Bab 11 + 12

1.8K 65 45
                                    

         

BAB 11

Papa's Boyfriend

Seusai membaca doa dan mengusap wajah dengan dua telapak tangannya, Dr. Burn mula berdiri dan melipat sejadah. Seraya itu jugalah telefon pintarnya berdering dari atas meja. Membuatkan Dr. Burn tergesa-gesa mencapai telefon pintarnya dan hampir-hampir tersandung melanggar kaki meja kerjanya.

DRUTT DRUTT

Dr. Burn lihat skrin sesentuhnya, panggilan masuk daripada Pn. Pasha. Membuatkan dahinya berlipat-lipat. Terus jarinya meluncur licin membuka kekunci visual telefon buahnya. Dah jenama pun Apple. Buahlah.

"Hello? Dr. Burn, ni saya. Pn. Pasha..."

"Ya, puan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Suara Dr. Burn agak serak-serak basah. Dia masih berada di pejabatnya. Sibuk mengerjakan dokumen-dokumennya yang bertimbun sebelum berehat seketika menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

"Saya... nak beritahu yang Kayl dah mula buka kotak merah tu. Dan kemungkinan besar juga dia akan mula baca suratnya yang pertama."

"...Puan pasti?" Dr. Burn agak terkejut dengan pernyataan Pn. Pasha. Tapi dia juga tak rasa hairan. Mungkin masanya memang dah tiba.

"Ya, saya pasti. Saya nampak sendiri masa saya masuk dalam biliknya siang tadi." Nada Pn. Pasha agak bergetar pada waktu tu. Entahlah mengapa. Mujur talian telefon pada waktu senja itu jelas. Selepas menurunkan Kayl dan Anastasia di depan rumah, Pn. Pasha terus menekan minyak dan bergegas keluar dari kawasan perumahannya. Dari Pekan Dengkil ke Cyberjaya atau Putrajaya. Pergi agak jauh ke mana-mana sahaja supaya dia dapat menelefon Dr. Burn tanpa apa-apa gangguan atau risiko. Ya, risiko. Risiko yang melibatkan hidup dan mati. Yang pada akhirnya membawa Pn. Pasha ke Jambatan Tasik Putajaya. Dia singgah ke tepi jambatan, matikan enjin keretanya dan menapak keluar. Menatap tasik buatan manusia yang bergelora pada pandangan matanya.

"Baik. Saya faham. Pn. Pasha jangan risau. Saya harap puan dapat perhatikan Kayl sentiasa."

"Tapi saya tak tahu apa isi kandungan surat-surat tu. Apa perlu saya buat?" Fikiran Pn. Pasha semakin tak keruan, jantungnya pasti akan berdetak laju acap kali dia memikirkan apakah sebenarnya isi kandungan surat-surat keramat tersebut. Membuatkannya resah dan gundah-gulana.

"Puan... sabar. Saya yakin setiap satu masalah tu ada solusinya," Dr. Burn cuba berfikiran rasional dan menenangkan Pn. Pasha.

"SEMUANYA BERMULA DARIPADA KOTAK BODOH TU!!" Pn. Pasha menjerit di corong telefon. Membuatkan Dr. Burn refleks mengalihkan telefon pintarnya menjauhi daun telinga. Dr. Burn rasa seperti jantungnya mahu menerobos keluar. Terkejut. Mujur dia masih kuat. Perlahan dia mengelus dadanya sambil dahinya berkerut. Dah kenapa?

"Puan..? Puan okay?"

"...."

"Hello? Pn. Pasha?"

"M-maaf. Saya okay. Saya cuma tak faham kenapa semua ni terjadi. Semuanya dah semakin baik, tapi semenjak kotak tu muncul. Kayl dah mula..."

"Puan, sabar. Saya pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi. Buat masa ni, kita tinggal tunggu dan lihat."

*

Kayl buka jendela kamarnya luas-luas sambil menggenggam tisu dengan kesan tompokan darah merah terang. Seperti titisan air hujan darah atas permukaan tanah putih tisu. Kayl baru sahaja menelan ubatnya, Paxil seperti biasa selepas mula mengalami sakit kepala dan 'suara-suara' serta imbasan-imbasan visual yang dipersetan terpacul keluar. Bibirnya berdarah digigit oleh kudratnya sendiri setelah dia tak sedar melayan gelora emosinya yang menggila. Kini langit menangis, hujan rintik-rintik turun dan angin semakin menderu kencang.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now