Bab 13 + 14

1.7K 68 37
                                    

BAB 13

Mad World

Cahaya mentari mulai mencucuh masuk melalui celah-celah langsir. Menandakan fajar menyingsing tegak disulami bunyi kicauan burung yang mendodoikan. Kayl rasakan kelopak matanya berat. Dia meraba-raba ke bahagian sebelah kanan katil. Kosong. Dah tentulah kosong. Dua jam yang lalu dalam keadaan mamai, sayup-sayup kedengaran suara Anastasia memanggil namanya halus. Kelihatan samar-samar sebuah lembaga berpakaian uniform sekolah lengkap berdiri di sebelahnya dan memandangnya tepat selaras mata ke mata.

"Kayl..? I pergi dulu eh. See you." Lalu ada medium suam-suam lembut mendarat pada dahi Kayl. Anastasia kucup dahi Kayl perlahan dan membelai rambutnya sekilas. Sebelum turun ke bawah dan memulakan perjalanan paginya ke sekolah menaiki Alphard bersama Pn. Pasha. Kini Kayl sendirian duduk tercongok sambil silang kaki menghadap ke arah luar jendela. Kanvas langit biru ditumpahi dengan susunan awan gebu dan kumulus yang berarak. Fikiran Kayl sudah agak mapan. Satu malam dia tidur nyenyak tak terganggu-gugat. Tanpa memimpikan apa-apa dan siapa-siapapun. Termasuk Fei. Agak aneh.

Kayl bangun menuju ke arah rak-rak buku dan album-album indie kepunyaannya, merembat keluar sebuah album mengikut gerak hati. Trading Snakeoil for Wolftickets, sebuah album kedua oleh Gary Jules. Kayl perhatikan senarai lagunya, Mad World. Jauh dari dalam sudut hati Kayl, dia dapat rasakan yang lagu itu pernah bertakhta dalam hatinya suatu masa dahulu. Entahlah kapan. Lantas dia pasang lagu itu dengan home theater Sony di dalam kamarnya.

All around me are familiar faces

Worn out places, worn out faces

Bright and early for the daily races

Going nowhere, going nowhere

Their tears are filling up their glasses

No expression, no expression

Hide my head I wanna drown my sorrow

No tomorrow, no tomorrow

And I find it kind of funny

I find it kind of sad

The dreams in which I'm dying

Are the best I've ever had

Kayl hanyut dalam dilema. Kini dia beralih tempat ke meja belajarnya. Dia duduk sambil merenung surat-surat keramat yang bertaburan atas mejanya. Kayl tak sangka yang surat-surat itu ternyata daripada gadis yang dia jumpa dalam mimpinya tempoh hari. Gadis berambut perang panjang bernama Fei Yan Khan. Yang akhirnya meledak dan berubah menjadi seekor burung layang-layang biru dan meninggalkannya terkapai-kapai dalam mimpi. Hati Kayl sakit nan lara jika dia teringatkan mimpi itu, entahlah mengapa. Kayl masih keliru dan tak faham. Tak faham akan segalanya.

I find it hard to tell you

I find it hard to take

When people run in circles

It's a very, very

Mad World

Mad World

Kayl fikir, perlukah dia membuka surat-surat keramat yang selebihnya? Jelas, dia perlu membukanya. Kayl mahu tahu kegilaan apa lagikah yang Fei akan beritahunya. Segalanya yang dia tak ingat, segalanya yang dia perlu tahu... segalanya yang BENAR.

"Fei... Just who the hell are you... to me? WHO ARE YOU????"

DOKK

Kayl hempaskan kuat genggaman tangannya atas meja. Geram. Tanda kacau. Tanda emosi. Kayl dapat rasakan tangannya merah hasil impak hentakannya tadi. Dia menghela nafas panjang sambil mengurut-urut kepalanya yang tak pening. Mata Kayl kini tertumpu semula kepada surat-surat keramat tu. Ditudingnya ia dengan jari telunjuk dan dikiranya satu persatu. Satu... dua... tiga... empat... Sekarang ia ada empat. Maknanya semua sekali ada lima jika dicampur dengan surat pertama yang Kayl dah baca.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now