperbodohkannya mentah-mentah. "Fei was her ideal illusion as an Echo who once fell for Narcissus..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now