Bab 31 + 32

1.2K 63 84
                                    

         

BAB 31

Another Plan

Hari itu mendung lantas tak sampai beberapa ketika air rintik-rintik mulai mencurah turun dari langit. Membasahi bumi. Angin semilir membuatkan rambut ikal mayangnya melambai-lambai atas graviti. Orang ramai yang menghadiri majlis itu mula membuka payung masing-masing dek kerana mereka masih di luar. Dress hitam yang dipakainya mulai terkena percikan air hujan. Ia semakin lebat, tanda duka. Pn. Pasha hembuskan nafasnya perlahan sebelum Stephanie yang perasan akan kehadirannya mulai berlari ke arahnya dan mendakapnya erat. Airmata Stephanie adalah lambang cuaca hari itu. Deras. Menggusarkan.

"Lisa... Uhukk uhukk!" Ditepuknya belakang badan Stephanie perlahan dan Pn. Pasha hembuskan kata-kata maaf padanya bertalu-talu tanpa henti hingga dadanya sesak. Mata mereka terasa pedih dan merah. Hari itu secara rasminya Stephanie kehilangan dua orang ahli keluarganya. Bermula dari anjing kesayangannya si Pablo, kini anak gadisnya yang tercinta Anastasia juga turut meninggalkan dirinya. Majlis itu, majlis pengebumian Anastasia.

Selepas mereka bertiga berjaya mengejar Anastasia dan Kayl daripada belakang hari itu, ternyata segalanya sudah terlewat. Sudah ada orang yang mengangkat jasad tak bernyawa Anastasia untuk dimasukkan kedalam ambulans tika mereka bertiga tiba di tempat kejadian. Manakala Kayl... tiada di situ.

"I still don't know where Kayl is," ujar Pn. Pasha perlahan sambil merapatkan wajahnya pada bahu Stephanie. Airmatanya pasti menitis acap kali dia teringatkan Kayl. Kini hidup Pn. Pasha benar-benar terasa kosong, satu-satunya anak gadis yang dia ada turut pergi entah ke mana. Meninggalkan dia hidup seorang-seorang.

"Lisa... I'm sorry to hear that, but I hope from now on we'll live peacefully. Start a new page, move on," sahut Stephanie prihatin sambil cuba tersenyum pahit. Pn. Pasha cuba mengangguk dan membalas senyuman Stephanie dalam duka. Masuk sahaja ke dalam, Pn. Pasha tatap gambar seorang gadis yang mirip akan anak gadisnya sendiri itu. Kini apa yang tinggal cumalah gambar berbingkai tak bernyawa untuk tatapan mengubat rindu.

Steward, suami kepada Stephanie datang dan mereka bertiga berbual seketika.

"So, when is your flight?" tanya Pn. Pasha kepada Stephanie, ditujukan kepada dia dan suaminya.

"Wednesday, next week... 3pm sharp," jawab Stephanie sambil memandang ke arah Steward. Jelas ada kedukaan dalam raut wajah mereka berdua. Mungkin ini satu langkah yang baik buat mereka memulakan hidup baru. Pindah ke negara orang dan menetap di sana. Bertukar angin dan melupakan segala perasaan yang membunuh mereka senyap-senyap dari dalam.

"I see... I hope the two of you will find happiness there." Lalu Pn. Pasha dakap Stephanie selaku kawan lama yang dah terlalu banyak berjasa kepadanya itu. Mulai minggu depan selepas hari Rabu dan hari-hari seterusnya, Pn. Pasha tak akan dapat menjenguknya lagi di bumi Malaysia. Stephanie dan Steward akan berpindah ke German dan menetap di sana. Mereka akan memulakan hidup baru.

"Thanks. By the way, Lisa," Stephanie lepaskan dakapannya dan dia tatap wajah Pn. Pasha serius.

"We all know that Anastasia's bag is still missing, right? It wasn't there when we found Anastasia."

Pn. Pasha ambil nafas dalam-dalam dan helakannya perlahan.

"Yes, I know. I bet Kayl took it." Pn. Pasha menggeleng perlahan apabila Stephanie mengingatkannya semula kepada fakta itu. Fakta yang kemungkinan besar Kayl-lah yang mengambil beg galas Anastasia sebelum meninggalkan jasadnya pergi.

"Anastasia's wallet and phone were in that bag. I'm afraid Kayl is planning more things again."

Stephanie hanya diam dan tak menjawab, mungkin teori itu signifikan dan mungkin ia betul. Justeru ia pasti menambahkan beban fikiran Pn. Pasha nanti.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now